Perbandingan Yang Tak Berkesudahan

Assalamualaikum/Hi semua, saya tengah down sekarang jadi terasa nak meluah di sini lagi.

Apa yang ingin diceritakan mungkin agak general dan tak terlalu spesifik situasinya. Kalau cerita semua benda secara spesifik mungkin sampai esok menaip pun tak habis.

Fast forward, ada satu perangai ibu bapa saya yang kurang berkenan. Ibu agak suka gossip pasal hal orang dan ayah agak baran orangnya.

Tak mungkin sebagai anak, saya mampu menegur perkara itu kerana pasti akan dikatakan kurang ajar/berlagak pandai. Parents bisa melukakan hati anak-anak. Anak-anak juga bisa trauma dari kelakuan parents.

Anak-anak juga tak mampu lari dari terasa hati dengan ibu bapa. Tapi hanya sabar dan dengan menjauhkan diri seketika mampu mengubati perasaan itu. Kerana kata-kata itu tajam, jadi seeloknya memang tak mahu dikeluarkan.

Ibu bapa seringkali membandingkan anak-anak dengan anak kawannya, anak saudaranya, sepupu-sepupu anaknya. Tapi pernahkan anak membandingkan ibu bapa dengan ibu bapa orang lain?

Tidak sanggup nak fikir macam tu. Tak terlintas walaupun sesaat. Tapi begitu mudahnya ibu bapa membanding-bandingkan anak-anak mereka sebegitu rupa seolah-olah kami meminta dilahirkan ke dunia ini.

Mengapa begitu? Anak juga punya perasaan. Anak juga manusia biasa.

Hidup ini terlalu singkat. Bertenanglah, bersihkanlah hati dan lapangkanlah dada. Terimalah anak seadanya. Hidup ini sudah sedia keras dan mencabar. Usah ditambah beban jiwa anakmu.

Ibu bapa sepatutnya lebih mengerti kerana pernah muda, bukan?

Adakah ibu bapa yang berperangai sebegini mempunyai childhood trauma yang mereka pendam sekian lama sehingga tanpa sedar melepaskannya kepada anak-anak? Boleh jadi ya atau tidak…

Anak diajar untuk menghormati ibu bapa. Menerima ibu bapanya seadanya. Bersyukur atas kurniaan-Nya. Selamilah juga hati anak yang juga seorang manusia, punya hati dan perasaan…

Bukankah setiap perasaan yang dirasai itu valid? Atau hanya valid mengikut perspektif orang sahaja? Kau tak patut sedih sebab itu ibu/ayah kau? Kau tak patut merajuk dengan ibu/ayah kau?

Mahukah kita punya anak yang sekadar hormat kita sebagai ibu bapa tapi hakikatnya nak peluk pun awkward? Nak salam nangis2 masa raya pun awkward? Ada ya kes begini. Ada.

In the end, si anak tetap harus beralah dan perlu cuba sedaya upaya untuk faham bahawa ibu bapa sememangnya tidak sempurna. Mereka juga manusia biasa.

Lama-kelamaan, mungkin rasa ini dapat dilupakan dan jiwa lebih tenang…

– Manusia Biasa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *