Assalamualaikum…
Nama aku Dee. Aku perempuan yang mulut cakap lain sedangkan hati cakap lain. Baru-baru ni ex aku texted aku. Dia send gambar kad jemputan kahwin dia. Cantik. Aku just ucap “tahniah” dan icon smiley walaupun sebenarnya hatiku menangis. Dan dia cuma bagi aku bluetick je kat ucapan “tahniah” tu. Aku memang frust tapi aku tak suka tunjuk.. Then, aku block whatsapp & FB dia. Aku bukanlah kuat sangat tapi selalu acah-acah cool sebabnya dia boleh bahagia dengan orang lain, so aku pon sepatutnya boleh bahagia tanpa dia.
Dalam masa hati aku sedih dan suram, kakak aku suruh aku berkawan dengan kawan dia. Seorang lelaki yang langsung tak membuatkan aku tertarik atau jatuh cinta. Aku menangis lebih teruk lagi berbanding masa aku breakups. Sebabnya, aku tertanya-tanya…”betul ke dia jodoh aku? “Aku langsung takde perasaan kat dia at the first,second, third sight. Mulut memanglah cakap “tak kisah nak berkawan” sedangkan hati ini macam susah betul nak terima even sebagai kawan. Dia dah start request nak jadi lebih rapat lagi. Aku pulak dah start rasa tak selesa…
By the way, aku bukanlah sihat sangat. Means secara luaran memang nampak aku okay…Tapi, ada masa-masanya, aku kena berlawan dengan diri sendiri. Dipendekkan cerita, aku mengalami masalah gangguan which is kombinasi saka dan sihir. Aku sendiri pon pelik dengan perubahan sikap aku yg mendadak, apa tah lagi orang lain yang berdekatan dengan aku…
Korang yang ada experience macam aku, share la…Aku lambat tahu yang aku ada gangguan sebab perjalanan hidup aku masa zaman sekolah agak smooth la jugak ditambah dengan kerajinan aku follow nasihat parents untuk topup ibadat wajib dengan yang sunat.
Once aku keluar dari rumah…sambung belajar kat kolej…mula malas buat yang sunat…gangguan menjadi sangat teruk. Hampir setiap malam aku kena “tindih”… Selalu rasa malassss…Lemah semangat… Emo tak tentu pasal…selalu pikir negatif…
Then bila masa unibersiti, keadaan jadi lagi teruk… Aku suka menyendiri… Aku jadi benci dengar suara ayah aku…bila ayah call, aku reject tanpa sebab…
Hubungan aku dengan lelaki or kawan perempuan tak pernah okay atau berpanjangan… Banyak lagi simptom yang pelik-pelik yang buatkan aku selalu berperang dengan diri sendiri kerana aku bukan macam tu tapi kenapa aku buat macamtu……
Masa aku menaip ni pon, jantung aku berdegup kencang, nafas terasa sesak… Aku tahu ada benda duk dalam badan aku…tapi sampai bilaaaaaaaaa…..
Aku tak tahu siapa yang menyihir tapi banyak tempat yang aku pergi berubat, dia cakap ada kaitan dengan sihir…dan mungkin juga ada kaitan dengan saka… Aku selalu tertanya-tanya, orang macam aku yg gemuk dan tak lawa ni pon ada yang cemburu ke? Yang peliknya, selalu cite melayu kalau kena sihir,orang tu akan jadi kurus kan? Tapi, sebaliknya terjadi dengan aku…bila dah banyak kali berubat dengan rawatan islam…barulah badan aku menyusut… Selera makan pon lebih terkawal….
Aku nak sihat…Aku nak sihat…Kawin tu isu ke 45 dalam fikiran aku….Tapi, mak aku nak sangat tengok aku kawin dalam masa terdekat…Pak aku tak sempat nak nikahkan aku…So, famili aku macam berharap sangat supaya mak aku sempat tengok aku kawin..
Huhu, aku bukan tak usaha…Aku dah cuba banyak kali…putus banyak kali… Doa setiap hari…Aku bahagia je hidup single tapi ada hati yang perlu aku bahagiakan….
P/s: betul ke ada jin jatuh cinta dengan manusia?
– D’fobia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit