Perempuan Hati Keras

Jika confession ni dapat disiarkan, aku harap korang dapat belajar sesuatu mengenai perempuan. Aku Mar, 20-an, anak kedua dari 3 beradik, bekerjaya dan belum berkahwin. Aku datang dari broken family.

Mak dan babah dah lama pisah sejak aku tingkatan 1. Mak suri rumah, dan babah seorang proffesional worker. Masalah antara mak dan babah dah lama berlaku. Konflik yang berpunca dari orang ketiga dari pihak abah. Abah selalu kantoi sebab aku rasa memang betul naluri seorang isteri dapat rasa sesuatu bila suami buat onar.

Dulu aku serabut sangat kalau mak dan babah bergaduh. Kakak yang selalu tenangkan aku dengan adik lelaki aku. Bila mak dengan babah oficially berpisah, aku rasa lega sangat. Aku tak tahu kenapa aku rasa perasaan tu. Tapi waktu tu je lah, bila dah besar ni mesti lah aku sedih.

Disebabkan mak dengan babah pisah dalam umur yang aku perlu kedua orang tua untuk care pasal aku, dan dorang tak ada, aku belajar banyak benda untuk buat sendiri. Mana taknya, masa aku tingkatan 2, aku dah pandai beli tiket dan jalan pergi rumah kawan dari utara ke selatan sorang-sorang.

Banyak kali juga aku buat tu. Bila fikir balik, aku rasa bersyukur aku masih hidup sebab Allah jaga aku. Kau bayang kalau ada orang jahat yang aim aku? Aku pula masa tu bukan main ramah lagi tegur orang, lelaki ke perempuan dua-dua aku ramah.

Bila dah besar ni je aku je reserved dan suka sendiri, tak suka bercakap dengan orang. Waktu sekolah dulu, kalau ada kawan yang rapat sikit, dorang suka tanya pasal hidup aku. Bila dorang tahu aku jenis keluar sendiri semua, dorang rasa pelik dan teruja sebab aku berani. Aku suka buat semua tu. Aku pandai naik semua public transport sendiri, mungkin sebab aku tak segan bertanya.

Tapi aku selalu limitkan diri aku sendiri. Aku perasan kadang tu ada lelaki yang tengok aku dalam public transport, dan aku tak rasa takut langsung nak balas balik pandangan dia dengan pandangan tajam. Waktu tu aku memang rasa tak takut dengan strangers.

Aku belajar banyak benda. Benda tak sepatutnya pun ada. Tapi bila aku besar, aku behave. Aku tak buat benda bukan-bukan. Kalau ada orang cakap hal double-meaning pun depan aku, aku akan samada buat tak dengar, tak tahu, atau kalau dorang tanya aku, aku macam “oh yeke, macam tu ke” macam seorang nerdy. Well guys, korang silap.

Bila dah habis sekolah dan mula pandai berkawan dengan lelaki, aku boleh tahu perangai setiap orang yang nak kenal dengan aku. Ada yang aku kawan lama, ada yang tidak. Aku rasa mungkin sebab kecil-kecil dulu aku suka berkawan dengan orang lagi tua jadi aku boleh baca sikit-sikit perangai orang. Aku orangnya rasional. Mungkin sedikit emosional.

Ramai cakap aku macam lelaki. Hati aku keras. Tapi tak ada lagi orang cakap dengan aku, “Mar Mar, hati kau keras, Mar”. Aku jenis boleh tolak ansur tapi aku ada cara aku. Aku degil, tapi bertempat. Aku tak suka merajuk. Buang masa.

Kadang-kadang aku boleh rasa hati seorang lelaki macam mana bila dapat perempuan yang bersifat perempuan sangat-sangat. Aku tak katakan yang aku tak ada ciri-ciri perempuan tu. Aku elok je, tak ada pun jalan macam lelaki, gelak besar-besar, badan macam pengkid ke, tak, tak. Tapi masalahnya terjadi bila lelaki yang kenal dengan aku rasa dorang ni tak boleh handle perangai aku.

Apa yang korang nak sebenarnya aku pun tak tahu lah. Bila dapat girlfriend lembik, tak reti berdikari, tak suka. Tapi bila dapat girlfriend yang boleh buat benda sendiri, tegas, pun tak suka nak yang lembut-lembut pula.

Perempuan ni aku nak ajar korang sikit lah lelaki sekalian. Kalau korang rasa nak bercinta dengan dia, seeloknya kenal lah dia dulu paling awal 3 bulan sebab jarang orang sorok perangai lama-lama ni dan ambil tahu pasal family dia, maksud aku cuba tanya background family, macam mana mak dan ayah dia didik dia, alaa benda simple lah. Supaya korang ni tak kecewa dengan perangai dia. Lagi-lagi orang macam aku ni. Yelah, lain tau orang yang membesar ada mak ayah dengan yang tak ada ni. Tak kisah sebab berpisah atau meninggal. Lagi-lagi perempuan.

Aku jadi keras hati macam ni sebab aku tak dapat kasih-sayang sepenuhnya. Aku belajar banyak benda luar sendiri. Jadi mustahil untuk aku jadi lemah gemalai macam orang yang happy family, mak ayah didik cara betul, didikan agama sempurna. Aku ni belajar solat dulu pun haihh malas nak cerita, harap faham sendiri.

Tapi dah besar aku tahu semua tu, Alhamdulillah aku selalu perbaiki diri. Cumanya aku tak tahu bila seorang lelaki mampu faham keadaan aku. Bukan setiap masa aku keras pun. Kalau kena cara dan orangnya, aku boleh jadi lembut-selembutnya.

Korang tahu tak atau korang pernah dengar tak ayat “Lelaki mahu dihormati, perempuan ingin disayangi”? So marilah memberi dan menerima. Tak semestinya lelaki je kena dihormati dan perempuan je kena disayangi. Tapi saling memberi dan menerima lah.

Wahai lelaki sekalian, walau keras mana pun hati seorang perempuan ni, kau takkan mampu ubah emosi dia. Jadi tegurlah dengan berhemah kalau ada benda yang korang tak suka. Janganlah tengking-tengking pula. Yang perempuan pun, janganlah tahu fikir hati korang, kehendak korang je.

Ingat lelaki korang tu tak ada benda lain ke nak buat? Hormat dia, jangan nak marah-marah kalau dia tak dapat buat sesuatu atau penuhi kehendak korang, hormat ruang dia dan masa dia yang lain.

Pada lelaki dekat luar sana yang terbaca confession aku ni, dan ditakdirkan untuk berjumpa dengan orang macam aku satu hari nanti, aku harap korang ingatlah apa yang korang baca ni. Pilihan untuk korang bersama dengan seorang perempuan seperti aku iaitu keras kepala, keras hati, mampu berdikari, lebih rasional dari emosional, dan sebagainya ada pada diri korang sendiri.

Kalau korang tetap rasa perempuan macam aku ni susah untuk difahami, aku rasa korang masih kurang mengenali perempuan. Atau mungkin korang tak biasa dengan perangai perempuan macam ni. Itu saja mampu aku kongsi, kalau ada sambungan mungkin aku dapat cerita lebih lagi.

– Mar

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *