Percaya Pada Rezeki

Assalamualaikum w.b.t . Memandangkan ni tempat meluahkan perasaan, jadi saya rasa nak confess jugak lah. Mungkin boleh kurangkan bebanan kat hati.

Sedikit pengenalan, umur 20-an. Baru je kahwin dalam 3-4 bulan. After suami habis belajar terus kahwin. Suami tak bekerja lagi, masih mencari hantar resume ke sana sini. Dah lebih 20 interview masih belum ada rezeki bekerja. Doakan supaya suami saya dimurahkan rezeki dalam mendapatkan pekerjaan. In Syaa Allah amiin.

Secara jujurnya, sepanjang sebelum kahwin hidup saya boleh dikatakan senang. Nak apa semua dapat. Teringin nak makan apa semua boleh makan. Alhamdulillah bab duit ni boleh kata cukup. Tak pernah sesak. Dan semuanya atas titik peluh saya sendiri. Sebab saya ni jenis yang suka berniaga. Macam-macam saya jual. Jadi boleh la topup untuk kegunaan diri sendiri. Boleh bagi mak ayah. Belanja adik-adik.

Sampai la keputusan untuk berkahwin dibuat. Dah berkawan lama so memang dah lama bercadang nak kahwin. Silapnya tak pernah rancang untuk simpan khas untuk kahwin. Yang mana bercinta lama-lama tu jangan asyik habiskan duit nak seronok je. Kalau betul nak kahwin, buat la “TABUNG KAHWIN” dari sekarang. Memandangkan suami masih tak berkerja. Jadi kebanyakan duit untuk kenduri kami cari sama-sama. Yakin dengan rezeki lepas kahwin. Jadi kami teruskan walaupun suami tak bekerja.

Effect lepas kenduri memang rasa betul-betul stress. Sebabkan saya tak suka nak berhutang maksud saya official loan dengan bank atau mana-mana agen kewangan, jadi saya ambil jalan dengan buka dan join mana-mana group kutu yg terdekat dengan tarikh kahwin. Supaya saya boleh bayar secara ansuran dan tiada interest. Secara jujurnya kenduri perkahwinan saya sangat-sangat lah sederhana berbanding kebiasaan kenduri. Memang sangat save budget. Semua cari yang murah-murah tapi tetap banyak menggunakan duit.

Jadi, masalah kewangan terus menghimpit selepas kami kahwin. Rezeki suami utk kerja tak sampai-sampai lagi. Buat pengetahuan semua, sebelum melangsungkan perkahwinan suami dah ditawarkan kerja selepas interview kedua dan disuruh tunggu oleh pihak syarikat. Tapi sampai ke harini tiada berita.

Dengan komitmen hutang yang hampir RM2000 sebulan, saya rasa sangat-sangat tertekan. Rezeki selepas berkahwin juga semakin berkurangan tak seperti sebelum kahwin. Sale saya berkurangan. Kalau dulu saya boleh dapat RM2000 sebulan. Sekarang nak dapat RM1000 pon susah. Semua perlukan duit. Nak pegi interview utara selatan perlukan duit.

Hari-hari saya cuba positifkan diri. Alhamdulillah walaupun tak kaya, tapi masih cukup untuk bayar semua hutang-hutang bila tiba masanya. Saya cuba positifkan diri saya, mungkin ini ujian atas dosa-dosa saya sebelum ni. Kadang-kadang bila sampai tahap susah sangat nak mencari duit saya hilang kawalan juga. Menyalahkan takdir. Saya hanya mampu berdoa supaya segalanya dipermudahkan.

Saya masih boleh bertahan kalau saya sendiri yang tiada duit dan tak melibatkan sape-sape. Tapi bila melibatkan hutang dengan orang lain biarkan saya jadi tertekan. Semoga ada sinar buat kami suami isteri. Semoga Allah tunjukkan dan kurniakan rezeki selepas kahwin. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami dunia akhirat. Dan yang paling penting semoga Allah tak membolak-balikkan hati ni.

Doakan kami. Semoga kami dapat keluar dari kepompong hutang yg menggunung ini. Amiin.

– Hannah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *