Perempuan Paling Malang Adalah Yang Tersalah Pilih Suami

Assalamualaikum dan hai semua. Berdebar rasa nak post confessions, tahu akan ada kecaman dan sememangnya ada yang sentiasa baik hati dengan pandangan yang murni. Apa-apapun saya sedia menerima pandangan semua.

Baiklah.. Saya Bunga. Masalah terbesar saya adalah diri sendiri. Kenapa saya katakan diri sendiri? Sebab saya tak tahu buat keputusan.

Saya sudah bertunang. Tunang saya seorang pegawai beruniform. Luarannya dia lelaki yang baik. Dalaman? In shaa Allah baik.

Detik perkenalan kami tidaklah begitu indah. Pada awalnya, saya tidaklah mempunyai perasaan terhadap tunang. Tapi dia sangat bersungguh-sungguh untuk memiliki saya.

Setelah berbulan-bulan akhirnya saya membuka hati untuk menerima tunang. Berbanding saya dan tunang, tahap pendidikan kami boleh dikatakan jauh.

Dia hanya lulusan SPM manakala saya mempunyai Master. Maaf sekiranya saya terlihat riak, tapi saya merupakan seorang graduan terbaik. Boleh dikatakan saya seorang pelajar cemerlang.

Sebab utama saya memberitahu perkara ini kerana inilah salah satu sebab utama ibu dan bapa saya melarang hubungan kami pada awalnya. Kerana takut kami tidak sehaluan. Saya yakinkan ibu dan bapa saya bahawa itu tidak menjadi masalah.

Bermula penentangan pertama. Saya husnuzon kerana sebab yang diberikan oleh ibu bapa bukanlah sesuatu yang besar.

Setelah ramai yang mengetahui tentang hubungan kami (kawan-kawan dan kenalan) secara tiba2 banyak cerita buruk yang saya dengar daripada mulut kawan-kawan yang lebih dahulu mengenali tunang.

Ada kawan saya yang menjauhkan diri kerana tidak mahu saya bersama tunang. Ada juga beberapa yang memberi nasihat bahawa tunang dahulu seorang yang tidak baik.

Saya terus cuba husnuzon kerana tunang amat baik dengan saya. Selama setahun saya menguji tunang, dia seorang yang sangat sabar dengan perangai saya. Hal ini berlaku ketika di awal perkenalan kami.

Saya ada solat tahajud dan solat hajat malah tidak putus berdoa untuk tunjukkan mana yang terbaik, tapi saya tidak dapat apa-apa tanda baik atau buruk jadi saya teruskan saja hubungan kami dan akhirnya kami bertunang.

Cabaran terbesar saya apabila saya akhirnya dapat tahu semua perkara buruk yang disampaikan kepada saya mengenai tunang adalah benar belaka.

Saya dapat tahu, tunang seorang yang playboy. Saya dapat tahu tunang seorang yang suka bertukar pasangan. Saya dapat tahu tunang pernah ke pub dan minum arak.

Tunang juga pernah buat sex bebas. Saya dapat tahu tunang juga suka main judi online. Saya masa ini tersungkur dan terduduk.

Saya berterus terang dengan tunang, dia mengakuinya dan berkata itu semua kisah silamnya, ketika dan sepanjang bersama saya dia tidak pernah lakukan semua itu lagi. Saya tahu dan percaya ketika dia bersama saya dia tidak melakukan itu semua, kerana kami sentiasa bersama.

Telefon bimbit dia saya selalu check, saya ada web whatsapp (application yang membolehkan saya boleh melihat conversation whatsappnya pada bila-bila masa) saya ada password semua social media tunang. Saya tahu ketika dengan saya, tunang tidak melakukan itu lagi.

Tapi, sebagai seorang perempuan, saya sangat-sangat terkesan dengan semua ini. Saya menjaga diri selama ini, ramai yang datang untuk mencuba saya tolak ssecara baik.

Saya tahu, pembaca akan kata, ahh itu semua kisah silamnya. Iya, itu kisah silamnya tapi saya baru tahu semua ini dan ini sangat baru bagi saya.

Patutlah ada yang cakap dengan saya “kenapa Bunga pilih lelaki macam tu? Bunga boleh pilih yang jauh lebih baik”. Tapi kata-kata ini datang dari seorang lelaki yang juga ingin mencuba saya, mestilah saya ragu-ragu untuk percaya.

Masalah sekarang, saya sangat takut jika tunang melakukan perkara yang dia pernah lakukan sebelum ini.

Pernah ex tunang kata dengan saya “Baguslah kalau tunang dah berubah, tapi tak takut kalau perangai buaya dia balik semula? Saya sangat kenal tunang awak”.

Perkataan itu seperti terngiang2 dalam kepala saya. Kenapa personaliti tunang amat berbeza bila dengan saya?

Tunang baik dan sangat sabar dengan saya. Itu yang saya nilai. Dan saya bukan jenis yang mudah tertipu. Saya sangat tahu menilai tingkah laku orang sekeliling saya.

Sekarang saya menjadi seorang yang sangat insecure, saya seperti mahu menyiasat semua tingkah laku tunang. Even last seen di whatsapp pun menjadi masalah besar bagi kami.

Saya tidak mempercayainya kerana tunang kerap online di nombornya yang satu lagi (nombor khas untuk kerjanya sahaja) menurut dia itu hanya untuk kerja sahaja.

Tapi saya tetap tak percaya! Saya tak tahu macam mana nak mempercayai tunang semula.

Saya takut sangat takut saya tertipu dengan tunang, saya takut mempersuamikan seorang yang salah. Sebab saya tahu, perempuan yang paling malang adalah dia yang tersalah pilih suami.

Saya bukannya mahu dia perfect, tapi saya takut saya terluka selepas kahwin. Apa yang patut saya lakukan?

– Bunga yang tak mekar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *