Assalamualaikum semua. Nama aku A. Umur 19. Ok so harini aku nak cakap pasal kebersihan perempuan. Aku tengok sekarang ramai perempuan yang pembersih, Alhamdulillah… tapi aku just nak share rutin aku and apa yang aku buat untuk sentiasa bersih.
Aku dulu takdelah pembersih dan takdelah pengotor sangat, hehe. Dulu aku pandang remeh bab kebersihan ni. Jaga diri ni gitu-gitu je. Bila dah habis sekolah aku kerja part time and bermula dari situ la aku start jadi pembersih.
So aku akan share apa yang aku buat. Sebelum mula aku bagitau dulu confession ni agak panjang sebab banyak bebel hehe.
1~MANDI. Percaya ke tak bila aku cakap perempuan ramai yang malas mandi termasuk aku dulu hahaha. Tapi sekarang aku dah rajin mandi 2-3 kali sehari and dalam seminggu tu aku set kan hari untuk aku betul-betul bersihkan badan aku.
Contohnya hari jumaat aku akan make sure aku syampu, shaving and potong kuku. Esoknya sabtu aku akan gosok semua daki yang melekat dekat badan aku.
2~PAKAIAN. Make sure pakaian yg korang nak pakai tu sentiasa bersih even korang duduk rumah jek. Kalau korang keluar selalunye ada yang gantungkan balik baju yang diorang dah pakai sebab ingat tak kotor keluar kejap je.
Tapi percayalah even korang nampak baju tu tak kotor dia tetap kotor so please lepas keluar je balik terus masukkan baju dalam laundry bag and basuh baju hari-hari.
3~PERIOD. Ok ni pun banyak dah orang cakap tapi aku nak cakap jugak sebab ramai lagi yang buat. Bila period make sure korang ganti pad 3 atau 4 jam sekali even pad tu tak penuh. Jangan la kedekut sangat nak guna pad tu. And make sure cuci bersih-bersih pad tu sebelum buang.
Bila habis period ada perempuan yang alami keputihan pakailah pantyliner supaya tak kotorkan panties and tukar pantyliner 3 atau 4 jam sekali jugak.
Untuk perempuan yang ada keputihan sedikit berbau boleh try pakai kotex yang daun sirih tu. Kuranglah sikit bau. Haa satu lagi lepas buang air kecil tu make sure lap bersih-bersih sebelum pakai panties okay. Banyak pulak aku membebel pasal bab ni…
4~SKIN. Ok bab skincare aku taknak cakap banyak korang boleh google je rutin dan tips nak jaga kulit tu macam mana and beli produk ikut kesesuaian kulit dan kalau ok stick to that routine everyday.
Bab kulit badan pulak aku akan cuba pakai lotion everyday setiap malam. Takdelah everyday sangat sebab aku pun malas jugak haha tapi aku cuba. Sebab lotion yang aku pakai tekstur dia agak tebal and lambat nak meresap dalam kulit.
Korang bayangkan aku ambil masa 25 minit untuk pakai lotion tu dekat the whole body. So aku malas sikit part ni tapi sikit jee. Oh yeaa aku ada masalah kulit something like psoriasis dekat some parts of my body and doktor bagi aku lotion tu.
5~WANGIAN. Ok ni paling penting la kot sebab kalau korang busuk tak boleh bawak bincang ooh kalau duduk sebelah hahaha. Aku takde nak recommend mana-mana perfume tapi for now favourite aku is VS Bombshell.
Please spray perfume sebelum keluar and kalau boleh bawak perfume kecil dalam bag untuk spray bila perlu. Lepastu kan bila korang cuci baju letak la softener sikit aku letak yang downy premium parfum tu packaging dia warna merah hitam tuu wangi gila sumpah tak tipuuu.
Pasal deodorant pulak aku memang dari dulu tak pernah pakai pernah try sekali je tapi rasa tak selesa so aku tak pakai sebab memang aku ni jenis takde masalah bau badan even berpeluh macam mana sekalipun. Tapi untuk yang dah biasa pakai and ada masalah bau badan please pakai.
6~BAG. Semua orang tahu handbag perempuan ni macam harta karun macam-macam ada.
Tapi yang aku nak bagitau ni bila bawak handbag please bawak sekali tissue, wet tissue, hand sanitizer, perfume, some medication apa-apa krim yang bila pakai tu rasa panas, cermin, plaster luka, pad and pantyliner.
Semua benda tu penting walaupun tak guna hari-hari sebab kita bukannye tau bila emergency tu nak datang so better sediakan siap2 dalam bag.
So aku rasa itu je kot sebab aku takut korang bosan baca panjang-panjang. Tapi kalau korang nak lagi aku share komenlah hehehe. Ok bye…
– A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit