Perempuan Itu Bukan Dia

Terbaca kisah sorang gadis bercinta dengan pengkid selama 3 tahun, (https://iiumc.com/lelaki-itu-sebenarnya-perempuan/).

Siti A katanya nama pengkid tu. Buatkan aku tertarik nak kongsi juga kisah aku yang berlaku tahun 2011 dulu.

Aku ni bukan la jenis yang senang nak ada girlfriend sebab boleh kata boleh dikategorikan sebagai budak nerd juga.

Most of the time aku spend masa duduk bilik main game. Kawan kawan pun tak ramai. Mostly aku akan main game dan internet sahaja dalam bilik.

Nak dijadikan cerita zaman tu zaman main blog so ramai la remaja remaja seumur dengan aku main blog.

Aku pun mula la explore blog blog yang best sampai la terjumpa satu blog ni owner dia cantik dan content dia menarik. Selalu cerita pasal daily life dia dan kebetulan dia orang Kedah,

Aku memang tertarik dengan orang utara. Gambar pun semua elok je ada aktiviti harian dia setiap kali dia update blog. Jadi aku kira oh ni awek real ni sebab gambar gambar dia meyakinkan.

Oh ya, dia kenalkan nama dia Francesca (bukan nama sebenar). Nama Blog dia tu aku pun dah lupa.

Dalam gambar yang dia send tu lawa orangnya, kurus, kulit putih macam orang cina / korea. Kiranya bukan muka melayu la. Oh ya, dia bertudung juga.

Aku pun cuba la komen komen selalu kat blog dia sampai satu tahap aku minta facebook dan id account yahoo messenger. Kami pun mula exchange contact dan mula berkawan.

Sebulan macam tu kenal dok bergayut telefon hari hari sampai la aku masuk matrik dan dia masuk U*** Diploma.

Satu benda yang aku tak berapa puas hati bila dia akan mengelak untuk webcam, dia prefer call telefon je. Katanya muka dia tengah rosak jadi dia segan nak webcam dengan aku.

Jadi aku faham je la sebab perempuan kan ada sedikit insecure dengan kulit dorang. Aku syak muka dia tengah breakout la ke kan so aku layankan je la.

Gambar harian dia selalu je dia hantar, makan roti canai, baru lepas jogging, baru lepas pergi pasar, semua dia hantar selfie muka dia. Elok je muka dia tapi kenapa tanak webcam kan.

Disebabkan aku was was sebab tak pernah tengok dia secara live (webcam), aku dah start sangsi dah. Tapi aku teruskan je berkawan dengan dia macam biasa selagi tak dapat kepastian.

Kami makin rapat la sampai ada masa tu phone dia rosak so dia pinjam phone (roomate dia) untuk sms aku bagitahu phone dia rosak dan tak dapat nak mesej selalu.

Aku pun faham je la student bila lagi nak repair phone so tunggu dia online yahoo messenger je la.

Satu hari tu, aku mesej la roommate dia tu, tanya dia Francesca mana, dia ada kelas ke. Start dari tu aku communicate dengan Roomate dia kalau nak tanya apa apa pasal Francesca.

Tak lama lepas tu, roommate dia ni tanya relationship aku dengan Francesca macam mana.

Aku cakap la kawan dan agak rapat la cumanya aku tak pernah webcam dia so aku tak berani la nak menaruh harapan sangat selagi tak tengok in real life.

Jadi roommate dia ni macam ada bagi hint, fikir masak masak dan check betul ke orang yang dia send gambar tu sama dengan orang yang sebenar. Aku pun send la gambar yang si Francesca hantar kat aku tu ke roomate dia.

Respond roommate dia tu mengejutkan. Dia kata, dalam gambar tu BUKAN Francesca! Aku tergamam… Aku pun cakap thanks kat roommate dia tu sebab tolong aku bagi hint tu.

Aku tak bagitahu Francesca yang aku ada contact roommate dia tanya pasal dia. So aku mula la siasat. Tanya dia blok kediaman mana, kelas apa semua.

Nak dijadikan cerita, kebetulan aku ada sorang kawan perempuan tu masuk satu U*** sama dengan dia, 1 batch dan satu kolej kediaman. Kiranya dorang satu bangunan la. Jadi aku minta tolong dia jadi spy.

Satu hari tu, member aku sergah si Francesca tu kat bilik dia. Tanya siapa Francesca. Ada sorang budak perempuan ni mengaku dia Francesca. Member aku terus chow dari bilik tu lepas tengok siapa Francesca.

Terus dia bagitahu kat aku yang Francesca yang dia jumpa tu tak sama langsung dengan gambar yang aku send kat dia. Orangnya gemuk, pendek dan berkulit hitam.

Aku pun terkejut la kan and akhirnya aku dah dpt jawapan yang jitu dari orang yang aku sendiri kenal.

Terus aku bagitahu si Francesca, tanya dia kenapa menipu pasal identiti dia dari awal. Dan Francesca pun mengaku yang dalam gambar dia hantar tu bukan dia.

Di sini mula la dia buat cerita sedih la sebenarnya perempuan dalam gambar tu semua anak angkat mak dia. Anak orang cina yang di bagi pada mak dia untuk bela.

Baru baru ni meninggal sebab cancer jadi dia buat blog dan tribute kan untuk budak perempuan tu. Buat buat macam dia still hidup lagi.

Yada yada yada cerita sedih tu pun aku dah tak ingat apa lagi yang dia cakap sebab aku dah tak ambil peduli.

Sakit hati sebab kena tipu sebulan dua perkenalan buang masa on call dengan identity yang tak wujud. Jadi aku terus end relationship dengan dia atas dasar sakit hati kena tipu.

Tak lama lepas tu aku mesej roommate dia tu balik, nak bagitahu yang aku dah tahu semuanya and terima kasih kat dia sebab dia bagi hint dan menguatkan sangkaan aku kat si Francesca tu.

Masa tu roommate dia kata Francesca dah move on and sekarang tengah kawan dengan lelaki dari kelantan pulak. Hahahahaha. Lantak kau la.

Itu je la yang aku nak share. Terima kasih pada yang membaca dari awal sampai habis.

– Izz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *