Hi, nama aku Ara. Kenapa aku decide untuk menulis disini? Sebab aku nak berkongsi masalah dan mungkin boleh dijadikan sebagai pengajaran kelak.
Aku berusia awal 30an. Pada usia sebegini seharusnya aku sudah bernikah dan mempunyai anak-anak. Rata-rata kawan sebaya aku sudah mempunyai anak yang bersekolah rendah. Aku? Hanya mempunyai anak kucing dan anak tekak.
Lewat usia 20an aku giat mencari pasangan. Kesedaran untuk berumah tangga datang apabila satu demi satu kawan aku berkahwin. Jadi aku giat mencari pasangan yang serious.
Aku install dating apps semata nak mencari jodoh (kawan aku yang ajar sebab dia jumpa jodoh dia disini). Mula- aku agak terkejut dan seolah-olah culture shock dengan lelaki miang dalam dating apps. Terus aku uninstall sebab terkejut.
Namun beberapa bulan kemudian aku install semula dating apps (berlainan apps). Dan disitu aku berkenalan dgn seorang lelaki. Aku namakan dia sebagai Ali. Pada mulanya aku tiada niat lebih selain daripada berkawan kerana Ali 3 tahun lebih muda dari aku.
Dipendekkan cerita Ali mengajak aku keluar buat pertama kalinya. Dia meminta aku mengambilnya di rumah. Tanpa banyak bicara aku pergi ambil dia petang itu. Ali baru balik kerja pada waktu itu.
Ali tidak pernah bercerita tentang pekejaan nya dan kisah peribadinya. Petang tersebut aku pergi ke rumah sewa Ali untuk menjemputnya.
Bagi aku tiada masalah malah lebih senang aku yang mengambil untuk kali pertama dating. Bimbang sekiranya aku naik kereta bersama-sama strangers berkemungkinan besar aku boleh diculik! Begitu jauh pemikiran aku hehehe.
Tempat pertama kami dating di tepi pantai sekitar kawasan tempat tinggal kami. Kami bercerita tentang diri masing – masing. Rupanya Ali bekerja sebagai anggota unit beruniform. Okay aku rasa selamat sedikit di situ. Ali mempunyai rupa paras yang menarik dan memakai braces.
Kali pertama memandang Ali aku terpikat dengan keramahannya, dan sikapnya. Kami bersembang seperti sudah kenal bertahub – tahun.
Sungguh menyenangkan bagiku! Petang sebelum maghrib kami decide untuk pulang.
Selepas kami pulang kerumah masing-masing Ali ada menghantar pesanan ringkas kepadaku. Aku sangkakan Ali tidak berminat dengan ku oleh kerana faktor fizikal aku yang gemuk mana lah sepadan dengan dia yang ada rupa.
Namun jangkaan aku meleset. Dia menunjukkan minat untuk berjumpa kali kedua. Aku gembira dengan pekembangan positif ini.
Kali kedua dia juga menyuruh aku mengambilnya. Pada awalnya aku tak syak apa-apa. Namun lama kelamaan aku baru tahu Ali tiada kereta sebab itu dia suruh aku yang datang jemput dia.
Aku faham keadaan Ali. Lagipun Ali anak yatim piatu dan adik bongsu dalam keluarganya. Mungkin dia tiada berkemampuan untuk berkereta lagi pada waktu itu.
Long story short selepas sebulan berkenalan Alo tiba tiba mahu aku berjumpa dengan kakak nya. Katanya hanya makan malan biasa dengan family kakak nya yang datang dari kampung. Aku setuju. Mereka menunggu aku disebuah restoran. Aku datang berseorangan pada waktu itu.
Aku memperkenalkan diri aku kepada kakak nya dan abang ipar nya serta keluarga mertua kakak nya. Tanpa banyak bicara kakaknya terus melamar aku.
Aku terkedu dan terkejut! Tidak pernah kami berbincang mengenai hal ni sebelum ni. Aku hampir menangis depan kakak nya.
Aku pandang dia dan Ali hanya mampu menunduk ketika itu tanpa ada bicara. Aku diam. Lama aku diam sehingga aku bagi jawapan kepada kakak nya iaitu aku ingin memberitahu ibuku dahulu.
Suasana bertukar senyap seketika. Ali bangun untuk basuh tangan disinki. Aku mengambil peluang untuk pergi kepadanya dan bertanyakan hal ini. Ali cakap dia akan explain waktu pulang nanti.
Kami makan seperti biasa dan decide untuk pulang berasingan. Ali pulang dengan aku dan kakaknya pulang ke kampung bersama keluarganya.
Didalam kereta Ali menangis dan beritahu tidak pernah sekali pun dia decide macam ini dalam hidup dia. Tidak pernah dia beritahu kakak nya untuk berkahwin. Aku ada wanita pertama.
Kami sama-sama menangis. Aku dapat lihat keikhlasan Ali dan yakin Ali adalah jodoh ku. Kami berbincang bagaimana ingin beritahu ibuku dan apakah rancangan kami seterusnya.
Selepas beberapa hari baru aku beritahu kepada ibuku. Ibuku agak terkejut kerana seumur hidupku aku tidak pernah bercerita dengan siapa aku berkawan tuptup harini aku cakap aku ingin berkahwin.
Perasaan ibuku bercampur baur. Sedih, gembira dan excited! Ibuku meminta dia datang berjumpa dengan keluarga aku.
Ali datang kerumah drive kereta kawan serumah Ali. Entah apa yang dibincang aku tidak tahu kerana aku sibuk didapur. Setelah selesai semuanya Ali pun pulang. Saja aku bertanya kepada Ali apa yang dibincangkan bersama ibuku.
Ali berkata bahawa jangan terlalu gopoh membuat keputusan dia menyuruh Ali bersabar dan berfikir sebaik mungkin. Ibuku mahu mengadakan majlis kerana pada waktu itu kita sedang PKP dan tiada majlis keraiaan dibenarkan. Ali akur dengan keputusan ibuku.
Kami decide untuk bertunang pada hari raya haji. Segala persiapan telah dibuat. Pada hari pemasangan mini pelamin perdana menteri telah mengumumkan PKP dan tidak dibernarkan merentas daerah mahupun negeri.
Aku terus down dan menangis memikirkan segala persiapan sudah dibuat. Rugi duit aku! Kami bergaduh besar pada waktu itu. Mungkin kerana aku tidak dapat menerima hakikat!
Kami tangguhkan majlis tersebut. Hari demi hari hubungan kami dah semakin dingin. Ada pasang surut dalam hubungan kami. Nak dijadikan cerita Ali decide untuk beli kereta pertama nya.
Disebabkan gaji Ali tidak layak untuk memohon loan dan Ali telah meminta aku untuk menjadi guarantor dia. Sayang punya pasal dan fikir akan berkahwin dengan Ali aku bagi salinan slip gaji dan ic aku kepada dia.
Ali berjaya memiliki kereta idaman dia. Alhamdulillah. Aku teman Ali pergi ambil kereta dia. Aku dapat lihat Aku begitu gembira. Aku juga tumpang gembira dengan kejayaan Ali.
Namun langit tak begitu cerah, satu hari kami bergaduh besar. Aku pulangkan duit Ali (Ali belikan aku telefon bimbit semasa hari jadiku) aku pulangkan semua duit harga telefon bimbit tersebut.
Bengang dengan tindakan aku Ali juga memulangkan semula telefon bimbit yang aku hadiahkan kepadanya. Lama phone tersebut ada dalam laci rumah aku. Tiba-tiba aku dengar bunyi mesej masuk. Sedangkan telefon aku tiada notifikasi.
Aku pelik! Rupanya telefon Ali! Aku makin pelik kerana sepanjang pengetahuan aku Ali hanya menggunakan phone tersebut untuk main game! Hal ini kerana aku tidak membenarkan dia ada dua nombor!
Okay, aku decide untuk check phone tersebut. Aku install semula whatsapp namun tiada apa-apa. Aku masih dalan keadaan tidak sedap hati.
Jadi aku cuba download apps telegram. Disitu hati ku mula hancur sehancur- hancurnya!
Aku terjumpa satu mesej dan gambar- gambar Ali bersama seorang perempuan lain. Ya Ali curang! Ali yang selama ini aku sangkakan seorang yang setia, jujur, baik, adalah menipu! Aku lihat tarikh gambar tersebut dihantar oleh perempuan itu.
Ia baru berlaku. Patutlah Ali senyap tidak balas mesej aku pada tarikh tersebut rupanya dia dengan perempuan lain! Ya Allah hancur nya aku. Aku terus forward semua gambar-gambar itu pada kakak Ali dan kepada Ali.
Ali mengaku dan dengan tidak acuhnya berkata ‘what done is done’. Kenapa Ali? Kenapa kau berubah sebegitu Ali? Kenapa Ali yang aku kenal dah berubah?
Kakak Ali terkejut. Dia tidak menyangka kerana Ali tidak pernah menceritakan tentang perempuan lain kepadanya kecuali aku. Kakak Ali menjelaskan kepadaku. Aku dengan bodohnya menerima dan memaafkan Ali.
Kami berbaik semula. Sehinggalah aku check phone Ali dan mendapati ada gambar Ali pergi bercuti disebuah pulau bersama perempuan itu dengan rakan serumah Ali.
Sekali lagi hati aku hancur. Tapi Ali cakap itu gambar lama dan dia tiada apa-apa dengan perempuan itu. Aku terima sekali lagi penjelasan Ali.
Lama kelamaaan Ali mula bersikap dingin. Aku beritahu Ali sekiranya tidak mahu meneruskan lagi perhubungan ini maka datang lah berjumpa ibu seperti mana dia datang pada awal dahulu. Ali diam. Tiada jawapan. Aku banyak berhubung dengan kakak Ali.
Kakak Ali seolah-olah tidak tahu tentang kedinginan hubungan kami. Kakak Ali ada bertanya bila keluarga kami free sebab mereka mahu datang berjumpa. Aku pada waktu tersebut tanpa berfikir panjang terus meletakkan tarikh sekian sekian waktu.
Rupanya kakak Ali ingain kami bertunang. Hanya berbekalkan bali seminggu dari tarikh tersebut aku membuat persiapan pertunangan. Mujurlah deposit semasa tempoh hari masih boleh digunakan.
Tiba tarikh hari pertunangan kami, majlis kami pon berjalan dengan lancar. Ibuku hanya meletakkan wang hantaran 6k sahaja. Ibuku katanya kesian dengan Ali dan tak sanggup nak letak tinggi-tinggi.
Sebulan selepas tarikh pertunangan Ali mula berubah sikap sekali lagi. Ali dah mula menjauhkan diri tanpa sebab. Tiada angin tiba-tiba pokok bergoyang.
Tiada langsung pergaduhan tiba-tiba Ali menghilangkan diri. Tiada mesej tanya khabar. Tiada panggilan suara. Aku buntu. Aku jadi overthinking dan fikir macam-macam.
Aku push Ali untuk buat decision. Ali diam. tiada sebarang tindakan. Aku ajak Ali berjumpa. Dalam kereta aku bertanya kepada Ali apa status kita.
Ali diam. Aku tanya Ali adakah dia menyayangiku. Ali menjawab ‘ dah tiada rasa sayang itu’ aku hampir hilang kawalan. Aku tanya kepadanya semula sejak bila dan Ali menjawab ‘ dah lama dah’.
Habis kenapa Ali decide untu bertunang dengan aku sekiranya tiada rasa cinta? Kenapa Ali memperlakukan aku sebegitu? Kenapa Ali kejam?
Aku masih tidak berpuas hati dengan jawapan Ali. Pasti ada sebab lain. Adakah inj dugaan tunang yang orang sibuk cakap tu? Ali beri jawapan lain.
Ali bagi sebab untuk dia tak nak teruskan lagi kerana faktor berkaitan kerjaya Ali. Kata Ali dia dalam pemgawasan dan pergantungan. Aku pelik. Kenapa? Ali diam lagi sekali tanpa justify reason tersebut.
Aku korek punya korek hasil bantuan rakan-rakan yang mempunyai informer tak bertauliah aku dapat jawapan yang agak meyakinkan.
Aku tak sangka Ali sebegitu. Namun aku masih lagi boleh menerima Ali walaupun dia akan dibuang atau digantung kerja. Aku beritahu ibu supaya dia tidak terkejut.
Tapi ibu ku seolah-olah marah dengan tindakan Ali. Ibuku berkata dia seolah-olah bermain-main dengan soal perkahwinan. Ibuku mahu Ali datang berjumpa.
Ali datang dengan kakak nya. Waktu itu aku sedang bekerja. Sebelum itu ibu ada bertanya aku adakah aku masih mahu menerima Ali? Aku jawab iya.
Ibuku mahu pujuk dan bincang dengan Ali. Usai kerja aku tanya ibuku apakah hasil perbincangan tadi. Dengan berat hati ibuku memberitahu aku sambil menahan sebak yang Ali tetap dengan pendiriannya. Dia mahu putus dengan aku.
Aku akur. Seminggu aku tak lalu makan dan jatuh sakit sehingga ibuku merayu kepadaku untuk makan dan jaga kesihatan.
Aku betul betul sakit dan tidak bangun dari katil seharian walaupun untuk makan. Aku tidur seharian. Aku jadi depress, aku akan menangis bila sendirian. Aku jadi macam orang gila!
Satu hari aku decide untuk jumpa Ali. Aku pulangkan semula cincin walaupun pada mulanya Ali beri kepada aku. Kata Ali kakaknya bagi sebagai hadiah. Tak perlu pulangkan kata kakaknya.
Namun aku tak mahu lagi ada kaitan dengan Ali aku pulangkan semula cincin aku. Ali juga mahu pulangkan cincin tunang dia.
Aku berkeras tak mahu ambil. Kalau Ali bagi aku akan buang kataku. Ali akur lalu keluar dari kereta dan masuk semula kedalam rumah.
Sepanjang perjalanan pulang aku menangis teresak-esak. Saksi jatuh nya aku ada lah kawan-kawan aku. Depan ibu aku tunjuk kuat. Tapi aku tak dapat bohong diri aku.
Aku jadi takut nak berjumpa orang ramai. Takut dapat soalan bila nak kahwin? Hari tu kan dah tunang. Trauma aku!
Aku masih follow account sosial media Ali. Satu hari Ali repost story seorang perempuan. Ali berpegangan tangan dengan perempuan itu. Ya Ali dengan perempuan lain. Rakan sekerja Ali. Ya Allah sekali lagi engkau tunjukkan bukti kepadaku.
Masalah tempat kerja your ass Ali! Rupanya kau ada perempuan lain. Aku terus beritahu kakak nya. Sampai hati Ali dan keluarga Ali mempermainkan aku.
Paling menyakitkan hati gambar itu jelas terpampang Ali masih memakai cincin tunang yang ayah aku sendiri sarungkan ke Ali.
Perempuan itu juga memakai cincin tunang yang aku bagi balik kepada Ali. How can u be so pathetic to that level sampai sanggup pakai sisa orang? Cincin yang aku dan ibuku sendiri pilih. Kenapa kau mudah dimanipulasikan oleh lelaki macam Ali?
Aku pilih untuk menyendiri. Terlalu sakit apa yang aku rasa saat ini. Ali pernah berkata kepada aku, dia sayang kepadaku kerana aku ada dengan dia dari dia tak ada apa-apa. Aku menerima dia seadanya.
Tapi kenapa Ali tinggalkan aku saat dia mempunyai apa yang dia impikan? Kenapa Ali berubah sampai macam itu sekali? Sepanjang aku dengan Ali tidak pernah sekalipun Ali expose aku publicly. Tapi dengan perempuan itu Ali ecpose macam tu saja.
Allahu. Kalau lah Ali tahu betapa sakitnya hati ini. Ali sesungguhnya aku menyesal kenal dan jumpa orang seperti kamu. Kau ada adik beradik perempuan pastinya kau akan rasa marah dan sedih sekiranya mereka diperlakukan seperti ini.
Sekian dari saya,
– Ara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Betulllah org cakap laki diuji bila sudah berkemampuan, pp di uji semasa tiada apa”