Sedang aku menulis confession kali ini, aku sedang golek golek atas katil di negara orang, dengan suhu 8 degree celcius di waktu malam. Alhamdulilah, rezeki aku kerja di tempat orang. Dalam kebosanan ni, aku teringat kisah 4 tahun lepas, masa aku masih bergelar budak praktikal.
Aku ambil engineering di Universiti selama 5 tahun. So, semester ketiga, kena lah praktikal. Nak cari tempat praktikal punyalah susah. Ok pembetulan. Nak dapat tempat praktikal yang nakkan pelajar pointer bawah 3 punyalah susah. So aku redha je dapat tempat mana mana.
Takdir aku dapat praktikal di tempat dekat dengan rumah aku. Ok lah. Mula mula interview, aku dapat department yang ada kaitan dengan course aku. Tapi, hari pertama aku masuk, tiba tiba disuruh pergi department lain sebab department yang diberi kepada aku tu dah penuh orang. So, bermulalah kisah praktikal aku.
Disebabkan department tu mostly lelaki conquer, so aku sebagai perempuan tak dibenarkan buat kerja kerja berat. Ah senang cerita aku jadi kerani lah. Ambil engineering tapi praktikal buat kerja kerani. Buat invoice, taip report test, taip surat, bagi customer air dan makanan, berlecak ketiak angkut fail fail, jadi kuli staff department lain, taip itu, taip ini, etc. Belajar tu ada lah. Setakat tengok dan buat sekali dua. Then, balik kepada kerja kerani aku.
Mula mula, keras juga hati aku. Geram. Sebab aku request nak buat kerja kerja tu semua, tapi alasan diberi, sebab aku perempuan. Ah, padahal company ni manipulate budak budak praktikal. Main ambil je mana mana budak praktikal yang desperate nak tempat. Kau course mechanical ke, elektrikal ke, hatta petroleum pun, datang ke company ni. Untuk aku yang memang ambil course yang kena dengan industri company ni, ok lagi. Budak budak lain tu yang aku kesiankan. Nak buat report praktikal macam mana? Nak present kat lecturer macam mana? Hampeh.
Disebabkan aku berbulan bulan buat kerja kerani ni, aku jadi efficient juga la. Takde la semua benda buruk je. Cuma sedih bila lecturer datang, aku present merapu. Takkan nak cakap “Ye Sir, saya menaip je kat sini. Staff tak bagi buat kerja engineering sebab saya perempuan”. Mati kena ulang balik praktikal.
Aku memang dah down pada pertengahan praktikal tu. Sampai menangis nak tukar tempat praktikal. Aku geram sangat sebab aku kena gender discrimination. Dah tu, apa guna la aku ambil engineering? Bila borak dengan kawan kawan pasal pengalaman praktikal, aku jadi malu dan tak cerita langsung. Yang lain pergi plant, panjat itu panjat ini, buat testing itu testing ini. Aku? Hadap komputer, tolong print borang. Sejak dari habis praktikal, aku nekad nak buat sungguh sungguh. Dan nak buktikan yang perempuan pun boleh jadi engineer.
Alhamdulilah. Rezeki aku. Sekarang aku kerja di company luar negara, handle projek di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara. Aku buat semua kerja engineering. Dari hardware, software, communication, programming. Aku travel ke hulu ke hilir. Kadang kadang, ada je orang skeptikal tengok engineer perempuan. Boleh ke tak buat kerja ni? Tapi bos aku bagi kepercayaan kat aku. Alhamdulilah untuk environment kerja yang bagus, bos dan colleagues yang elok dan rezeki aku untuk travel sebab aku memang pasang impian nak travel ke sana sini. And selalu dalam meeting, kalau ada 10 orang, 9 tu lelaki, aku je lah bunga dalam kalangan kumbang kumbang tu hehe.
Buat adik adik yang tengah struggle time praktikal tu, yang kena buli buat kerja luar jobscope lah, kena terlibat dengan drama company la, kena jadi kuli batak staff lain, takpa. Ada pelangi selepas hujan. Semoga adik adik tabah dan habiskan praktikal dengan jayanya. Ingat, this too shall pass. After habis praktikal, adik adik doa dan usaha untuk dapatkan kerja yang selayaknya untuk adik adik. Good luck :)
– Ros
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit