Perempuan Itu Makhluk Yang Mengelirukan

Assalamualaikum. Saya berumur 28 tahun, seorang lelaki yang memang tak pernah bercouple seumur hidup. Masa belajar ataupun bekerja. Juga seorang introvert sejati. Dalam handphone tak ada pun kawan yang boleh consider close friend, lelaki ataupun perempuan.

Aktiviti harian saya consist of pergi kerja, balik kerja and repeat. Masa cuti pun hanya dihabiskan di rumah bersama ibu. Ye saya still stay bersama ibu sendiri. Macam pengenalan cari jodoh pula kan?

Okay cukup pasal diri sendiri. Straight to the point. Kenapa perempuan perangai macam ini ye? Saya bekerja dalam persekitaran makmal. Kerja shift and bukannya office hours. Maybe maklumat ni nampak macam tiada kaitan dengan confession ni tapi ada.

Ada seorang perempuan di tempat kerja saya yang sejujurnya, mengelirukan saya. 2 tahun lebih muda dari saya. Maybe kerana saya tak biasa interaksi dengan wanita dalam lingkaran umur saya, saya anti sosial atau semua perempuan memang perangainya macam ini?

Di tempat kerja dia selalu tegur saya. And teguran itu amat berlebihan. Dia akan puji2 and usik saya (cakap saya hensem, rajin and sebagainya). Antara cara dia usik saya juga adalah dengan ajak saya bergaduh manja.

Saya pula jenis yang pemalu so saya dulunya tak pernah layan dia. Just ignore or senyum2 macam tu je. Bila dia ajak bergaduh manja tu saya akan layan sikit2 sebab saya memang seorang yang tak nak kalah bila direndahkan. Walaupun gurauan.

And dia tak buat benda ni in private. Dia buat in the open. Depan rakan sekerja lain. Lagila malu saya. Sampai satu tahap satu tempat kerja ni macam nak jodohkan saya dengan dia. Saya bukan seorang lelaki yang pandai berkaitan hal cinta ni semua so saya blur sangat masa tu.

Dia masuk ke tempat kerja saya selepas saya and masa mula2 dahulu, dia satu shift dengan saya. Masa mula2 masuk kerja dia selalu cuba untuk initiate conversation dengan saya tapi saya tak layan or lebih tepat tak pandai nak layan.

And dia tak dinafikan memang peramah. The kind of person that can talk to anyone. So saya tak pernah take notice or anggap dia ada niat apa2.

Usikan berlebihan pada perenggan kedua bermula selepas saya bertukar shift lain. Kami berkerja di ruang berbeza. And selalu bila dia nak balik, dia akan tegur or usik saya.

Jujur saya agak kurang selesa. Tapi saya tak pernah cakap apa2 sebab tak nak bagi dia terasa. Tapi dia nampak yang saya tak selesa bila dia buat macam tu so dia akan whatsapp saya minta maaf sebab buat macam tu. Tapi dia akan buat lagi di kemudian hari.

Satu tahap saya rasa macam curious, kenapa dia buat macam ni ye? Dia minat dekat saya ke? So saya beranikan diri untuk initiate conversation di whatsapp bila dia minta maaf dekat saya. Just tanya basic question like dah sampai rumah ke, dah makan ke etc.

Dipendekkan cerita, saya tersuka dekat dia. Walaupun agak menyampah masa mula2 dulu sebab saya anggap dia gedik and attention seeker especially among men.

Dia memang rapat dengan beberapa lelaki lain dalam lab ni. Especially yang satu bahagian dengan dia so anggapan saya pada dia adalah dia seorang pick me. Suka bila lelaki bagi perhatian. Tapi usikan dan pujian yang saya tulis, dia cuma buat ke saya.

Selepas sebulan setengah kami mula rapat di whatsapp and saya selesa bercakap dengan dia. Orang putih cakap kami sudah di talking stage. Di tempat kerja pun saya mula berani untuk membalas usikan dia. Rakan sekerja lain makin galak “menjodohkan” kami.

Tapi saya tak tahu apa sebenarnya hubungan kami. Kawan biasa atau lebih. Saya pun tak berani nak luahkan perasaan sebab tak nak rosakkan hubungan yang ada ini. And saya tak nak rasa yang saya perasan dia suka saya. Maybe dia cuma nak berkawan.

Awal bulan 2 tahun ini, dia mula menjauhkan diri. Whatsapp pun layan begitu2 sahaja. Saya jadi pelik. Usikan dan gurauan di tempat kerja pun makin kurang. Saya rasa serba-salah. Ada buat salah apa2 ke?

And satu hari, dia membalas whatsapp saya dengan sesuatu yang buat saya serba salah. Dia katakan kepada saya, tak elok lelaki dan perempuan bercakap di whatsapp macam ni. Saya macam keliru. Seakan saya melakukan dosa besar.

Ye saya tahu Islam kata salah tapi saya memang cuba untuk kenal dia supaya saya boleh bawa relationship ke next stage. Saya cuma tak nak rush things.

Start hari tu dia stop interacting dengan saya di tempat kerja ataupun whatsapp. Dengan alasan kurang sopan kalau perempuan macam dia layan saya macam tu and dia malu bila rakan sekerja lain bercakap tentang saya dan dia. Senang kata dia nak menjaga batas

Awalnya saya okay sebab bukan saya yang initiate semuanya. Saya cuma pelik bila saya tengok dia seakan tidak jujur. Dengan lelaki lain di tempat kerja yang dia rapat, dia still bercakap and berinteraksi dengan normal. Mana pergi alasan kurang sopan bila lelaki dan perempuan tak menjaga batas?

So saya confront dia di Instagram kerana dia sudah tidak melayan saya di Whatsapp. Ye saya tahu Instagram dia apa, and dia pernah cakap yang tiada orang lain di makmal ni melainkan beberapa kawan perempuan yang tahu.

Saya seakan bergaduh dengan dia. Saya mohon dia explain kenapa dia usik2 saya dulu. Kenapa dia layan saya bila saya cuba untuk initiate something. Sebab jujur walaupun saya tak pandai hal sebegini, saya tahu ini tahap di luar persahabatan biasa.

And dia nafikan. Dia still cakap kami cuma kawan biasa. At one point dia even cakap kami cuma rakan sekerja. Satu tahap yang bagi saya di bawah rakan biasa. Seakan saya yang delusional.

Saya makin desperate. Saya luahkan perasaan walaupun saya tahu agak terlambat. And seperti dijangka, saya direject.

Sekarang sudah beberapa bulan and saya dan dia still tak bercakap. Sudah jadi complete strangers. Tapi dia still tak menjaga batas. Dia still bercakap and berinteraksi seperti biasa dengan rakan sekerja lelaki lain.

Saya keliru. Adakah saya delusional atau dia memang seorang yang tak jujur?

– Keliru&tersakiti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Dia macam ni bang… bila perempuan tu terlalu mesra maksudnya dia selesa dengan kamu, memang dia anggap kamu kawan rapat dia je.. so once dia dapat detect something wrong (dia mungkin dah boleh kesan kamu suka dia) so dia dah tak mesra macam dulu sebab salah satunya dia dah terberi kamu harapan.. so dia taknak benda tu … awkward jadinya bang… normally kalau seseorang perempuan suka lelaki, mereka cuba untuk act cold, normal and cuba unutk tak pedulikan si lelaki,, senang cakap diorang behave lah.. kalau dah terlebih mesra dan suka usik-usik tu, memang dia anggap kau kawan je bang.

  2. Boleh faham jugalah keadaan TT ‘terperasan’ sebab TT pun cakap tak pernah bercinta/couple.. Mungkin ni first time kot ada perempuan bagi ‘perhatian’ (tapi dia bagi perhatian kat lain juga).

    Takpe TT. Ni semua pengalaman nak bagi TT belajar perangai manusia ni memang macam2.. TT cakap pun perempuan tu memang jenis peramah dengan laki2 lain kat lab tu pun dia ramah juga. So anggap saja lah TT ni macam laki2 yang lain juga.. Tak boleh senang perasan. Hati kena bagi kental dan jangan mudah cair.

    Untuk perempuan pun sama, kalau ada laki yang peramah, jangan lah mudah perasan. Dorang pun layan perempuan lain sama ramah juga.

    Nak cuba confess, boleh je, cuma kena prepare jugak lah kemungkinan akan direject tu masih ada. Kalau dia reject tu memang confirm dia akan tone down kan sikit keramahan dia kat kita lepas tu. Kita redho je dan cuba untuk move on cepat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *