Percaya Pada Allah, Berbaktilah Pada Ibubapa

Holla. Okay aku nk cerita sikit pasal diri aku yg tak sambung belajar dan dipandang rendah oleh masyarakat. Aku tak pandai sangat nak karang mengarang ni hehehe

Actually aku ni seorang yang sederhana tak bijak sangat tak bodoh sangat hehe lepas dapat result spm aku pun isi upu berdasarkan course yang setanding dengan result aku. Lepas je keluar result upu aku dapat ipta di negeri yang sama dengan tempat tinggal aku and selepas buat solat istikharah and tanya pendapat bagai aku decide aku tak pergi

Penyebab aku tak pergi sebenarnya disebabkan parents aku. Yes! Aku tak pergi sebab mereka. Ayah aku sakit masa aku nak ambik exam spm sakit teruk sampai takleh berjalan. Kat rumah aku mak dan kakak aku yang sulung saja yang tinggal. Mak dan kakak aku kerja so pagi tu mak aku dan aku akan siapkan ayah aku(mandi bagi makan) lepastu aku pergi sekolah tapi aku xdapat nk fokus pun. Siapa tak risau wey ayah sorang2 kat rumah taktau dia buat apa aku just tawakal je. Actually mak dan kakak aku dah nak kehabisan cuti disebabkan itu lah ayah aku suruh diorg pergi kerja biar tinggal dia sorang2. Alhamdulillah dengan izin Allah ayah aku sihat(terlebih sihat) seperti sedia kala.

Disebabkan peristiwa tu jugaklah aku taknak pergi belajar aku nekad aku nak jaga parents aku. Pada tahun semua kawan2 aku masuk ipta aku down jugak bila ramai tanya aku xpergi mana2 ke? And tiba hari raya sanak saudara(grup makcik bawang) tanya kenape tak sambung belajar nk kawen ke. Tak menyesal ke tak sambung tak jeles ke dengan kawan2 tak sambung. Aku macam whatever hahaha

Tahun selepas tu mak aku pencen ayah aku still kerja lagi aku belajar kemahiran plus aku kerja jugak sebab aku belajar kolej swasta banyak duit nak kena guna and aku tak nak harapkan mak ayah aku. Aku tak kisah ulang alik 45minit nak ke kolej janji hari2 parents aku ada depan mata kalau diorg sakit aku tak pergi kelas. Akhir tahun tu parents aku bawak aku pergi umrah alhamdulillah impian dari kecil aku nak pimpin tangan parents aku depan kaabah buat umrah sama2 dari awal sampai akhir aku pegang tangan parents aku.

So kat sini aku nak cakap bersangka baiklah kepada Allah berbuat baiklah kepada parents anda semasa diorg masih hidup berbaktilah kepada diorg layan lah diorg dengan sepenuh hati dan seikhlas yang mungkin insyaAllah Syurga Allah janjikan.

Doakan semoga aku dapat kerja yang best sikit dan terus berbakti kepada parents aku insyaAllah Kalau korang nak komen apa2 pun aku terima je nak bagi nasihat ke nk kecam ke aku tak kisah hahahha semoga Allah beri rezeki yang melimpah ruah kepada yang membaca dan mendoakan aku aminn!

– Si merah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *