Perasaan menjadi orang berwajah garang dan bengis.
Seorang gadis, 24 tahun. Penuntut salah satu ipta di malaysia. Talkative dan suka berkawan. Perempuan bengis? Singa betina? Perempuan garang? Mak tiri? Apa lagi? Mak setan pun penah wei. Sebut saja label yg menunjukkan keganasan pd diri aku yg hanya diukur pd wajah yang GARANG.
Berketurun jawa-melayu mungkin salah satu faktor aku dpt wajah bengis gitu. Darah pendekar kan? Hnm. Menjadi aku yg dianggap asing sbb berwajah garang ni tidaklah begitu teruk sebenarnya. Walaupun pada hakikat, aku sendiri rasa sakit sbb dr aku kecik aku tak ramai kawan sbb diorg takut nak dekat. Aku bersendiri lah dok tepi bucu meja mengharap ada yg sudi jd teman. Nonn hadoo! Tkde siapa berani dekat pun.
Ada pulak masa aku darjah 4, classmate aku nangis tgk muka aku. Kau rasa apa? Mcm nampak setan dia pandang aku! Nangis teresak2, aku lah akhirnya yg sanggup utk balik rumah sbb nk hentikan dia dr menangis. Seminggu aku taknk dtg sekolah sbb tersingggung. Yelah budak tu cantik, cikgu lebihkan budak tu. Ishkk kuaja betul! Bayar yuran sama-sama kot! Selain drpd tu, banyak lagi hinaan yg aku dpt dr budak lelaki. Aku tak peduli pun, lagi aku tak ambil kisah lagi menjadi-jadi diejeknya aku. Sekolah rendah je aku dh pindah 2x. Cukup kot korang imagine rabak mana mental aku masa tu.
Tak cukup dengan tu. Masuk sekolah menengah. Well semua orang dah start melawa, habis kau ingat kau je nak lawa? Aku spt biasa, bawa diri sorang2. Walaupun muka garang aku ni masih lagi jadi bahan ejekan, masih ada yg sudi nk ajak couple okay! Kau mampu? Biasa lah cinta monyet. Lepas beberapa bulan aku break sbb ramai yg dok mengata. So si monyet jantan aku ni tak tahan kena bahan. So kitorng pun putus. Dia pun dh kawen dgn minah salleh mana tah. Ok gi mati lah dengan tu semua. Dipulaukan kawan2 utk kerja grouping tu biasa eh. Penah ada sekali tu aku pegi camping alu dpt 1khemah sorang sbb org taknak tido dengan aku. Syukurrrr alhamdulillah. Selesa aku tidur seminggu. Yang lain berhimpit 6orang. See? Tidak lah teruk menjadi aku. Hehe.
Lebih tragis lagi, dengan rupa paras aku ni jugak lah aku pernah digantung sekolah dan bertukar sekolah sbanyak 3x sbb bergaduh. 3x je. Dan semua kesalahan pergaduhan tu dtg dr ejekan perempuan2 gedik kat sekolah aku dulu. Sampai sekolah ke 4 dan terakhir utk aku tamatkan SPM ramai yg dah kenal aku dan tak berani cuit/ejek aku pasal wajah aku. Cikgu dah jaga aku siap2 sbb taknak prestasi aku menurun. Bukan nk riak ye, sebengis2 muka aku otak aku takde lah benak mcm perempuan2 gedik kat sekolah aku dulu. Semua set2 kelas hujung nunnnnn disana. Syukur aku diberi kelebihan disitu.
Lepas hbis sekolah, aku nekad! Takde siapa pun boleh main2 kan muka aku! Ejek aku! Buli aku atas fikizal dan luaran aku. Dan aku pun terus bawa air muka tegas aku ni ke hulu ke hilir tanpa rasa rendah diri. Kalau aku tak yakin dengan diri aku, org akan pijak aku! Dr situ, aku belajar.
Tawaran ke ipta betul2 buat aku takut. Takut sbb aku tak sanggup nk hadap ejekan org. Tawaran pertama aku tolak. Mak ayah aku bising. Lepas dipujuk, aku terima tawaran kedua. Kau bayangkan berapa tahun aku servive hadap ejekan org pada aku. Sampai satu tahap aku terpaksa pukul org utk defend diri aku. Hmm. Siapa berani lagi lepas ni, siaplah! #blackbeltteakwando #barukhatam
Sejurus masuk ke ipta. Pandangan org pd aku masih sama. Beza nya diorg tak ejek2 macam budak kecik. Aku bersyukur sangat2. Dapat je kolej, aku masuk dorm. Semua pandang aku mcm nmpk setan! Aku dah biasa. Sumpah dah biasa! Semua taknak pandang tepat kat muka aku, ckp pun tunduk je. Hahahha. Dan aku pun bertindak macam bomoh kejap. Tennagkan diorg. Aku manusia weh !! MANUSIAAAAAA! Bila dah lama-lama berkawan, baru diorang sayang aku. Diorg minta maaf kat aku sbb selalu rasa tak senang dengan rupa aku. Aku penah dengar salah sorang budak dorm aku cakap, dia nak nangis dpt satu dorm dgn aku. Sbb dia takut tgk muka aku garang sgt. Aku faham weh! Aku faham sgttt! Selain drpd fobia tgk muka mak kau garang, kau terbawa2 bila tgk muka aku kan? Hnm, nampak sgt aku ada ciri2 ibu yg baik. Tak kata apa, anak2 dah takut! Hahahhaha
Sekarang, aku ni dah mcm tempat diorg berlindung. Aku yang dulunya dianggap setan kecil dah ada sayap jd angel . Phewwww. Aku akan protect diorg. Aku akan jd org yang selalu ada dengan diorg bila nak lalu depan student lelaki yg dok gatal mcm tikus. Dan dengan rupa garang aku ni jugak lah, lecturer mempertanggungjawabkan pelbagai jawatan atas bahu aku. Sekali lagi, tidaklah teruk menjadi aku, si singa lapar.
Ntah. Aku rasa selesa je. Aku rasa aku tak fake, aku adalah diri aku. Sbb aku dh terbiasa sendiri, aku jd tak peduli dgn org yg dtg dan pergi dalam hidup aku. Aku akui lah, sblm hati aku sado mcm sekarang, banyak kali aku nangis. Banyak kali tersungkur sengan emosi sendiri. Banyak kali aku persoal kerja tuhan, kenapa aku dijadikan begini! Astagfirullahalazim. Dan sekarang, aku boleh la dikatakan kuat. Boleh lahhhh.
Jurusan PENDIDIKAN yg aku ambil kini, aku harap advantage pada aku. Mungkin juga hikmah pd aku. Kalau aku terima tawaran pertama, aku bukan disini utk beljar mnjadi pendidik.
Rasa dh panjang aku taip. Aku tak tau sama ada aku je satu2nya manusia yg rasa mcm ni, yang lalui masalah ni. Kalau korang salah seorang drpd nya, kita sama! Jgn risau. Pasti ada hikmah disetiap kejadian-Nya. Relax arr. Jgn down ok?
– singa betty naa
– Cik singa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit