Perempuan, Jagalah Dirimu

Kepada confessor yang menjaga ikhtilat itu, pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah atas usaha tuan confessor dalam menjaga ikhtilat. Pautan artikel seperti dibawah:

https://iiumc.com/salahkah-jika-terlalu-menjaga-ikhtilat/

Moga istiqamah dan bertemu jodoh yang sepadan.

Perkongsian saya bukan mengenai jodoh tetapi bagaimana kita, gadis, perempuan, wanita untuk menjaga diri ketika bekerja di kalangan kaum lelaki.

Kepada confessor dan pembaca sekalian, kalau nak tahu, lelaki adalah makhluk yang simple dan yang paling penting kita sebagai perempuan kena ingat yang lelaki tak boleh nak baca fikiran perempuan yang kompleks ni.

Contoh, kita cakap nak beli baju biru. Pada fikiran lelaki, biru pekat, biru muda, biru cair semuanya biru. Tapi dalam kepala perempuan ada navy, turquoise, light, sky, teal, indigo dan sangat banyak lagi jenis-jenis warna biru. Nampak tak perbezaan antara lelaki dan perempuan?

Dalam pergaulan seharian kita, pemikiran kita yang kompleks ini memang akan mempengaruhi ‘body language’ . Secara tak langsung, ia akan memberikan signal-signal yang salah untuk kaum lelaki.

Tips-tips ini saya memang praktikkan sebab saya nak elakkan lelaki-lelaki terutamanya di pejabat salah faham dan juga untuk keselamatan diri.

1. Suara

Bila kita bekerja, nak tak nak memang kita perlu berkomunikasi dengan rakan sekerja. Baik lelaki ataupun perempuan.

Selalunya kalau dengan perempuan, kita boleh laa bergelak ketawa, cakap kuat-kuat, buat suara manja-manja. Tapi bila dengan lelaki, tiba-tiba buat suara semut, cakap pon tutup-tutup mulut, bila gelak tersipu-sipu atas alasan nak jaga ikhtilat.

Ko rasa lelaki tengok ko macam mana? Wanita lemah-lembut yang paling sesuai untuk jadi menantu pilihan mak. Mesti la lelaki nak cuba mengoratkan?

Jadi perlu buat apa? Apa kata bila berbicara dengan lelaki tentang kerja ‘keep it short and simple’. Tak payah buat lawak sangat dan paling penting, intonasi suara tu tolong laa tegas dan terang. Jangan macam semut please. Bila ada perbincangan, fokus kepada objektif perbincangan. Be professional.

2. Mimik muka

Pernah dengar tak ‘Bi*** resting face’? Tak pernah, tolong Google ye. Jangan laa buat muka mcam Lailer tengok Jekfer. Kalau semua lelaki blur macam Jekfer tu tak apa la tapi kalau tak, you are sending the wrong message girl!

Practice la muka ‘Bi*** resting face’ tu. Bila berkomunikasi dengan lelaki di tempat kerja tu bukan tak boleh senyum tapi kurangkan, biar nampak serious dan lagi sekali, straight to the point.

Kepala tak payah nak lentok-lentok macam Ella, gigit pen laa apa semua. Mata jangan jeling-jeling sebab tak nak buat eye contact. Kalau bercakap pandang muka tapi tak nak pandang mata, sila pandang dahi, area antara kedua-dua kening tu. Tak la nampak pelik sangat.

3. Postur badan

Nak jaga ikhtilat jalan mesti tunduk sikit kan sebab nak jaga pandangan mata. Secara tidak sedar, kita akan jalan bongkok sikit.

Secara psikologinya, orang yang jalan bongkok dan tunduk kepala adalah jenis orang yang tidak yakin pada diri sendiri. Pada pandangan orang lain pula, karakter begini senang dimanipulasikan.

Chin up, shoulder back please. Bukan suruh mendada tapi postur badan tegak. Contoh la kalau kita tengok askar kawad, kan badan tegak keras jer, berani ke nak nak ajak gaduh?

Postur badan yang baik akan menyinarkan keyakinan diri. Secara tidak langsung kita akan hantar signal kepada orang-orang sekeliling, jangan main-main dengan perempuan ni. Mata tak perlu nak melilau sana-sini, cuma pandang ke depan.

4. Bila keluar untuk tugasan

Tak dapat nak elak keluar buat tugasan bersama? Ada yang tengok ini macam peluang untuk kenal hati budi rakan sekerja. Selalu dalam pejabat hanya perbincangan formal, kalau diluar boleh la borak hal-hal selain hal pejabat.

Paling baik, naik kenderaan berasingan. Biarlah letih memandu tapi risiko kena raba memang tiada. Jika tidak, gunakan kenderaan awam seperti kapal terbang, teksi, keretapi, asalkan sentiasa berada di kawasan awam dan ada orang lain.

Jika terpaksa naik kereta juga, ajak orang yang ketiga, asalkan tidak berdua di dalam kereta. Jika keadaan sangat tak mengizinkan dan hanya boleh berdua di dalam kereta, ikut langkah ini.

Sebelum mulakan perjalanan dan semasa berada di dalam kereta, buat satu panggilan telefon kepada sesiapa seperti ibu ayah, abang kakak atau rakan dan cakap,

‘Saya dalam kereta ni, dengan si polan (sebut nama) nak ke tempat sekian. Sampai dalam pukul sekian sekian.’ Kena cakap terang dan jelas supaya lelaki yang ikut itu dengar perbualan kita.

Selepas satu jam begitu, minta ibu ayah, abang kakak atau rakan untuk telefon semula dan update lokasi semua. Bila dah sampai lokasi, buat perkara yang sama. Telefon dan update. Begitu juga untuk perjalanan pulang.

5. Topik berborak

Bila dah keluar untuk tugasan, takkan laa tak berborak kan? Nanti orang kata sombong pula. Paling selamat, borak pasal hal-hal semasa. Jangan sekali-kali borak pasal hal dalam kelambu, lawak ‘double-meaning’ atau ‘body-shaming’. Topik-topik begini memang tidak sesuai langsung ye untuk diborak.

Satu lagi, elakkan meluahkan dan mendengar masalah. Tak ada maknanya rakan pejabat lelaki yang telah berkahwin itu sangat memahami dan mengambil berat tentang kita. Fahamkan? Asbab ini lah yang selalu buat keluarga pecah belah macam yang viral disosial media tu. Hati-hati la ya.

Menjaga ikhtilat memang perlu tetapi jangan la sehingga menampakkan wanita ini insan yang lemah dan mudah ditindas. Sebagai wanita, kita kena bijak untuk meramal kejadian yang bakal berlaku dan lebih baik ambil langkah berjaga-jaga.

Semoga berjaya!

– Claire (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *