Perempuan

Assalam dan selamat sejahtera kpd prmbaca smua. Aku dulu kerja mengajar.. Hampir 5 tahun aku menjadi salah seorang tenaga pengajar di universiti kawasan pantai timur. Tp secara sambilan sahaja. Lepas ditawarkan kerja tetap di KL aku terus setuju memandangkan usia aku pun dah mencecah 30an.

Pengalaman aku mengajar tidak banyak membantu untuk kerja aku sekarang ni. 100% lari bidang. Dulu dgn student walau ada yg degil masih terkawal lagi. Cerita aku sekarang berkisar tentang tekanan tempat kerja baru. Bidang kerja aku sekarang lebih kepada pengurusan. Aku sebagai pengurus kat sini. Pekerja tidak ramai pun..group cleaner ada dlm 7-8 org..kerani 2 org dan technician 2 org. Betul la cakap orang..jadi bos muda ni cabaran dia sangat tinggi. Kalau hilang sabar boleh bawa kpd penyakit 3 beradik (darah tinggi+jantung+kencing manis).

Berbalik kepada tajuk aku tu..manusia suka berkokok.. Ada lah sorang kerani ni agak berusia hampir2 menopause maybe..huhuhu.. Nampak je kesalahan orang..serba tidak kena kat mata dia. Ibarat dia ni pengurus pulak. Lebih2 arahan dari aku. Semua cerita customer dia ambil tahu dari masalah family, rumah tangga kalau boleh spender pakai warna apa pun dia nak mengata. 24 jam kerja dia nak kutuk org. Dah la telefon office dia buat macam handphone dia. Call family..laki dia..anak2..call adik beradik ajak mengumpat. xcukup mengumpat kat office je. Nasib baik telefon pakej unlimited kalau x aku rasa beribu2 sebulan bill.

Baru 2, 3 hari lepas dia serang aku kes aku potong cuti dia separuh hari. Aku bercuti dalam dua hari,datang2 kerja technician yg memang dah lama xpuas hati dgn perangai kerani ni mengadu cakap datang kerja pkul 1 petang. Aku baru lg dalam hal ni tanya la org2 yg biasa dengan management dlu kalau kes mcm ni biasanya akan buat cmne. Dorg jawab kalau lebih dari pukul 1 ptg..manager dulu akan potong setengah hari.masa tu mmg aku xtahu lg dia xdatang kerja sebab apa.lepas tu baru aku tau dia g majlis pengebumian sepupu mninggal.kalau diikutkan mmg kena tolak cuti pun kan.ikutkan hati aku nak tutup sebelah mata je..tp drp cite2 yg sebelum ni.. Dia ni mmg suka ponteng kerja datang kerja ikut suka hati boleh dikatakan kalau seminggu,shari dia akan ponteng. Aku pon xnak la pekerja lain cakap belakang2 hal yg tidak adil/betul kalau ak tutup sebelah mata.Aku pun potong jela cuti dia setengah hari..

Kebetulan petang tu aku ada meeting, aku pesan kt kerani sorg lg suruh bgtau dia aku tolak cuti. Aku balik dr meeting dekat pukul 5.45 ptg dia xbalik lg. Tggu aku nak bergaduh. Pertikai aku buat ape. Siap bagitau aku ni sama makan gaji nak tolak2 cuti org buat apa..dari apa yg dia duk pot pet2 tu mcm aku yg salah dia yg betul. Pertikai aku ni tak bertimbang rasa..manager dulu dia xakan tolak cuti. Aku cakap kak diam kak..benda kecik boleh setel. Sy akan call ex manager tu tanya cmne. Bising plak dia cakap buat apa nak call cakap depan2. Semua x betul lah boleh dikatakan. Abis semua diungkitknya. Punch kad org lain pun siap suruh aku cek yg lepas2. Dah mcm org gila dah aku tgok dia. Duk cakap dia kerja lama kat sini xada org buat lg dia mcm tu. Aku sound la ckp jgn samakan ak dgn org lain. Lpas dia balik aku call terus ex manager tnya. Sebab kalau betul ex manager lepas je kalau kmatian cmtu aku ingat aku pun nk buat benda yg sama.skali ex manager ckp.. Jgn bagi muka.. Dia mmg suka mcm tu smpai cuti negatif lagi kena tolak buat perangai gaji dgn asyik MC lg. So aku lega la sikit. Tp yg plg aku bengang dia duk mengata aku pulak kat belakang siap cakap sepatutnya pagi2 aku yg kena buka pintu office sbb manager..bukan pekerja.. Babe..aku dtg kerja lmbat xada lah lambat gila babas sgt. Xde nya smpai 9.30..lagipun manager biasanya masa flexible. Balik pon selalu lambat. Aku dlm seminggu 2,3 kali kena singgah post office hntar surat..

Lepas dari tu mmg aku nekad akan dtg awal jela pg2. Ni ada pulak desas desus dia cakap lepas ni apa2 hal jgn tnya dia. Aku ni tanya apa sgt pah kat dia.semua hal aku buat sendiri. Dia komputer pun xpandai sgt. Sistem invois down terkial2 seluruh office bising selagi aku x gi tgok slagi tu duk melalak panggil dah kalau pandai sngat buat lah sdiri. Aku tahan sabar je skrg ni.husnuzon kot2 dia nak menopause tu perangai mcm unta mabuk todi. Susah nak puaskan hati sume orang. Last skali aku jugak kena maki. Tipu la dalam drama melayu duk tunjui manager marah pekerja. Ni pekerja marah manager. Aku lawan..tinggi suara melalak menangis angkat beg nak balik rumah. Ingat company ni kau yg punya? Kau kerja lama kat sini aku xheran la kalau microsoft word pun ko xpandai. Microsoft word lari setting melalak2 panggil aku check. Berkokok 24 jam. Buat kerja sikit 1 reban bising. Cakap pung pang2 siap cakap kalau dia berenti kerja silap2 berterabur company. Aku tggu masa ko resign je. Cakap org jenis xbersyukur.kalau company besar2 dah lama kena berentikan. Ramai lagi orang2 muda yg perlukan kerja. Termengumpatlah pulak.

Harap siapa2 ada pengalaman mcm ni..atau diri sdiri..sy sdiri pun..muhasabah lah sama2.kita kerja nak rezeki berkat.jadi darah dgg.bg ank mkn benda xberkat..tu anak jd derhaka la..family berpecah la..sama2 lah kita jga diri masing2..sekian.

– Ciksu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit