Perempuan Kurang Rasa

Assalamualaikum semua.. Saya tak pandai sangat menulis, tapi saya perlukan pendapat dan nasihat dari rakan pembaca.

Kenapa tajuk tu saya bagi sebagai perempuan kurang rasa?

Saya seorang perempuan yang saya anggap sebagai seorang yang agak pentingkan diri dan narcis.

Dulu saya selalu biarkan dan mengalah dengan semua orang dan semua perkara. Saya tidak perjuangkan kebahagiaan diri dan hak saya.

Saya lahir dalam keluarga yang berpecah. Hidup berkeluarga kami sangat rumit jika dihuraikan secara lisan ramai yang takkan faham.

Kerana keadaan begitu saya, menjadi seorang yang defensive. Saya tak suka akan pergaduhan dan tak suka jika ada orang mengungkit apa-apa tentang saya atau adik beradik saya.

Jadi untuk elak perkara tu berlaku, saya akan buat sahaja apa apa pekerjaan yang disuruh bagi menggantikan adik adik.

Bila semua dah besar, adik adik kata saya terlalu naif. Selalu dibuli. Kata kata mereka buat saya berfikir tentang perkara tu dan saya turut merasakan saya terlalu naif.

Jadi saya memilih untuk tidak benarkan orang memijak kepala dan mengambil kesempatan atas diri saya lagi.

Tapi sekarang saya rasa,saya mula jadi orang yang ignorance dan tidak sensitif pada keadaan orang lain. Saya mula jadi orang yang judgemental dan pentingkan diri.

Bila ada orang mengadu tentang kesukaran hidup saya jadi judgemental. Saya rasa mereka terlalu manja.

Masalah mereka bagi saya tidaklah besar mana kerana saya pernah melalui lebih teruk dari itu. Dan saya jenis orang yang tidak meminta pertolongan orang.

Kebanyakkan masalah saya, saya cuka kawal sendiri. Kalau tak cukup makanan,saya akan puasa.

Kalau tak cukup duit, saya akan usaha potong perbelanjaan yang tidak wajib.

Jadi bila orang minta tolong untuk kali pertama saya akan tolong tapi jika berlarutan untuk minta ditolong saya mula rasa menyampah dan saya akan ignore kan mereka untuk beberapa ketika.

Bila fikir, saya rasa saya jahat dan tak punya hati.

Waktu belajar saya bernasib baik mempunyai kewangan yang kukuh. Dalam akaun saya boleh cecah belasan ribu kerana saya sangat berjimat belanja saya di kolej.

Saya cuma makan sekali sehari dan sangat berkira-kira bab makan. Saya akan ambil makanan paling murah.

Bila makanan saya lebih dari RM5 saya rasa bersalah sangat dengan diri sendiri.

Saya jarang outing atau membeli belah. Saya tak pandai beli barang-barang kehendak. Saya akan rasa berdosa untuk keluarkan duit.

Biasanya pakaian, beg atau kasut saya cuma akan beli bila yang sedia ada betul betul rosak tak boleh guna.

Lagi satu saya cuma akan beli barang-barang yang murah. Lagi satu barang-barang ni akan berganti hanya bila ada orang hadiahkan.

Saya sangat kedekut untuk berbelanja. Kedekut untuk berbelanja ni memang tabiat dari kecil kerana dari kecil saya sangat susah dapat duit.

Duit belanja cuma waktu sekolah rendah je dapat. Itupun cukup untuk untuk sebiji kuih sahaja. Sekolah rendah belum matang dan rasa duit belanja ibu bapa wajib bagi walau sikit.

Bila masuk sekolah menengah, saya lebih memahami ibu bapa saya. Saya tidak mahu tambah bebanan kewangan mereka jadi saya tidak meminta duit belanja.

Nasib baik dapat biasiswa jadi cukuplah untuk tanggung yuran, duit buku, beli kasut dan baju sekolah. Baki tu boleh guna buat belanja.

Tapi tabiat kedekut berbelanja ni terbawa bawa sampai sekarang. Tak tahu macam mana nak ubah. Orang kata jangan kedekut dengan diri sendiri. Nanti rezeki susah nak masuk.

Dengan adik-adik dengan kawan kawan saya usaha untuk berberlanja untuk mereka. Tapi untuk diri sendiri sangatlah susah.

Paling saya rasa saya ni teruk, bila saya nak makan makanan yang sedap sedap. Saya akan rasa berdosa dengan diri sendiri sebab saya kat bandar makan sedap sedap.

Tapi ibu bapa kat kampung tak tahu makan apa. Jadi kebanyakkan masa saya batalkan niat untuk makan tu.

Paling teruk tentang saya adalah saya paling paling pantang orang suruh suruh atau minta minta.

Kalau orang suruh suruh saya takkan buat apa yang disuruh ataupun saya akan tunda perbuatan tu sampai si suruh tu tak nampak.

Bila orang minta minta pula saya paling kedekut nak menghulur. Bila orang minta minta saya jadi panas je hati nak hulur tu. Tak tahulah kenapa.. Kenapa dengan saya ni..

Tolong saya wahai pembaca. Macam mana saya nak urus sifat sifat buruk saya ni?

– Awan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *