Assalamualaikum semua. Aku Nana bukan nama sebenar berumur awal 30-an sudah berkahwin. Ini bukan kisah aku tapi ini pemerhatian aku berdasarkan perkara yang terjadi di sekeliling aku.
Aku pernah dengar ada orang bercakap, bergegar tiang arash kalau si isteri minta cerai pada suami. Aku sangat tak setuju dengan statement ni kerana di sebabkan statement ni mak cik aku takut untuk menuntut cerai.
Sedangkan dia dah menderita dengan suami dia lebih kurang 10 tahun. (Sekarang di atas nasihat keluarga dan kawan2, dia akhirnya pergi ke pejabat agama dan menuntut fasakh terhadap suaminya dan tunggu masa untuk dibicarakan)
Cerita ni bukan nk mengaibkan sesiapa tetapi nak bagi semangat pada wanita diluar sana bahawa kita kena sentiasa kuat dan jangan sesekali beri peluang untuk lelaki hancurkan kehidupan kita.
Ok balik pada cerita, mak cik aku ni sekarang berumur awal 50an, bekerja disektor kerajaan dan lagi 4 tahun akan pencen.
Dia pernah kematian suami ketika berumur pertengahan 30an dan pada ketika itu dia mempunyai 3 orang cahaya mata yang perlu dibesarkan dan anak bongsu ketika itu 1 tahun lebih.
Dia berkerja siang malam untuk membesarkan anak2nya, ambil upah gosok baju, buat kuih hujung minggu, ambil tempahan makanan. Itu semua dibuat untuk memberikan yang terbaik untuk anak2nya.
Banyak dugaan yang dihadapi semasa dia menjadi ibu tunggal, dicerca, dihina, difitnah menggoda suami orang, macam2 lagi lah.
Tapi dia seorang yang sabar dan kuat. Dia tak pernah melawan apa yang orang kata. Dia hanya pendam,simpan sendiri dan tersenyum bila difitnah.
Pada ketika umur anak yang bongsu sudah 14 tahun dia berkahwin dengan seseorang (MrD). MrD ni tua 10 tahun dari makcik aku. Kiranya makcik aku ni kahwin untuk mengisi kekosongan hati lepas anak2 dia dah besar.
Dia ingat dia berjumpa dengan orang yang betul tapi pilihan dia salah. Dari tahun pertama dia berkahwin dia menderita sampailah sekarang dah 15 tahun dia bertahan dan akhirnya limit dia dah habis.
Pada tahun pertama dia berkahwin, anak2 terpaksa raya tanpa seorang ibu sebab MrD ni suruh makcik aku raya dengan dia dan family dia.
Awal 5 tahun yang pertama MrD ni suruh makcik aku renovate rumah katanya untuk bagi nampak cantik dan upgrade kereta jenama H untuk keselesaan dia.
Makcik aku turutkan sebab berfikir mungkin betul apa yang dia kata untuk keselesaan diri tapi akhirnya sekarang makcik aku terpaksa menanggung hutang dengan bank,
Dan dia sering kekurangan duit sedangkan dia seorang pekerja kerajaan dan pada ketika ini dia mampu untuk hidup selesa jika dia tak buat pinjaman bank.
Untuk pengetahuan semua, MrD ni seorang yang tidak bekerja ye dari mula kahwin dengan makcik aku. Dan selama 15 tahun dia berkahwin dengan mak cik aku, dia sangat jarang memberi nafkah dan selalu high demand dengan makcik aku.
Cuba bayangkan, makcik aku balik dari kerja terus masak untuk MrD tapi MrD ni selalu complain makanan ni tak boleh makan, makanan tu tak boleh makan, lepas dah makan pinggan dibiarkan atas meja. Pergi sinki untuk basuh tangan lepas tu keluar pergi merokok.
Kadang2 kalau makcik aku ni nak keluar dengan anak2 dia, MrD selalu bagi alasan dia tak sihat, takut jatuh dalam rumah. Last sekali makcik aku tak ikut keluar dengan anak dia. Lagi satu perangai MrD ni dia selalu tengking makcik aku depan orang, kalau tak suka dia akan tinggi suara.
Kalau ada makcik2 aku yang lain datang rumah makcik aku ni, dia paling tak suka, dia akan keluar rumah sampai orang tu balik baru dia balik. bukan sekali sekala ye, setiap kali ada tetamu dari pihak keluarga kami datang, dia akan macam tu.
Boleh dikira dengan semua sepupu aku MrD ni buat musuh, menghasut makcik aku untuk jauh dengan anak2 dia. Tapi Alhamdulillah sepupu2 aku ni walaupun terasa hati, dorang tetap tak tinggalkan mak dorang. Tetap bersama dengan mak dorang.
Kemuncaknya jadi episod perpisahan ni bermula 2 tahun lepas, bila makcik aku asyik kekurangan duit dan sepupu2 aku dapat tahu makcik aku sampai tahap kena pinjam dengan sedara mara.
Sepupu2 aku ni pelik la, mana pergi duit gaji mak dorangkan, apa yang buat sampai setiap bulan tak cukup dan ada satu tahap tu elektrik kena potong rupanya ada tunggakkan berbulan – bulan. Jadi mereka pun niat untuk berkumpul anak beranak dan bertanya.
Malam tu kebetulan aku tumpang tidur rumah mak cik aku, jadi keluar la cerita dari A to Z. Yang duit makcik aku habis sebab beli rokok dia, dia tak pernah beri duit dapur dekat makcik aku, dia paksa makcik aku pasang aircond sebab panas tak boleh tidur.
Makcik aku kena tanggung minyak toll pergi kerja hari2. Kereta selalu problem. Macam2 lagi lah. Waktu perbincangan ni MrD tak ada ye, dia tak nak join, dia kata buang masa.
Sekali sepupu aku mengamuk dan call dia banyak kali untuk join meeting ni. Dan jadi pergaduhan besar (tapi takde sampai bertumbuk).
MrD ni dia cakap dengan makcik aku depan kami semua, kalau dia tak balik dalam masa 3 minggu, pandai-pandai2 la. Lepas tu dia keluar rumah.
Pendek cerita, waktu ni makcik aku still lagi berbelah bahagi, mungkin dia tak sangka MrD sanggup buat dia macam ni, MrD lepas tangan macam tu sahaja.
Makcik aku selalu menangis dan mengadu kenapa hujung2 hidup dia jadi macam ni. Dan bila bawa kes ke mahkamah, mahkamah kata taklik ni tak jelas.
Talak tak jatuh. Nak mudah untuk berpisah buat perceraian fast track. Tapi makcik aku masih nak beri peluang pada MrD yang buatkan anak2 dia terluka dengan pilihan makcik aku ni. MrD berjanji depan anak2 yang dia nak berubah, nak bahagiakan mak cik aku.
Banyaklah janji janji palsu dibuat. Seminggu dua je berubah lepas tu MrD kembali pada perangai lama, herdik dan tengking makcik aku.
Tapi kali ni aku nampak makcik aku tak diam macam sebelum ni, dia dah pandai melawan balik dan sampai satu tahap MrD ni buat hal, keluar dari rumah tinggalkan makcik aku selama lebih dari 6 bulan.
Dan makcik aku nekad untuk berpisah. Dia buat tuntutan fasakh di mahkamah. Sepupu2 aku sentiasa dengan dia. Tak pernah tinggalkan mak dia keseorangan. Alhamdulillah.
*Ini kesimpulan yang aku dapat dari kisah makcik aku ni. Aku sebagai anak buah rasa sedih kerana dia terpaksa hadapi dugaan macam ni disaat orang yang sebaya dia sedang bahagia dengan suami dan cucu.
Aku harap makcik aku kuat dan tabah dengan dugaan yang Allah beri. Dan percayalah selepas kes ni habis makcik aku akan jumpa sinar bahagia dia dengan anak2 tercinta.
Aku tak sangka ada lagi orang yang bersifat macam MrD ni walaupun dah masuk umur 60an. Bagi aku penceraian ini adalah yang terbaik untuk mereka. Aku tak nak lihat makcik aku sedih dan menangis lagi. Nana sayang mak long.
Korang semua doakan urusan mahkamah maklong aku dipermudahkan bulan depan ye.
– Nana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit