Perempuan Dan Surau Awam

Hi. Aku Yin (bukan nama sebenar). Aku ada seorang kawan yang suka lama2 dalam surau. Nama dia Sun (bukan nama sebenar).

Ni pengalaman pertama aku keluar bersama Sun sebab baru kenal dia dan MUNGKIN pengalaman terakhir keluar dengan dia.

Aku jenis tak kisah kalau lambat bersiap DI RUMAH, tapi aku pantang betul kalau buat2 lambat di surau awam sebab tempat tu hak orang awam.

Kami keluar untuk beli barang office. Office kami baru buka, bos bagi duit untuk kami beli keperluan dapur office seperti peti ais, oven, meja makan dll. Semua delivery direct ke office.

Aku suka shopping barang rumah ni, jadi aku volunteer dan Sun pun tiba2 volunteer untuk teman aku.

Masa shopping tu tak ada hal pun lama memilih sebab normal la untuk ambil masa nak pilih barang mahal kan.

Di surau awam. Sun ambil masa 20 minit untuk buang makeup. Padahal makeup Sun tak tebal.

Aku tengok dekat tisu mekeup removal dia, tak ada kesan foundation sangat pun. Maybe kesan BB atau CC sahaja. Blusher pun sikit2. Maskara dan eyeshadow pun tak pakai. Tapi masih juga lama.

20 mins berwuduk, anggaran je ni sebab aku siap solat, dia masih di tempat wuduk.

30 minit solat fardhu. Aku tak nak komen bab solat lama sebab tu cara dia mendekati diri dengan Allah kan. Alhamdulillah.

60 minit makeup semula. Sekali lagi, dia makeup tak tebal. Aku nampak dia calit2 BB, lipstick dan blusher sikit. Tapi dekat sejam.

Paling tak boleh tahan, Sun buka makeup tutorial ticer Aeyin! Ye, dalam surau masa orang tengah nak kejar bergilir tempat solat.

Lepas tu dia lilit shawl kejap je sebab style longgar dan tak guna pin tu. Tak sampai seminit dia lilit, taadaa siap. Alhamdulillah.

20 minit kemas barang solat dan barang makeup di surau tu.

Bayangkan dia sepahkan barang makeup dan barang solat macam di rumah. Memang makan masa la nak kemas. Satu2 dia susun barang dalam bag macam main tetris.

Masa kejadian tu muka aku dah merah sebab malu, orang dah ramai nak guna surau. Dia boleh pula terhegeh2. Aku dah tegur tapi dia kata kejap2.

Oh, lepas aku solat, aku terus tinggalkan dia dan tunggu di belakang surau. Kawasan kasut.

Kat belakang surau tu la aku perhati apa dia buat tu. Siap timing sebab aku pegang phone. Aku tengok satu2 apa dia buat sebab aku pertama kali jumpa species ni.

Aku ni kira ramai kawan juga la. Banyak kali dah pergi surau bersama kawan2 kalau keluar. Paling lama pun 30-45 minit dalam surau kalau TAK menunggu giliran.

Kalau lama sebab menunggu giliran tu faham la kan. Pernah pergi event, masuk surau 2ptg tapi turn solat 3.30ptg sebab MEMANG ramai orang.

Aku syak Sun ni ada masalah was – was. Aku tahu memang susah nak buang was – was ni. Jadi, aku buang diri aku dari hidup dia je la.

Aku pun tak ada cadangan untuk orang yang lama2 dalam surau ni.

Aku nak suggest untuk buang makeup & makeup semula dalam toilet pun aku faham kadang2 toilet berbau atau toilet tu sendiri penuh dengan orang.

Mungkin tu kali terakhir la aku keluar bersama Sun. Tapi nak juga tahu apa cadangan kalian untuk orang2 yang suka lama2 dalam surau?

Mungkin boleh sama2 share pendapat atau cara untuk orang2 macam ni. Kot2 orang macam Sun terbaca dan berubah.

Terima kasih.

– Yin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *