Perempuan Gedik

Hi Semuanya. Aku nak meluahkan rasa tak puas hati aku berbuat baik pada orang yang salah, tajuk luahan aku tu sebenarnya aku main letak saja, tak tahu pula nak letak tajuk apa untuk luahan aku ni.

So aku mulakan cerita ya?

Actually, aku sebenarnya tak ada masalah dengan perempuan negara seberang, aku berkawan dan anggap mereka macam kawan-kawan aku.

Tapi, setelah aku alami 2 kejadian melibatkan perempuan seberang, aku jadi trauma nak berkawan. Aku jarakkan diri dengan sesiapa pun, aku jadi anxiety dengan apa pun suami aku buat di luar.

Kejadian pertama aku, bila aku berbaik dengan staff orang seberang, dia banyak tolong aku uruskan rumah waktu aku sarat mengandung dan berpantang.

Selepas habis kerja, dia akan habiskan masa menunggu waktu clock out di rumah aku, sambil-sambil bantu aku mengemas ruang tamu, mengurus bayi aku, ini waktu aku berpantang sendirian, dia bantu aku uruskan bayi, jadi aku ada masa rehat atau tidur siang.

Tapi perangai dia semakin berubah, sambil-sambil mengemas terkadang dia buka Mp3 lagu mandarin, tak pernah pula sebelum-sebelum tu dia buka. Aku tegur dengan gurauan, sejak bila dengar lagu mandarin ni? Dia balas dengan senyuman saja.

Setiap kali aku uruskan anak aku depan dia, ada sahaja tak kena dekat mata dia, ditegurnya aku itu ini, seolah-olah aku tak pandai jaga anak. Kadang dengan slumbernya dia rampas anak aku dari tangan aku bila anak aku menangis.

Lama kelamaan baru aku sedar, sebenarnya dia ada simpan perasaan pada suami ku, suamiku chinese mualaf, di awal berpantang aku lebih banyak berbaring di katil, jadi suamiku yang menguruskan makan minum aku.

Satu hari, dia nampak suami masakkan makanan berpantang aku, di perlinya aku tak jaga makan pakai suami aku, sampaikan suami aku yang masak dan makan sendiri.

Start dari itu, aku mulai memberi amaran pada suami ku, jangan melakukan kerja sendirian dengan perempuan terbabit.

Terkadang aku perhatikan dia kerap cuba meminta bantuan suamiku. Contohnya bila pintu bilik air terkunci, walaupun dah di ajar bekali-kali masih juga minta bantuan suamiku.

Merasa perangainya yang makin menjadi-jadi, aku jauhkan diri dari perempuan tersebut. Tiap kali dia datang, aku akan bawa anak aku masuk bilik dan berkurung sehingga dia balik, menyedari perangai aku yang berubah, dia pun berhenti datang ke rumah aku.

Kebetulan juga waktu tu aku dalam proses pindah rumah, dan kami berpindah selepas aku habis berpantang, selepas dari itu aku tak ambil tahu tentang dia.

Kejadian kedua pula, adalah kejadian yang paling terkesan pada aku, membuatkan aku meminta suamiku menceraikan aku.

Dia perempuan dari seberang, pada awalnya aku tak terlintas pun untuk berkawan atau melayan, tapi memandangkan dia dah bersuami dengan orang malaysia, aku layan kan saja, kami berempat satu tempat kerja, dia dan suami adalah cleaner di syarikat kami.

Aku perhatikan bos aku melayan mereka lain dari staff lain, di belikan kereta baru untuk kegunaan harian kerja, bagi mereka tempat tinggal di office, memberikan tender cleaning yang banyak untuk mereka.

Melihatkan layanan yang mereka dapat, aku jauhkan diri untuk tidak terjebak dengan politik kerja.

Oh ya, actually suami aku kenal dan rapat dengan mereka, aku pun join syarikat ni lambat, aku join syarikat ni lepas suamiku bagitahu syarikat tempat kerja dia memerlukan pekerja, So dia pun recommend kan aku pada bos.

Waktu hari pertama aku masuk kerja, perempuan tersebut ada bertanyakan suamiku, siapa aku?

Suamiku jawab, akulah isteri dia, perempuan tersebut terkejut dan tidak percaya yang suamiku actually sudahpun muslim.

Suami ku ada juga memberitahu, terkadang perempuan tersebut memanggil suamiku dengan panggilan nickname family atau teman rapat,

So aku beranggapan mungkin dia dan suami ku rapat sebagai teman kerja. Tak lama aku join syarikat ni, perempuan tersebut mula mesej aku, awalnya hanya berkaitan kerja, lama-kelamaan jadi rapat.

Dia pun memanggilku dengan panggilan kakak, akulah jadi tempat dia meluah rasa, merungut, mengutuk staff yang dia tak suka, aku ni pula jenis melayan saja, tapi tak ada lah menambah kalau dia mengutuk certain staff.

Kalau aku balik ke kampung, aku akan mengajak dia. Memandangkan dia sendirian di negara orang, hanya punya suami saja, aku pun menawarkan diri jadi kakak yang baik untuk dia.

Tapi entah kenapa naluri aku mengatakan ada sesuatu yang tak kena, bila mana aku buka phone suamiku, tak ada chatbox antara suamiku dengan dia, padahal ada juga suami atau dia menceritakan ada bercerita itu ini sesama sendiri.

Aku biarkan dan menanti satu masa apabila suamiku mungkin terlalai dari memadam whatsapp chat bersama perempuan tersebut.

Dan hari tersebut tiba, aku membuka whatsapp suamiku waktu dia tidur, kali ni ada chatbox bersama perempuan tersebut.

Alangkah terkejutnya aku membaca chat perempuan tersebut yang memanggil suamiku dengan gelaran ‘biy’. Aku jadi hilang akal, aku baling phone suamiku, aku kejutkan dia minta penjelasan.

Suamiku berkali-kali minta maaf dan menafikan punya hubungan dengan perempuan tersebut. Malam tu juga aku berkemas untuk balik kampung,

Walaupun waktu itu PKP, dan tak dibenarkan merentas daerah, aku kuatkan juga hasrat aku, tapi ditahan peronda ditengah-tengah malam, mereka tidak menerima alasanku dan meminta aku pulang segera,

Malam tersebut terasa panjang bagi aku, kerana menghadap suamiku yang berkali-kali mohon maaf,

Dia mengatakan ada meminta perempuan tersebut jangan memanggil nya dengan panggilan tersebut, sekiranya suami perempuan tersebut dan aku membacanya pasti berlaku salah faham.

Dan salah faham itu terjadi, aku tak dapat menerimanya, pada aku, kalaupun kawan rapat kenapa sampai sebegitu rapatnya mereka?

Aku rasa seperti ditikam berkali-kali oleh suami dan perempuan yang aku layan macam adik aku sendiri. Keesokan paginya, aku masih berjaga, mana mungkin aku lena dengan rasa sakitnya hati.

Perkara ni aku bagitahu pada superior aku, dan sampai juga pada bos aku, sewaktu perempuan tersebut dipanggil untuk penjelasan, dia menangis dan mengatakan suami ku yang mulai dulu.

Tapi sebenarnya dalam chat antara mereka, hanya perempuan tersebut yang menggelarkan suamiku dengan panggilan ‘biy’, silapnya suamiku ialah dia membiarkan sahaja perempuan tersebut menggelarkannya begitu.

Bos meminta suamiku meminta maaf pada perempuan tersebut, dan aku pula? Aku diberikan cuti untuk bertenang.

Lama aku mengurung diri, dan aku tetap dengan keputusanku untuk berpisah, sehingga suamiku melutut menangis, mengatakan yang dia betul-betul tak curangi aku, bodohnya dia waktu tu hanya membiarkan sahaja perempuan tersebut memanggilnya begitu.

Dia berjanji pada aku, itu yang terakhir buat aku menangis.

Disebabkan covid krisis ni, aku dan suami meneruskan juga bekerja disyarikat yang sama. Bukan mudah untuk menukar kerja waktu ni.

Dari kejadian ni, aku tertanya-tanya mengapa suami perempuan tersebut tak terpukul dek perangai isterinya. Suaminya tahu mengenai hal ini, tapi sepertinya menyalahkan pihak suami aku sahaja.

Sewaktu aku menceritakan hal ni pada kawan kerja ku, barulah aku tahu yang sebelum ni, kawan aku ada ternampak mereka laki bini bergaduh,

Perempuan tersebut memukul, menyepak suaminya di depan bos-bos, jadi barulah aku tahu, yang suaminya tak berkeupayaan mengawal isterinya.

Selang 2-3 bulan selepas kejadian, salah seorang staff lelaki, tiba-tiba berhenti kerja tanpa notis, dan hal itu melibatkan perempuan tersebut.

Mana taknya, tiba-tiba Suami perempuan tersebut balik office dalam keadaan marah-marah di bilik bos, then baru aku tahu, perempuan tersebut berhubungan pula dengan staff lelaki itu.

Apa yang aku dengar, staff lelaki itu sudah beristeri dan isterinya sakit, setiap minggu terpaksa bawa isterinya ke hospital untuk rawatan.

Walaupun skandal mereka besar, sampaikan bos-bos turun mengadap staff lelaki tu, perempuan tersebut masih lagi di simpan, dan dia masih lagi anak emas bos aku. Entah ayat apa dia guna, aku pun tak tahu sampaikan bos aku tunduk pada dia.

Yang pasti, aku tak mungkin maafkan perbuatan dia, aku harap suami dia kembali berakal semula dan perempuan tersebut dipulangkan ke negara asal dan aku serik. Tak mungkin layanan yang sama aku bagi pada golongan seperti ini.

– TT (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *