Percutian Ku Hambar Kerana Keluarga Mertua

Salam semua, saya sekeluarga baru sahaja pulang dari bercuti dari luar negara hujung june yang lepas.

Nak dijadikan cerita sepanjang bercuti kami diganggu oleh keluarga mertua saya yang cemburu.

Perancangan ingin bercuti keluar negara ini memang impian kami berdua, 2 tahun kami menyimpan dengan niat untuk bawa anak anak melihat negara orang.

Sudah tentu kedua keluarga kami tahu, kerana tak lekang dari mulut kami memberitahu tarikh kami akan berlepas.

Tibalah hari yang kami tunggu tunggu, hari yang kami akan berlepas ke tempat impian kami berdua,

Tiba-tiba mertua saya call suami bagitau yang dia tidak tahu sama sekali kami akan bercuti, kata dia tahu dari orang lain yang kami akan bertolak harini.

Ini memang mustahil, semalamnya suami saya on the phone dengan emaknya sepanjang perjalanan balik dari pejabat.

Allah, masa tu sedihnya hati saya.

Mertua saya cakap, “Sebelum nak berjalan dapatkan lah restu keluarga dahulu. Berilah tahu”

Habis selama ini yang kami beritahu tu apa.

Mula lah drama air mata, timbul pula cerita ketika hari ulang tahun mertua saya tak ada siapa yang mahu bawa dia berjalan. Tak ada yang ambil peduli.

Isu yang ini, sudah kami cadangkan kumpul lah duit adik beradik kalau nak bercuti. Tapi tak ada yang ambil kisah.

Suami saya dulukan sedikit duit kalau mak dan ayahnya mahu berjalan berdua.

Suami saya 4 beradik. 2 kakaknya surirumah. Hanya seorang kakaknya yang berkerja.

Jadinya suami saya faham diatas kekangan kewangan. Sebab itu suami saya beri sedikit duit dahulu untuk mak & ayahnya berjalan.

Isu ini berlanjutan sehingga kami tiba ke destinasi, mesej non stop.

Pelbagai tohmahan di lemparkan pada suami saya. Terlalu lebihkan isteri lah, terlalu dengar cakap isteri lah. Anak tak nak bau syurga lah.

Hinggakan mak mertua saya dimasukkan ke ward kerana stress.

Kami di luar negara selama 6 hari, selama itu lah mertua, kakak ipar bertubi tubi menyalahkan suami seperti tak mengendahkan maknya. Lebih lebih lagi suami saya sorang sahaja lah anak lelaki.

Percutian kami sangat tak seronok, suami stress, saya pun tak mahu memaksa suami untuk berjalan.

Hingga lah kami pulang ke Malaysia, keadaan seperti tak ada apa yang berlaku, seolah-olah baik baik sahaja.

Mak mertua saya nampak sihat, sikit pun tak ada nampak sakit. Hati saya sakit, 2 tahun saya simpan duit, percutian saya hancur.

– Alia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Sy bab planning happy2 utk keluarga kecil sy ni mmg sy takkan btau detail pd keluarga sy dan keluarga mertua.Cukup cakap kami nak bercuti untuk bg pengalaman anak2. Gambar segala bagai mmg takkan kami share.termasuklah kalau mkn sedap, hari anugerah,pencapaian keluarga kecil kami ni.sbb tahu antara keluarga pon boleh timbul hasad.Cukuplah sekadar call atau inform mohon doa yg baik2 terutama dr mak mertua dan ibu sy.

  2. Dik,
    Dah biasa berlaku & dgr prkaracspt itu. Berlaku juga dlm kluarga kami.

    Jadi, sekarang…saya skluarga kalau brcuti kluar ngra (tak selalu pun), kami tak bagitahu pun kluarga sblh saya & sblh suami. Siap pesan dg anak jgn upload stories dll.

    Utk elakkn mcm2 komen yg sinis dan juga kirimn2 air liur shj. Kami dg tenang dpt brcuti dn tak trbeban dg kirimn / pesann yg plbagai (almklum kdg2 kita prgi pun, ala kadar je, jnji dpt tgok tmpt org & dpt mnikmati pmndgn, budya, mknn yg lain).

    Bajet kami sgt limited hihi.

  3. Situasi sy pulak setiap kali berjalan kakak ipar sibuk nak suruh kami ajak anak dia jgk..pernah skali tu kami nk bercuti sekeluarga je pastu dia asyik duk tnya Katil kat hotel tu luas kan..muat je kalau anak dia nk tdo skali ,duk ulang2 smpai la hari nk pergi tu suami ckp xpyh ikut sbb kami nk spend time dgn family kami je..blk bercuti kak ipar masam muka dgn sy..kami ni tiap kali bercuti mmg kumpul duit..

    pernah buat family day belah suami kumpul2 duit so setiap family dpt la 1bilik tp end up dia sumbat anak2 dia kat bilik kami..anak kami 2 org,anak dia 2org..alasan ank kami kecik2 lagi ..dah tu sy ni pulak takde privacy

    Suami mrh kak ipar pastu kak ipar ckp sy ni queen control ..mls nk gaduh kami tambah lagi 1 bilik..sbb ank lelaki dia tu dah besar ..pandai pulak dia nk laki dia nk privacy tapi kedekut nk tmbh lagi 1 bilik utk ank2 dia atau pun share je la bilik dah ank ko..

    Sejak peristiwa tu mmg xde dah kami bercuti sama2

    Suami prefer kami pergi sndiri2 je

  4. Betul komen2 tu jgn bg tau mertua kalau bercuti dalam or luar negara, dah pegi baru habaq. Lagi 1 mass mertua call cakap la pegi jalan2 guna duit isteri yg belanja. Suami takda duit saving pun. Isteri yg belanja. Lg baik masa kt sana takyah angkat call offline jela. Laki msti kenal perangai maknya

  5. Faham keadaan saudari ni.
    Saya pulak selalu pergi bercuti hasil dari Bonus tahunan saya.
    Dan ada jugak mentua belanja sekali sekala…time dia ada duit lebeh.
    selalu dgn mentua bercuti dekat2 pnh jgk jauh tapi jrg la.
    Tapi tahun ni nak pergi berdua je jauh sikit.
    Mmg terdengar ayat2 tak puas hati dr mentua haha…. ipar ckp.
    Geram jgk pada awalnya. Tapi terpaksa diam kan saja tak nak pjg cerita…..buat2 tak tahu.
    Rasanya Mentua kita tak nak di tinggalkan…walaupun dah tak dpt jln sakit kaki ttp nak ikut hehe..
    Ada pulak time bercuti ramai2 dgn keluarga mentua dia org gaduh pulak anak beranak…alahai kan tak best percutian gini.
    Saya pulak tak nak ckp apa…diam je tak nak masok campur. tapi mmg tak best la…bercuti gini rasa nya dah 2 kali kes dia org gadoh anak beranak terjadi..time bercuti ni (bukan dgn hubby tapi dgn adik ipar).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *