Percaya Dengan Rezeki Allah

Hai… Assalamualaikum semua pembaca IIUM Confessions. Hari ini 17/12/2018 (Selasa), aku ada sikit perkongsian yang mungkin menjadi semangat kepada sesiapa sahaja especially kepada fresh2 grad yang tgh mencari kerja.

Satu ja aku nak pesan dekat hampa, keep believing on Allah. He’s know everything. Cerita aku ni berkaitan rezeki yang Allah atur dekat aku di saat aku dah start kuat dan redha dengan apa yang akan berlaku. Aku graduan lepasan universiti yang sedang mencari kerja. Untuk pengatahuan semua hampir 6 bulan aku menganggur dan dalam tempoh itu bermacam2 dugaan dan ujian yang aku alami. *Maybe ramai yang cakap alaa, baru 6 bulan menganggur tu pon nak cerita kat sini, tapi aku tak kisah sebab point aku nak bagi kt sini ialah jgn buruk sangka dengan Allah. *ayat ayah aku setiap kali aku mengeluh pasai tak dapat kerja.

Aku ni bukan nak cakap lah, graduate with a good result jgk la. Sikit lg nak 1st class. Sikit sgt. So, dengan result aku yang macam tu aku ingat memang senanglah company nak ambik aku keja. Dengan background aku yang aktif di universiti membuatkan aku bertambah yakin yang aku tidak akan menganggur lama. Tapi Allah sedang menguji aku, sehinggakan aku terfikir kenapa susah sgt aku nak dapat kerja. Aku tak tinggai solat, aku sedekah, aku buat baik dengan mak ayah aku but aku still susah nak dapat kerja. Sedangkan kwn2 aku yang grad skali dengan aku senang ja dapat keja. Pergi interview sekali dua dah dapat. Aku ni berbelas2 interview dah. Satu pon tak panggil. Semua negeri dah aku p interview tapi still tak dapat.

And sampai lah satu masa, aku rasa nak give up dah sebab muak dah nak interview ni. Asyik harapan palsu. Tapi yang bestnya time aku menganggur ni, org di sekiling aku smua supportive gila, mak ayah aku, adik beradik aku, nenek aku, mmber2 dan dia yang slalu nasihat dekat aku. Time ni la aku boleh tolong ayah aku, tolong mak aku, tolong tok aku. Aku boleh p masjid berjemaah, aku boleh jadi imam family aku. Bila aku fikir balik sebab apa Allah tangguh aku untuk dapat keja adalah sebab Dia nak suruh aku berbakti dulu dekat mak ayah aku. *bkn lps keja aku tak berbakti*, maybe komitmen keja buat aku kurang nak tolong diorang.

Start turning point yang aku dah rasa tak takut pon aku dapat keja bila dan dimana, aku dah macam alaaa takdpt keja ja pon. Allah uji hambanya yang dia sayang yang dia ingat. So sebab apa aku nak risau sgt. Ramai lg org yang susah even nak mkn pon takdk. Aku ni smua ckup just tak dk keja ja. Cuba bersyukur sikit. Bila aku dah kuat macam ni, Allah which is dalam sekelip mata ja nk bagi apa yang dia nk bagi. Aku dapat keja weyhhh. Alhamdulillah. Bukan 1 tawaran keja aku dapat 2 tawaran aku dapat.

Untuk 2 keja tu aku dapat. Aku p interview without any proper preparation macam interview aku sebelum. Aku tak sempat. Sebab smua interview tu datang secara tiba2. Allahu. Aku start keja dekat company A dulu sebab dia yang call dulu untuk keja. So aku pon dah gila2 excited, tapi yang peningnya, before aku start 1st day keja, company B call untuk second interview which is pada hari ketiga aku keja. So, takkan aku nak ambik cuti dahkan, memang pelik la cita dia. Tapi nasib baiklah aku disuruh untuk bukak akaun epf, so chances ni la aku guna untuk p 2nd iv tu.

Ni aku nak cerita betapa smoothnya Allah plan dekat aku untuk p 2nd iv tu. Allah is the greatest. Okay macam ni cita dia, aku pon dapat half day dekat company A yang baru aku keja tu. 12.40 pm aku baru boleh kluar dari company A, disebabkan aku nak kena bukak akaun epf, so aku memang kena p KWSP dulu lah kan. Interview aku tu start 2.30 pm. Jarak dari company A aku ke KWSP dalam 30 min. Dan dari KWSP ke company B pon 30 min. dalam 1.10pm aku smpai la KWSP tu, hampa bukan taktau time lunch hour ni memang ramai org, parking susah nak dapat, confirm lama nak p bukak akaun epf ni. Aku pon fikir balik kalau macam ramai aku akan chow p interview tros and balik baru buat epf tu. Tapi korang nak tau aku hbs 2nd iv dekat company B tu pukui 4.30pm and KWSP tutup 4.30pm. So kalau ikut memang takdan la aku bukak epf tu.

Tapi, nak kata Allah permudah urusan aku ni, time dok cari parking tu, ada satu parking yang mana betui2 pintu KWSP dan takdak sapa masuk parking tu. Padahal punya byk keta. 1st miracle Allah tunjuk. Rupanya nak bukak epf ni senang ja, p dekat kiosk dia ja. 5 min siap. So dalam 1.20pm aku siap nak p interview dah dari KWSP ke company B.

So tadi aku cakap 30 min kan perjalanan dari KWSP ke company B, so smpai dalam 1.50 lah kt situ. So aku bajet nak smpai setengah jam awai kira tercapai lah. Tapi dah masuk zohor kan, baik aku solat dulu. So, aku pon stop dekat rnr yang mana ramai org jgk. Banyak lori dan keta. Aku kata ahh sudah. Lambat macam ni. Tapi macam mana pon aku nak kena solat jgk. Nak tau tak, second miracle dia apa??. Elok aku dok cari parking, satu kereta keluar betui2 depan aku dan parking tu adalah betul2 depan surau. MashAllah. Allah permudah urusan aku untuk interview.

Alhamdulillah, aku pon berjaya p interview tu dan berjaya dapat tawaran keja disitu which better offer than my old company( 3 minggu ja pon keja situ). Hahahaha. So apa yang aku nak cakap dekat korang, especially fresh grad yang dok cari keja tu. Keep faith in Allah. Rezeki kita Allah dan atuq. Cepat atau lambat jaa. so banyakkan bersabaq dan teruskan melakukan perkara baik. Lapangkan urusan mak ayah kita. InshaAllah Allah akan bagi apa yang kita nak. Allah boleh bagi apa yang kita nak tu bila2 masa, tapi Allah nak kita mintak dekat dia ja. Itu saja untuk perkongsian ni. Semoga memberi manfaat kepada smua.

17/12/2018
11.23 am (masih di company lama)

– Mr Deen

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *