Salam semua. Saya tak reti nak susun ayat penceritaan dengan menarik, ringkas dan padat. Jadi maaf ya kalau penulisan saya berbelit dan bercampur aduk bahasanya.
Tapi, nak cerita dan nak tahu pandangan korang juga sebab kalau makin lama benda ni dalam kepala saya rasa anxious. Saya yang overthinking kot haha. Jadi kalau luah, atleast rasa lega dan ringan.
So, kisahnya begini… Saya baru sahaja lepas sign up 1 platform cari jodoh online (islamik) ni beberapa hari yang lepas dengan niat yang serius mahu mencari calon untuk taaruf dan settle down.
Pada beberapa tahun yang lepas saya juga pernah guna platform yang sama untuk mencari sebab rasa macam dah ready tapi saya deactivate tak sampai seminggu sebab rasa insecure bila terjumpa profil classmate dalam senarai calon tu haha biarpun boleh je nak block akaunnya.
Saya rasa segan kalau orang dikenali jumpa profil saya dalam tu jadi saya deactivate dan delete akaun biarpun dah bayar RM70 masa tu untuk upgrade beberapa features dalam tu.
Jadi nya lepas saya buat semula akaun tu beberapa hari yang lepas, saya kemaskini profil semua tu saya buka lah bahagian senarai calon lelaki dan tapis bahagian nak negeri mana dan tinggal mana tu.
Sekali nya kan, saya ternampaklah 1 profil ni muka dia macam familiar. Puas fikir kat mana eh pernah jumpa dia ni sebab memang tak kenal personally tapi sangat familiar mukanya. Rupanya muka profil tu muka suami kepada senior saya.
Patutlah familiar, sebab senior saya pernah tukar profile picture gambar mereka berdua kahwin dan pernah lalu dekat timeline. Jadi, saya rasa macam too stunned to speak haha.
Saya cuba bersangka baik maybe bukan suami dia kot muka iras-iras ja kot tapi curiosity saya terlampau tinggi jadinya saya stalk lah akak senior tu nak cari gambar suaminya sebab nak verify ada tak gambar yang sama. Dan ya saya jumpa gambar yang sama sebijik. Aigoo.
Saya rasa macam weh akak ni baru kahwin tahun lepas kot. Suami dia punya profil masih aktif kat platform cari jodoh online. Macammana tahu aktif? Sebab di situ ada tunjuk aktif 1h yang lalu.
Lepastu saya fikir camna ya nak bagitau akak senior tu ke tidak atau diamkan sahaja? Dah la baru kahwin kang nanti saya ni macam busy body pulak. Huhu. Maybe ada orang guna gambar suami akak tu untuk profil di platform tu kot. Husnudzon. Itu baru satu profil.
Yang keduanya, saya terjumpa lagi profil classmate yang saya pernah jumpa beberapa tahun yang lepas tu di senarai calon.
Kalau tak silap dia baru sahaja berkahwin awal bulan yang lepas melalui hebahan jemputan di dalam group whatsapp alumni tetapi ada status aktif dari profil dia di platform tu 24h yang lalu.
Jadi, apa benda kah ini miska? Saya nak kena diam ke atau confront?
Tapi saya tak kenal pun isterinya. Cuma saya sebagai seorang perempuan, saya rasa sakit hati juga lah kalau benda ini benar dan kesian dekat para isteri yang suaminya aktif mencari lain di belakang. Kalau dah kahwin tak payah lah aktif lagi di platform tu. Hmm.
Lepastu ada beberapa lagi lah profil muka familiar yang saya terjumpa dan merupakan mutual friends (kenalan kepada kawan) tapi saya tidak pasti status perkahwinan mereka. Dan mereka pun sebenarnya tidak kenal saya. Tapi saya cam je muka mereka. Haha. Dah rasa macam detektif pula.
Perempuan kalau bab mengorek ni memang lah kan. Saya sendiri pun terkesima dengan apa yang saya jumpa. Kadang kita tak korek pun. Tapi Tuhan dah tunjuk depan mata, kadang instinct dan gut feeling saya ni kuat betul dan tuppp memang betul jadinya.
Mungkin sebab kita doa kat Tuhan supaya diberikan petunjuk dan jalan yang terbaik kan, sekali nya, haa mendapat kau. Buat-buat buta tak nampak lagi tak tahu lah. Tiber ke situ pulak.
Jadinya, selepas tidak sampai 5 jam saya buat akaun tu, saya deactivate balik dan delete akaun. Sebab saya risau, overthinking dan trust issues saya makin meningkat.
Itu baru beberapa profil yang saya jumpa yang tidak jujur dalam status perkahwinan mereka yang saya tapis mengikut negeri saya sendiri. Belum lagi tapis betul-betul ikut setiap kategori. Boleh bayangkan tak berapa ramai yang belum kantoi. Huhu.
Jadi itu ja lah saya nak luahkan. Kalau rasa benda tu boleh triggered kesihatan mental anda, berhenti lah guna dan mencari tahu. Mungkin saya memang tidak sesuai cari jodoh guna platform online kot.
Nak mencari dan berkenalan secara serius di offline pula, tidak nampak pula calon yang berpotensi dan serius, dan dah beberapa kali tidak menjadi.
(Saya kena reject dan failed di talking stage sebab antara sebab yang diberikan saya terlalu baik, dia tak ready dan belum stabil,
dan ada yang selepas we decided to try making it out untuk taaruf beberapa hari lepas tu undur diri sebab nak mencari dirinya yang hilang in his uncertain journey. Sekarang dia dah jumpa kot diri dia yang hilang itu, haha).
Sekian. Terima kasih sebab sudi baca luahan yang entah apa-apa.
– Elle (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit