Perceraian

Assalamualaikum.
Aku nak tulis luahan yg dah lama aku pendam.. Manalah tau ada orang senasib dengan aku yang bole bagi cadangan atau pendapat..

Ibu bapa aku dijodohkan keluarga. dah lama bercerai hampir sedekad tapi kesannya sampai hari ni..cerai gaduh..tak boleh tengok satu sama lain..Aku tak nak campur takdir mereka yang dah tertulis..tapi macamna dengan tanggungjawab ke atas kami adik-beradik?? Oh ya, adik beradik aku kurang daripada sepuluh lebih daripada 4..boleh kira sendiri..

Sejak aku kecil, parents aku selalu bergaduh terutama pasal duit.. Yang hairannya selalu bergaduh pasal belanja sekolah dan kami adik beradik. Rumah kami boleh dikatakan besar, kereta 2 buah.. Parents aku kerja tetap, gaji bulan2, masing-masing paling kurang 3k..kami tak miskin tapi kami tak bahagia.. Aku masih ingat, adik-beradik yang duduk asrama seminggu akan dapat rm5 untuk bayar semua benda, buku, fotostet, persatuan..kalau tak cukup kena simpan duit tu..sebab kalau minta cuma kena marah dan kena maki.. Makanan adik-beradik aku akan dapat biskut tiger rm2.20 kena bahagi 2.. Bila perlu bayar apa2 dan kami minta..
makian akan keluar..selalunya dikata takkan ada masa depan, anak derhaka, menyusahkan.. Aku tengok apa yang berlaku pada adik beradik aku jadi aku jenis lebih rela diam2 daripada kena maki..pernah aku dapat surat dari sekolah untuk buat kaca mata sebab aku rabun teruk.. Tapi surat tu akhirnya dibuang.. Dan bertahun-tahun aku tiru buku kawan aku untuk salin soalan kat papan hitam..kalau dorang nak cepat..aku tak sempat salin..akhirnya cikgu marah dan cakap “kenapa tak buat kaca mata, parents awakkan kaya”. Aku x dapat jawab.

Parents aku sentiasa sibuk.. Jarang atau tak pernah datang ke sekolah walaupun hanya ambil report card..kami adik-beradik bukan kategori memalukan.. semua paling tak masih duduk kelas pertama..Dulu kakak aku pernah dapat semua A kecuali satu subjek dalam peperiksaan besar tapi dia akhirnya kena maki dan dipukul..sampai sekarang aku tak faham.. Aku pernah dapat dekan dan bila aku share..akhirnya cuma pertanyaan aku dapat..”kenapa tak 4 flat”. Tapi aku cuma nak share..aku rindu..aku nak bercerita..tapi mungkin tak cukup membanggakan.. Lepas tu aku tak cerita apa-apa lagi sebab aku tahu aku hanya akan dapat sakit..

Di ambang penceraian, parents aku bergaduh besar sampai gunakan senjata tajam.. Aku dan adik beradik aku duduk dalam bilik sambil nangis2.. Kami semua masih kecil-kecil lagi.. Dan akhirnya selepas mereka bercerai..kami ditinggalkan.. Adik-beradik time tu tengah sambung belajar kat tempat lain.. Sorang dari parents aku hilang terus..sorang lagi bagi duit tapi jasadnya tak nampak.. Setahun aku tinggal sendiri dalam rumah besar.masa tu aku masih menengah rendah..bayangkan…kalau orang lain sibuk enjoy dengan kawan2.. Aku singgah beli beras, sardin dan telur lepas sekolah..sebab kalau aku guna duit tu..tak tahulah bila lagi duit akan dikirim… Tahun tu raya kami adik beradik je sambut..masak ketupat..konon2 bahagia..kakak aku paling tua waktu tu cuma 20 tahun.. Tahun depannya dia ambik aku bawa kat tempat dia belajar..daftarkan aku sekolah..dan menyewa rumah guna duit biasiswa dia.. Parents aku hantar duit tapi macm chipsmore sampai akhirnya kakak aku tak mampu lagi nak tampung.. Aku sedih sangat.aku tak dapat bantuan sebab slip gaji parents aku setaraf “orang kaya”.

Dan tiba-tiba, mereka muncul kembali..tak cakap apa2 macam takda apa2 berlaku, masing-masing dah ada family baru.. Sakit sangat taktau macamana nak cakap..

Sekarang ni, mereka masih bergaduh pasal harta sepencarian..kononnya duit tu untuk kami adik beradik..bila suruh dijual saja aset tersebut dan duitnya serah pada kami..dorang taknak.. Memandangkan aku je yang masih belajar..kononnya hasil dari aset tu bagi pada aku bulan2.adik-beradik aku yang lain dah tak perlu katanya..tapi realitinya aku dapat cuma bila aku minta..bila minta mulalah masing2 mengungkit dan memburukkan satu sama lain dan aku lebih rela guna duit pinjaman daripada cetuskan pergaduhan..

Sekarang kami masih sembunyi-sembunyi untuk bertemu antara salah seorang walaupun hari raya. Sebab seorang lagi akan kecil hati seterusnya mengungkit dan memaki kami takkan ada masa depan, anak derhaka dan bakal bercerai..sadis..Perlukah kami memilih.bukankah kedua-duanya darah daging kami??

Semua ne buat aku trauma pada perhubungan..aku selalu mengelak.. Sebab aku takut aku buat benda yang sama pada generasi aku..Nauzubillah..

So, kepada sesiapa yang teringin nak kawin fikirlah betul-betul.. Walaupun kita bergaduh dan jodoh tak panjang.
Tanggungjawab jalankan.. anak-anak manusia jugakan?? Ada perasaan.. Jangan kita bina kebahagiaan di atas kesengsaraan orang lain..terima kasih..

Buat adik-beradik aku..
“we have survived the storm and we always will..love u guys”.

Doakan kami semua ada masa depan.. (adik-beradik aku dah kerja tetap)..kalau kawin dipelihara Allah.. Dan mudah-mudahan dijauhkan jadi anak derhaka..

Sekian..

– Mangsa penceraian

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit