Aku Ika, dalam kisah yang aku nak share hanya sekadar ingin berkongsi cerita sahaja bukan nak kan pujian atau kecaman.
Keluarga aku ni bukan lah jenis yang kuat mengongkong. Bukan juga jenis kuat agama. Sederhana sahaja. Bila kami dah besar panjang. Cukup umur dah boleh mendirikan rumahtangga masing-masing.
Dalam keluarga aku, makayah aku bukan taknak bagi kami kahwin usia muda tanpa persediaan. Makayah aku akan bagi kami peluang untuk sambung belajar apa yang kami minat. Along minat teknologi maklumat. Si angah pula minat kemahiran. Aku minat perbankan. Adik minat kejuruteraan. Kami belajar sampai lah tahap kami puas.
Sampai satu tahap, bila kami dah habis belajar terus dapatkan kerja dan kukuhkan kerjaya masing-masing. Kami balas balik jasa makayah. Keluarga sebelah ayah mak memang ramai dah kawin muda. Rezeki mereka. Mak ayah aku memang tumpang gembira. Kadangkala diaorang selalu bawa cucu saudara jalan-jalan.
Makayah tak pernah sentuh pasal ciri-ciri bakal menantu lelaki dia. Aku tahu aku pun tak berani nak bercakap lagipun belum ada yang serius untuk masuk meminang walaupun dah kerja 3 tahun. Aku jenis yang tak berani juga mulakan lagipun tak pernah bawa kawan lelaki datang rumah.
Nak dijadikan cerita tiga tahun lepas, abang aku berhajat untuk berkahwin dengan pilihan dia. Mereka kerja di tempat yang sama. Melihat ciri-ciri pilihan abang aku, mak ayah setuju. Sederhana dan stabil dari segi agama dan kerjaya yang biasa sahaja walaupun sektor swasta. Kami sekeluarga pergilah merisik keluarga si perempuan. Kebetulan, kaum si perempuan ni majoriti mengikut adat.
So, ikut adat ni biasa kuat. Masa mula-mula runding, belah pihak perempuan minta 2xk terkejut abang aku. Ayah minta runding pasal hantaran. Nak tak nak abang aku runding dengan tunang dia berpakat untuk kumpul dalam masa setahun. Sampai sekarang asyik minta tangguh tarikh sebab kan duit punya pasal.
Tiga bulan lepastu, ada seorang lelaki masuk minang. Kenalan kerja aku. Dia tua lima tahun dari aku kira dia lelaki stabil dan berkerjaya tinggi. Dia minta izin untuk datang kampung aku sekali bercuti. Dia datang dengan keluarga kecil dia. Mak ayah adik dan pak sedara dia. Masa tu, aku rasa gelisah sebab pertama kali kenalkan lelaki dalam keluarga. Mak ayah sambut dengan baik.
Dalam perbincangan, si ayah H cadang nak bagi hantaran 2xk iaitu sama dengan hantaran abang aku tanpa syarat. Makayah masa tu terkejut. H kata itu sebagai hadiah untuk aku.
Terus ayah aku kata dia hanya perlukan xk untuk kenduri sahaja dan mas kawin wajib. Lebihan tu untuk simpanan lepas kawin lagipun keluarga H jauh dari semenanjung. Ayah aku pula tanggung belah lelaki homestay dan kenderaan sewa masa kahwin sebagai tanda menyambut tetamu jauh.
Keluarga H terima dan kami berkahwin dalam 6 bulan selepas itu. Masa kenduri ayah aku banyak jemput anak-anak yatim terdekat. Keluarga aku jauh dan dekat semua berkumpul. Sederhana tapi meriah. Memang smooth je. Alhamdulilah.
Masa abang kedua aku nak kahwin, debaran terasa lagi. Kali ni dengan suku kaum yang agak famous kat sebelah pantai Timur Sabah. Masa tu, kekasih abang aku baru dapat kerja. Ayah tanya hantaran minta berapa? Dengan tidak disangka, ayah si perempuan hanya minta senaskah al-Quran dan mas kawin sahaja. Kenduri sebelah perempuan ditanggung oleh si ayah perempuan.
Kami terkejut dan bersyukur. Ayah terus minta dipercepatkan. Tak sampai tiga bulan, ayah si perempuan suruh kahwin. Tunang pagi malam akad nikah terus. Esoknya kenduri makan. Bukan main kepalang happy angah masa tu. Yelah kakak ipar aku tu lulusan master. Urusan dipermudahkan. Alhamdulilah.
Berbalik pada abang aku, masa aku dan angah dah selamat kahwin. Abang aku masih lagi menghitung wang hantaran. Siang malam kerja untuk wang hantaran. Sampai masa untuk diri pun terabai. Kami nak tolong hulur dia tak bagi. Sebab kami kasian sangat, abang aku banyak komitmen termasuk ansuran kereta dan rumah sendiri. Dia tetap dengan pendirian dia.
Sampai satu hari, keluarga belah perempuan ni minta macam-macam. Memula okay lagi tapi bila lama-lama abang aku terasa dihina disebabkan permintaan keluarga yang tak masuk akal. Niat nak berumahtangga seolah-olah jadi perhitungan anak pulak.
Disebabkan itu, hubungan diorang jadi renggang. Abang minta pendapat makayah kata suruh istikarah dulu. Seminggu dua lepas itu, abang aku putuskan untuk tidak teruskan pertunangan ini atas alasan tiada persefahaman dan tolak ansur.
Selepas kejadian itu, abang aku memang menjauhkan diri. Dia halalkan apa yang sudah diberi pada keluarga bekas tunang dia termasuk lah hadiah. Along terus ambik pakej umrah sendiri untuk tenangkan diri. Kiranya dia reward diri atas usaha dia mengumpul wang hantaran selama ni.
Enam bulan lepas itu, ada kawan mak berkenan dengan along dan nak satukan anak kedua perempuan dia. Anaknya baru sahaja menunaikan umrah bersama abangnya.
Dijadikan cerita, dia pernah bermimpi tentang along walaupun dia tak kenal selepas sahaja balik dari umrah. Masa nak kenalkan tu, along dah redha dan pasrah sahaja apa keputusan mak. Sebab bagi dia, redha makayah redha Allah. Alhamdulilah dipermudahkan. Keluarga dia hanya minta xk untuk hantaran dan mas kawin sahaja.
Tahun lepas, adik aku pulak nak berkahwin dengan pilihannya. Memula dia tak diterima oleh makayah perempuan disebabkan tak sama bangsa. Kami gelak sebab masih ada lagi adat macam tu walaupun agama sama. Makayah aku nasihatkan untuk undur diri sahaja.
Tahu adik aku buat apa. Dia berusaha untuk ambik hati bakal makbapa mertua dia sampai lah hati terbuka. Lama juga lah sampai macam-macam adik aku buat sampai lah bapa perempuan tu terima. Lepas je terima mereka bertunang.
Enam bulan selepas tu, lagi berapa bulan nak nikah adik aku dipanggil ilahi. Dia terlibat dalam kemalangan sewaktu balik dari kerja. Arwah memang dah siapkan 70% persiapan dia. Seminggu sebelum kejadian, dia ada pesan dekat tunang untuk jaga diri dan solat. Perangai dia memang pelik.
Dia banyak luangkan masa dengan kami. Dengan anak aku dia belikan mainan siap bawa jalan. Makayah aku dia belikan benda yang diorang suka. Tak sangka takdir Allah adik dijemput dahulu. Jodoh adik disyurgaNya. Insha Allah. Al-fatihah untuk adik.
– Ika (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit