Percaya Pada Perancangan Allah

Hai, saya Nur. Saya terpanggil untuk share cerita saya, sebab terbaca confession isteri yang di madukan selama 4 tahun, dan nama samaran madunya Zema, (https://iiumc.com/jodoh-dan-takdir-allah-itu-sangat-misteri/).

Saya sama seperti puan, dapat tahu dimadukan selepas beberapa tahun mereka kahwin, saya ada dua orang anak, dan dapat tahu madu juga telah ada seorang anak.

Confession saya bukan untuk raih simpati ye sahabat semua, sekadar berkongsi rasa.

Dipendekkan cerita, suami saya berniaga, saya pula tidak bekerja, madu pula adalah staff yang selalu membantu suami dalam urusan perniagaan nya.

Perasaan bila dapat tahu dimadukan, harus lah rasa dikhianati, rasa sedih yang teramat, rasa kekurangan.

Lama juga untuk menerima madu secara peribadi, tetapi tidak lah saya membenci anak madu, sebab anak tu tak tahu apa yang jadi.

Cuma, sekarang kuasa Allah membolak balikkan hati hambanya, saya boleh dengan sepenuh hati menerima madu untuk masuk dalam keluarga saya.

Tiada yang mustahil, saya dengan rendah diri nak berkongsi dengan TT tersebut, apa yang saya lakukan sepanjang perjalanan saya untuk redha.

Satu, jauhkan diri dari kenalan yang berkata buruk tentang suami kita, dekati sahabat yang mengajak kita untuk memperbaiki diri.

Dua, jangan bercerita yang buruk tentang suami kita pada ahli keluarga terdekat, kalau tidak tahan, cerita pada bapa mertua/ ibu mertua. Asalkan mereka juga dapat menyimpan rahsia dalam kain kita.

Ingat, aib suami tetap kita kena jaga, kerana itu lah tugas isteri.

Tiga, duduk dan berkata dengan tenang dan terang pada suami tentang perasaan kita pada apa yang telah dia lakukan, membuat hati kita kecewa.

Empat, berbincang dengan suami terus soal hak giliran bermalam, do and donts pada suami untuk kita, contoh untuk saya yang kuat cemburu, suami dilarang puji isteri lain bila berbual.

Biasanya, suami yang tahu adabnya, memang sudah tahu apa yang tak perlu dibuat untuk jaga keharmonian semua isteri.

Lima, kalau nak ada hitam putih soal harta sepencarian atau apa apa, dipersilakan ke mahkamah untuk meterai.

Enam, soal nafkah atau hal belanja rumah, isu ni saya tak berani nak sentuh details, sebab isu ni, terkait antara tanggungjawab dan ihsan.

Cuma dalam keluarga saya, saya tidak memberati suami soal nafkah selepas dia dah berkahwin dua, macam mana dia beri waktu dia berkahwin satu, saya minta dia jalan kan terus, kalau dia nak beri lebih, itu rezeki kami sekeluarga,

Kalau kurang, dekat situ perlu timbul ihsan isteri. Tidak memberati suami tentang nafkah tak bermaksud tidak mengingatkannya tentang tanggungjawab pemberian nafkah.

Tujuh, sentiasa beri masa untuk diri kita mencari hikmah atas apa yang jadi, jangan lari dari alquran dan sunnah.

Beri peluang untuk suami jalankan tanggungjawab nya dulu mengurus dua keluarga, dia yang cari pasal. Kita perhati saja dari jauh dan terus gali ilmu Allah.

Sakit memang sakit, tetapi kita cuba dulu lalui perjalanan ni dengan sabar, sampailah jika ada keadaan yang menzalimi kita.

Jika suami masih menjalankan tanggungjawab dan melayani kita selayaknya sebagai seorang isteri, berdoalah, semoga Allah kurniakan kita ganjaran syurganya atas kesabaran dan ketaatan kita.

InsyaAllah, sedikit demi sedikit kita sendiri akan terdidik.

Nasihat saya pada netizen, berhati hati dalam memberi pandangan kerana kita akan dipertanggungjawabkan pada apa yang kita lontarkan, begitu juga dengan saya.

Seeloknya, kalau tiada apa yang baik untuk diucapkan, kita diam atau mendoakan semoga Allah pandu kita semua pada jalan yang Dia redha.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *