Perempuan Pemusnah Rumahtangga

Assalamualaikum pembaca pembaca IIUM Confession. Aku tak pandai sangat menulis tapi adanya aku dekat platform ni sekadar ingin meluah apa yang aku pendam selama ni.

Tujuan aku bukan taknak mengaibkan sesiapa yang ada dalam kisah hidup aku. Sengaja aku pilih platform ni sebab hanya jalan ini yang ada untuk aku lepaskan semua.

Permulaan kisah aku, aku dengan suami berkenalan dalam satu aplikasi dating online. Setelah berkenalan dengan rapat, suami nyatakan hasrat yang dia nak jadikan aku sebagai isteri.

Alhamdulillah setelah 9 bulan kenal, bulan 10 tahun yang sama, kami mendirikan rumahtangga. Aku kahwin muda, aku berusia 18 tahun manakala suami sudah mencecah umur 23 tahun.

Silap aku,

Sebelum aku bercinta dengan suami, aku langsung tak periksa latar belakang suami macam mana, perwatakan dia macam mana, apa yang terjadi pada masa silam dia.

Masa aku bercinta dengan suami, suami ada nyatakan yang dia nak beritahu satu benda dekat aku then aku pun sedia untuk mendengar.

Bila ditanya benda yang baik atau yang buruk, dia cakap, “ ini melibatkan antara kita berdua saja, family langsung tak terlibat” dan aku terlihat tenang.

Tiba waktunya, suami bawa aku keluar makan. Sebelum makan, suami asyik ulang ulang “saya risau nak beritahu awak, saya takut awak tinggalkan saya lepas tahu benda yang sebenar”.

Masa ni aku dah rasa berdebar lain macam, aku dah tak sedap hati tapi aku cuba relaks. Cuba untuk mendengar apa yang nak dicerita seterusnya.

Suami nyatakan bahawa dia pernah berkahwin dengan seorang janda yang sebaya dengannya, perempuan tersebut merupakan jiran dan rakan semasa di kampung.

Nak dijadikan cerita, lepas habis SPM, suami aku merantau cari rezeki dekat negeri orang. Bila suami balik kampung, dia tanya suami aku duduk mana sekarang sebab dah lama tak nampak.

Bila suami aku kata duduk Negeri Sembilan, dia pun menggelabah nak ikut sama sebab ada kakak angkat kat sana. Suami aku dengan blur dan lurus, bawa la perempuan ni balik Negeri Sembilan.

Bila dah sampai sana, katanya nak duduk sekali dengan suami aku. Then suami pun duduk jela sekali dengan dia dalam satu rumah dengan kawan kawan yang lain.

Pada mulanya suami aku tak nak sebab dia takut makwe dia marah bila bersendudukan dengan perempuan lain tapi perempuan tu tetap nak jugak. Suami pun terpaksa!

Faham faham bila dah duduk sekali, perempuan tu ajak suami aku ‘bersama’ tapi suami aku tolak. Bila dah banyak kali si dia ajak, suami pun turuti.

Sampai satu masa, si perempuan mengandung. Suami aku suruh dia gugurkan untuk kebaikan masa depan berdua tapi dia tak nak. Perempuan ni tetap berkeras nak kahwin jugak.

Lastly suami aku berkahwin tanpa pengetahuan family dia. Ambil kursus kahwin senyap senyap, settle hal kahwin senyap senyap. Semua ahli keluarga taktahu tentang perkahwinan diorang sampailah perempuan ni post gambar kahwin dekat facebook.

Suami aku cerita, suami bawa balik mak mertua aku ke rumah sewa diorang untuk kenalkan ‘menantu’ walaupun ‘menantu’ dia cuma anak jiran.

Suami aku menangis minta ampun dekat mak mertua sebab membelakangkan family, semua bersebab. Suami hanya nak bertanggungjawab atas apa dah jadi.

Oh ya! Perempuan tu bukan menantu pilihan family, then family perempuan tu pun tak sebulu dengan family suami.

Selepas beberapa bulan, perempuan tu dan ibu dia pergi berurut then tak lama kemudian, gugur.

Suami aku marah sangat sebab dia membelakangkan family hanya untuk bayi yang dikandung tiba tiba kau gugurkan macam tu je? Sedangkan suami pernah cakap gugurkan untuk kebaikan bersama kat masa depan supaya tak perlu kahwin.

Setahun dorang bersama, suami hanya berhasrat nak bercerai dengan perempuan tersebut tapi mulut tak mampu nak nyatakan hasrat dia. Jadi dorang jalankan kehidupan berumahtangga.

Sepanjang dorang bersama, suami katakan bahawa that girl ada seorang yang ‘mengongkong’. Kehidupan suami semuanya dia control dan telefon suami sentiasa di check oleh perempuan tu.

Suami aku kerja kilang dulu, shift pun tak menentu kadang malam kadang siang dan langsung tak ada masa dengan perempuan tu, ini kesempatan dia untuk cari skandal.

Ada satu malam, perempuan tu bagi ‘tiket’ untuk suami keluar lepak dekat dataran. Suami suka sangat sebab dah lama tak keluar lepak dengan kawan kawan, dalam masa suka tetap ada rasa tak sedap hati.

Suami cerita dalam perjalanan ke dataran, topi keledar yang dipakai suami tercabut sedangkan dah diikat dengan kemas. Suami balik semula ke rumah dan didapati rumah gelap sedangkan perempuan tu kalau tidur pun dia tetap buka lampu.

Suami video call dia macam biasa, berangkat tapi senyap. Suami katakan yang dia tak mampu nak masuk ke rumah walaupun rumah sendiri, tak tahu sama ada dalam gelap tu ada seorang lelaki atau tidak.

Kalau aku nak cerita, agak panjang sebab perjalanan diorang memakan masa hampir 3 tahun. Kalau nak diceritakan, mungkin satu page ni tak cukup. Aku skip saja la ye?

Kisah diorang memang azab bila dengar, perempuan tu memang jenis tak cukup jantan. Bila aku dengar cerita dari suami memang menggelegak! Kalau aku ada masa aku create “PEREMPUAN PEMUSNAH RUMAHTANGGA 2” hihi.

Suami aku pernah ditangkap atas sebab memiliki dadah, dan perempuan tersebut dimasukkan ke dalam penjara atas sebab bersubahat rasanya. Setakat itu je aku tahu, lagipun aku tak fokus masa suami bercerita.

Masa dekat balai polis, polis ambil phone perempuan tu then jumpa something dalam phone perempuan tu. Polis tersebut panggil suami, suami masuk menghadap polis tu then polis tanya “siapa dekat luar tu?”. Suami jawab “wife saya”.

Polis buka phone kemudian tunjuk dekat suami sambil berkata “perempuan macam ni ke nak buat jadi isteri?”. Aku tak pasti apa ada dalam phone tu cuma apa yang suami cerita, ada chatting bersama lelaki lelaki lain la.

Mungkin dia dengar apa yang polis tu kata, terus dia meluru masuk kedalam dan melutut di kaki suami minta ampun. Katanya sambil menangis bahawa dia tak nak curang lagi dah, dia menyesal. Suami jawab, “lepas kita keluar, aku lepaskan kau”.

Aku skip this part sebab lepas diorang keluar, diorang still bersama hampir setahun.

Tahun terakhir bersama, suami aku ajak perempuan tu balik kampung sebab suami ada buat korban untuk raya haji. Jadi suami kena standby awal awal dekat kampung pagi tu, sebab rumah sewa dorang jauh dari kampung.

Bila suami chat dekat dia, suami dah dalam perjalanan nak balik ambil dia. Perempuan pula cakap yang dia ada customer kalau suami nak balik, balik jela sorang, so suami balik kampung seorang.

Mungkin hidayah dari Allah untuk dorang berpisah, perempuan tersebut kantoi curang depan mata suami aku sendiri ya! Bila berjiran, suami aku nampak lelaki hantar dia depan rumah parents dia.

Suami aku tak cakap banyak terus dia start motor dan ke rumah family perempuan tu, suami tanya “siapa laki yang hantar kau tu?” tapi dia jawab kawan. Suami macam dah tawar hati sangat. Suami biarkan.

Beberapa bulan sebelum berpisah, suami angkut semua baju dia dekat rumah sewa then settle semua hal penceraian.

Everything smooth dan bila tiba masa nak bercerai, suami aku ke mahkamah dengan kawan dia sedangkan perempuan tu hadir dengan “balak” dia. Alhamdulillah dah settle cerai.

Sebulan selepas tu, suami jumpa aku. Rupanya dalam masa suami dengan aku, dia masih mesej suami aku tanya khabar ya.

Si suami pulak melayan. Sakit betul hati aku. Lama dorang mesej, makan 8 bulan jugak. Aku ni bagai ditipu tipu, rasa kena siat siat je hati ni.

Aku ingat hari dimana hati aku hancur lebur,

Seminggu lepas kahwin, aku main phone suami then buka galeri. Saat aku buka galeri, saat tu aku kecewa sangat! Galeri penuh dengan gambar “private part” perempuan tu, murah betul harga diri kau ya perempuan?

Tujuan hantar gambar sebegitu sekadar untuk pancing suami aku untuk “bersama” dengan dia. Oh malu ya kaum aku macam ni. Jijik! Aku terus delete semua gambar.

4 bulan aku pendam untuk tanya semua tu. Jawapan aku dapat hanya sebuah senyuman!

Baru baru ni, perempuan tu ada mesej aku, minta maaf atas segala kekhilafan sebab ada hacker hack facebook dia dan post gambar dia dengan suami aku. Aku langsung tak percaya ya sebab perempuan tu memang manipulate gila!

Tujuan mesej sekadar nak minta maaf, eh tetiba ajak aku berkawan dengan dia. Maaf, memang suami aku larang berkawan dengan perempuan tu. NO!

Aku takkan pernah lupa apa dia kata dekat aku selama ni ya, dia kata aku ni ketagih sebab baru nak kenal b*t*ng, dia juga kata aku ni perempuan untuk suami aku lepaskan nafsu saja, dia juga pernah berkata, suami aku terpaksa saja untuk ‘bersama’ dengan aku, dan macam macam.

Tapi itulah, kau perempuan yang tak pernah dapat kasih sayang dari suami yang sebetulnya! Semua family side suami aku cakap, layanan suami terhadap kau dan aku berbeza. Macam langit dan bumi!

Bila aku tengok balik ada betulnya. Aku bukan nak bongkak atau angkuh tetapi benda betul. Apa yang aku nak, suami belikan. Aku baru berhasrat nak ada kereta sendiri, tiba tiba suami hadiahkan depan mata sebuah kereta.

Aku nak berjalan jauh, suami bawakan. Aku nak barang barang kemas, suami belikan. Aku nak sambung belajar, suami tanggung. Aku nak itu ini, semua dapat! Sedangkan masa kau dengan suami aku, kau kena usaha sendiri untuk dapatkan.

Aku memang bukan perempuan independent macam apa yang PEREMPUAN tu cakap dekat aku, disebabkan tu juga aku selalu beritahu suami yang aku ni beban dia tapi suami cakap aku ni tanggungjawab dia dan lubuk rezeki dia, so apa aku nak dia usahakan.

Alhamdulillah berkat doa aku dan keluarga, aku dapat ubah suami aku. Dapat suami yang dulunya “nakal”, sekarang dah nampak matured mungkin juga sebab faktor usia.

Dari pemakaian yang dulu selalu berseluar pendek, sekarang dah istiqamah seluar panjang. Dulu rambut bertukar tukar colour, sekarang dah fully hitam je sentiasa.

Okay lah aku dah ngantuk, bye!

– Tasha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Dak2 umor 18 mmg senang nak digoreng. Ko goreng je ala kadar x perlu letak minyak byk pun, sonang jo hangus wakakakakaaa. Kpd jantan yg menggoreng tu tahniah bro, dua” sekali da masuk perangkap ko.

  2. Akhirnya kerakter yg suka menipu semakin sebati dgn diri dn tdk dapat diubah lg. Apatah lg disokong oleh ppuan yg lurus bendul. Kembali kita ke segman “gila bersama melawan takdir dan menipu netizen”🤣

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *