Perempuan Perlu Menyimpan

Iya, perlu ada simpanan. Bukan jadi perempuan simpanan ya, nauzubillah. Tak banyak sikit pun jadilah! Kita tak tahu apa yang akan terjadi di waktu mendatang. Sediakan payung sebelum hujan.

Dapat lelaki yang baik and soleh alhamdulillah (doa lah banyak)

tapi kalau tidakkk ?? saat cinta mula berputik segalanya indah-indah belaka, kentut pun berbau bunga tapi bila munculnya orang ketiga kau dicampak entah kemana. Tak minta tapi bersedia!

Dah banyak kisah-kisah yang aku baca, wanita yang ditinggalkan, terbuang sepi, hidup tak bertepi sudah lah begitu, tanpa sebarang aset disisi pula tu, bagai jatuh ditimpa tangga, merayu-rayu jiran tetangga.

Kadang perlu juga untuk kau baca kisah orang yang rumah tangga nya di uji agar mata kau celik dan tak hanya membayangkan yang good good je. Kalau tak menjadi seperti apa yang dibayangkan kau juga yang meroyan nanti

“Why so negative ?”

Bukan negative lah dik oi. Baca untuk ambil pengajaran dan jadikan iktibar diri. Dia menyesal, sebab tu dia ceritakan supaya orang tak jadi macam dia takkan kau pun nak ikut menyesal dikemudian hari. Takkan sudah terhantuk baru nak terngadah.

Ni kalau keperluan diri pun tak beli sebab nak tunggu suami belikan nanti (padahal kahwin pun belum) hmmm tak tahu lah nak kata..

Berpijak lah di bumi yang nyata! Tak semuanya indah-indah belaka. Jangan terpedaya dengan drama tv3 suku. Tu semua wayang belaka. Hanya menjadi khayalan anak muda, membuai emosi semata.

Tahan lah dulu nafsu berbelanja tu. Faham sangat. Nampak guardian nak masuk, watson nak singgah, butik itu ini semua nak tawaf. Kalau masuk je tak pe. Ni, keluar penuh kiri kanan. Tepuk dahi sendiri.

Aku tak kata JANGAN BELI, TERUS TINGGALKAN, sebab aku tahu benda tu memang payah sebab aku pun suka window shopping ni tapi kita perlu bijak dalam berbelanja.

Fasa pertama mungkin boleh kurangkan dulu, lama-lama insya Allah akan boleh tinggal teruih,
kalau tak penting hold lah dulu. Fikirkan masa depan.

Aku pun dalam frasa menahan diri ni, meleleh je ayaq liuq ni tengok laptop. Tapi laptop lama abah tu elok lagi. Guna jelah hat tu dulu. hmmmm.

Tekadkan pada diri. PENTING KAN YANG TERPENTING KERANA YANG TERPENTING ITU LEBIH PENTING DARI YANG PENTING !

– Cik bunga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *