Assalamualaikum. Ni adalah kali kedua aku tulis kat confession page ni. Niat aku cuma nak korang semua sedar. Buka minda korang bila baca ni. Jangan kecam aku. Aku cuma , nak sangat korang fikir dulu.
Aku perempuan. Biasalah kalau perempuan, dia akan selalu berangan tentang alam perkahwinan. Siapa tak nak kahwin kan? Dulu, aku selalu fikir, kalau lelaki suka kat aku dan aku pun suka lelaki tu, pastu kitorang kahwin. Dalam otak aku, mesti aku akan bahagia. Yalah, kahwin dengan orang yang kita suka. Namun, makin lama makin aku sedar. Berkahwin atas dasar cinta sahaja takkan buat perkahwinan tu kekal.
Semakin aku dewasa, aku semakin faham realiti dunia. Banyak orang menderita dalam alam perkahwinan. Kes perceraian banyak sekali. Kini, tugas suami dan isteri dah terbalik. Suami duduk di rumah, isteri yang mencari nafkah. Aku lihat dengan mata aku sendiri bagaimana seseorang isteri yang amat lembut dan manis semasa bujang kini kasar dan aku tahu bukan ini yang dia harapkan semasa mula berkahwin dahulu. Sang suami hanya duduk di rumah mengharapkan duit bulanan pencen, si isteri yang keluar bekerja. Berfikir setiap hari , cukupkah duit bulan ini untuk membayar bil? Cukupkah duit untuk membayar segala hutang? Cukupkah duit untuk persekolahan anak? Segalanya di bahu isteri.
Selepas semua ini, ada yang tertanya-tanya perempuan sekarang kasar mengalahkan lelaki, tak hormat suami. Kau rasa kenapa? Isteri penat bekerja cari rezeki. Kau lepas tangan. Kau rasa duit bulanan yang kau dapat tu cukup ke untuk tampung korang sekeluarga? Aku perempuan. Aku tahu , tak pernah dalam fikiran seseorang perempuan pun untuk hidup begini, mereka yang menjaga lelaki. Merekalah ibu, merekalah bapa. Bayangkan tangan perempuan yang dulu putih , halus , sebelum berkahwin kini hitam, kasar. Adakala tangan itu kebas, tidak dapat merasa apa apa. Kerana tangan itu sudah biasa angkat benda berat. Luluh hati mereka.
Aku tahu bukan semua lelaki seperti ini. Aku cuma mampu memohon agar lelaki yang membaca confession ni, sebelum korang merisik mana mana perempuan, sebelum kau berkahwin dengan mana mana perempuan, tolong fikir dulu. Aku tak larang korang berkahwin, aku cuma harap kau betul-betul bertanggungjawab. Berkahwin ini bukan atas dasar cinta sahaja, jangan berkahwin sebab kau rasa dia cantik sahaja. Kalau kau berkahwin atas dasar cantik, bagaimana nanti bila dia sudah tidak cantik? Kau akan tinggalkan dia ke? Kau akan cari perempuan lain ke? Atau kau nak tambah lagi perempuan sampai cukup kuota?
Latih sifat tanggungjawab kau dulu. Latih cintakan manusia lain kerana Allah. Bagaimana kalau cinta yang menyatukan kau dengan dia semakin pudar? Seperti yang dilakukan orang pada masa kini, bercerai kerana rasa cinta sudah tiada.. Sedihnya. Kerana itu aku tekankan, jadilah seseorang yang bertanggungjawab. Yang ikhlas demi Allah. Bukan kerana nafsu. Kau akan sentiasa cari jalan untuk semaikan cinta itu. Allah akan letak rasa cinta dalam hati kau.
Kau kata kau cinta dia. tapi kenapa sekarang dia menderita? Beginikah cinta? Kasihan perempuan lain yang terikat dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Kasihan sekali.. Kau pernah dengar ‘Jangan Ganti. Baiki’? Ayat ini, dalam maknanya. Kawan aku yang bagitahu aku ayat ini. Dia ajar aku satu makna. Aku tahu korang semua faham maksud ayat tu.
Wahai perempuan. Jangan cair dengan lelaki yang mengatakan kau cantik. Jangan jadi murahan dengan post gambar kau dalam media sosial. jangan terpengaruh dengan komen murahan yang mengatakan kau cantik. Kasihan kau, pelbagai usaha kau buat untuk jadi cantik. Hanya kerana suka dipuji. Jadilah mahal. Mahal dalam berhubungan dengan lelaki. Mahal yang hanya orang tertentu boleh melihat.
Lelaki, bertanggungjawablah dalam setiap perkara. bertanggungjawab dalam hubungan kau. Kau tak perlu kaya untuk bahagiakan dia. Kau cuma perlu bersama di sebelah dia. Susah senang sama-sama. Bahagiakan dia. Dia percaya dengan kau sebab itu dia kahwin dengan kau . Kau kata kau cinta, bertanggungjawablah dengan cinta itu. Jaga cinta itu. Ingat, ‘Jangan Ganti, Baiki.’
– Red Snow
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit