Perempuan & Rezeki

Assalamu’alaykum, hai.

Aku bukan student UIA. Tapi aku sangat sinonim dengan UIA ni. Ramai sahabat rakan taulan, ahli keluarga yang study kat UIA. Lagipun aku banyak juga join aktiviti2 kat sana. Dulu selalu juga ulang alik ke UIA untuk tujuan ‘data colletion”, satu untuk final year project waktu Degree, satu lagi untuk research paper Master study aku. Alhamdulillah, kedua2nya aku dapat gred yang baik.

Anyway, aku baru habis Masters. Aku ada kenal dengan seorang lecturer UIA ni. Sebenarnya dia adalah supervisor aku waktu buat Research Paper Master dulu. Dia banyak tolong aku sampai paper aku diterima untuk Conference dia di Delhi, India. Dia bentang paper aku tu bagi pihak aku. Waktu publication tu, kira nya nama dia second author la. Alhamdulillah.

Lepas habis Masters hari tu, dia ada offer jadi tutor / research assistant (RA) kat UIA, tetapi aku refuse sebab suami tak izinkan untuk bekerja. Sampai hari ni dia masih update aku dengan vacancies yang ada as junior lecturer/tutor/RA. Ada juga kadang2 tu dia offer aku untuk sambung PHD, tetapi aku tolak.

Ok, jom cerita tentang rezeki. Bagi aku, rezeki wanita terlalu banyak. Memang terlalu banyak. Cuma kadang2 aku kesal dengan sesetengah pihak yang berlagak macam Tuhan pertikaikan rezeki2 wanita ni.

Aku start dengan cerita rezeki aku. Aku dari kecil boleh dikatakan ‘smart’ la juga. Bukan genius, cuma orang kata lebih sedikit la dari orang lain. Aku dulu pass PTS, so aku skip darjah 4, masuk darjah 5 terus. UPSR, PMR, SPM pun alhamdulillah aku perform. Lepas SPM alhamdulillah dapt both offers dari IPTA dan matrikulasi. Tetapi aku pilih untuk ambil diploma. Aku dari kecil minat sangat kira2 sampai la ke besar sekarang ni. So, waktu tu aku gembira sangat sebab dapat sambung sesuatu yang sangat aku minat.

Tetapi, waktu tu ramai pertikaikan aku kenapa tolak matrik. Cara pertikaikan tu macam pilih matrikulasi tu menjamin satu masa depan yang confirm cerah. Sebab waktu tu aku dapat Sains Asasi, bagi mereka, nanti boleh la aku jadi doktor ke, pegawai farmasi ke, segalanya yang dalam medical line. Aku agak down waktu tu, tambah pulak kata2 mereka buat aku jadi keliru. Nasib baik la umi sangat supportive waktu tu, umi pesan suruh ambil sesuatu yang aku
minat. Rezeki Allah tu kita tak tahu. Terima kasih umi.

Mula lah pengajian Diploma, alhamdulillah aku langsung tak ambil PTPTN atau apa2 pinjaman kewangan. Sebab aku memang dah aim untuk dapatkan biasiswa JPA. Mula2 hidup di peringkat Diploma, aku guna duit insurans pendidikan yang umi labur sejak dari aku darjah 1. Tak banyak mane pun tapi memang cukup alhamdulillah. Terima kasih banyak2 umi. Alhamdulillah lepas 2 sem dan kedua2nya Dean’s list, aku cuba nasib apply JPA. Alhamdulillah memang dapat! Mewah juga tajaan watu tu. Seronok yang amat sangat! Kan rezeki tu. Alhamdulillah!

Aku bukan dari keluarga yang senang, tak juga begitu susah. Orang kata sederhana la. Duit yang aku dapat tu aku simpan sedikit demi sedikit. Mane lah tahu, nanti degree hendak pakai duit lebih. Aku belajar rajin2, walaupun banyak juga main sebenanrnya. Haha. Umi la selalu ingatkan aku supaya maintain a good result. Alhamdulillah aku dapat selempang pink (Naib Chanselor) untuk diploma.

Sambung degree pun aku masih bawah tajaan JPA. Lagi lah mewah! Memang rezeki yang teramat aku syukurkan. Sebab kawan2 dari matriks yang tak perform, kebanyakan nya kene ‘tendang’. Ada juga yang tak dapat biasiswa dan mohon PTPTN. Alhamdulillah dengan keyakinan aku, doa umi ayah, memang tepat pilihan aku untuk ambil diploma waktu tu. Aku musykil kenapa lah manusia2 tu momok2kan aku dengan perihal rezeki ni waktu tu.

Habis degree, alhamdulillah sekali lagi aku dapat pakai selempang kuning. 1st Class Honor dan Naib Canselor. Ya Allah umi menangis waktu aku ambil scroll tu. Ayah pula waktu tu dia tak sudah peluk bahu aku. Tulah serba sedikit rezeki aku. Tak perlu fikir hutang PTPTN, result bagus, umi ayah bangga, itu dah cukup rezeki yang sangat luas bagi aku. Pilihan ambil diploma tu memang sangat tepat!

Lepas konvokesyen Degree,aku dapat interview kerja dekat salah satu bank terkemuka kat Malaysia ni, foreign bank, bukan local bank. Aku dapat kerja di HQ, dalam department kewangan. Sekali lagi rezeki menyebelahi aku. Mula kerja dengan income 3k. Ya Allah tak tahu nak cakap bersyukurnya waktu tu. Orang kata ‘heaven gila’! Dapat gaji pertama, aku belanja keluarga aku makan besar2an kat Umbai, Melaka.

Tak lama lepas tu, aku kahwin. Orang kata murah rezeki lepas kahwin ni. Ya Allah! Memang betul. Aku dapat interview untuk sambung Masters dengan tajaan penuh dari salah satu tajaan terkenal. Total sponsorship tu agak tinggi juga, lebih dari 40k dengan syarat, macam biase lah, pointer kene bagus. Aku pun pergi interview tu. Alhamdulillah tak lama lepas tu aku dapat biasiswa tu. Aku pun resign keje bank, jadi student semula.

Sepanjang aku sambung Masters ni aku dua kali keguguran. Memang stress pon sebab memang busy dengan macam2 komitmen. Nak mujur waktu tu suami keje offshore, jadi jarang lah berjumpa. Komitmen sebagai isteri tu kurang sedikit. Waktu ni pun ada lagi manusia yang pertikaikan pilihan aku untuk sambung Masters dan sambung belajar. Adui lah manusia, kenapa lah? Sungguh aku tak paham. Kata mereka, sebab komitmen Masters yang terlampau tinggi tu buat aku keguguran, dengan andaian kalau kerja di bank tu kurang stressnya. Padahal bukan mereka tahu, punya lah banyak kerja kerja kat bank ni. Tuhan sahaja yang tahu betapa aku sabar dengan karenah manusia pelbagai ragam dan bangsa, selalu balik malam, naik LRT sorang2 dam macam2 lagi. Sebab tu lah aku resign.

Ah! Aku biarkan sahaja apa orang nak kata. Bukan rezeki aku nak dapat anak waktu tu lagi. Selagi boleh, aku bersangka baik dengan Allah. Alhamdulillah, selepas setahun setengah tu, aku grad Masters, sekali lagi dengan jayanya. Benda yang paling aku gembira, aku dah ada satu official published journal paper. InsyaAllah paper tu nanti aku akan panjangkan bila dah ada rezeki untuk sambung PHD pula. Amin.

Lepas habis Masters, suami hanya izinkan aku kerja part time sahaja sebab aku positive pregnant. Gembiranya dia waktu tu, Allah sahaja tahu! Alhamdulillah aku pun jadi la part time teacher dekat salah sebuah sekolah swasta ni. Sekolah tu dekat dengan rumah. Tapi sempat 4 bulan sahaja, sebab aku mengalami sakit belakang yang sangat teruk. aku quit kerja tu dan fokus pada pregnancy sahaja.

So, guys, jangan la sibuk pertikaikan itu ini dengan pilihan orang. Jangan sesekali cakap macam awak tu Tuhan, yang menentukan segalanya. Kerana diploma lah, aku berjaya sampai hari ini. Siapa kata ambil Diploma tak boleh berjaya? Ish! Satu lagi, tolong lah jangan kata perempuan ni belajar lah tinggi mana pun akan ke dapur juga. Kita sebagai wanita boleh berjaya. Malah lebih berjaya dengan karier, anak2 yang soleh dan solehah, keluarga yang sakinah,masakan yang sedap2 dan macam2 lagi. Memang semua tu datang dari air tangan kita sebagai perempuan. Wake up gais!

Itu lah serba sedikit cerita tentang rezeki sepanjang proses aku belajar. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

Nak sentuh sikit lagi pasal tajuk rezeki ni terutama untuk golongan wanita.

Sejak aku dah jadi isteri dan ibu ni, banyak juga group2 yang aku join sebab nak timba ilmu.

Ok wahai wanita sekalian, sejak kita jadi isteri ni, punyai seorang suami tu pun dah cukup untuk kita anggap sebagai rezeki. Sebab, ramai wanita kat luar sana yang nak kahwin tapi tidak berjodoh juga. Yang belum berjodoh, sabar. Rezeki jodoh tu akan sampai juga. Jangan sesekali pertikaikan bila nak kahwin bila nak kahwin bila nak kahwin. Benda ni sangat sensitif. Siapa lagi nak memahami golongan kita kalau bukan dari kaum kita sendiri?

Lebih teruk lagi, bila dah nak jadi ibu ni, aku perhati dalam 2-3 group ibu hamil, ibu dah bersalin dan sebagainya, isu tentang bersalin normal ke ceaser, anak berapa, berapa lelaki berapa perempuan, anak breast feeding ke minum susu formula sangat hangat dibalahkan. Lagi menyedihkan, ada antara golongan wanita tu sendiri bukan main lagi smash antara satu sama lain.

Tak semua orang dapat anak ramai. Dapat anak seorang pun rasa nak buat kenduri kesyukuran, lagi2 pula pada pasangan yang dah lama menunggu cahaya mata. Jaga perkataan kita supaya tak tersunggung hati orang yang masih belum ada cahaya mata.

Tak semua orang dapat bersalin normal. Kenapa lah dipertikaikan. Disindir2 tak pandai meneran lah, tak itu, tak ini, macam2. Padahal kita tak tahu betapa dia struggle nak lahirkan anak dia. Ingat ibu2 tu nak ke kena belah perut mereka, berpantang pula ya Allah azabnya Allah sahaja tahu. Nak pangku bayi, nak susukan bayi, anak sulung pula crancky minta perhatian, haish macam2 lah. Sekali lagi, jaga perkataan kita supaya tak tersinggung hati sesiapa. Kan kita sama2 kaum hawa.

Tak semua juga ibu dapat rezeki untuk susukan bayi mereka sepenuhnya. Isu ni paling hangat dibahaskan. Yang dapat susukan sepenuhnya, jangan mendabik dada sangat. Risau kalau ada yang tersinggung hati. Takut satu hari nanti Allah balas semula. Ingat tu. Kita tak tahu betapa ibu tu berusaha nak banyakkan susu dia, ada yang mempunyai masalah pada puting, ada yang memang tak dapat susukan bayi sebab isu kesihatan dam macam2 lagi. Tu semua rezeki, again, REZEKI. Sokong lah mereka. Kadang2 aku kasihan tengok wanita2 yang kene ‘bash’ bila baru nak tanya tentang susu formula apa yang bagus. Ish! Kenapa lah kita bertindak sekejam itu? Sedih aku walaupun aku diberi rezeki Allah untuk menyusukan anak sepenuhnya. Alhamdulillah.

Kesimpulannya, jagalah perkataan kita. Rezeki Allah Ta’ala ni kita tak boleh nak jangka. Kadang2 ia datang dalam bentuk rezeki yang kita tak tahu pun itu adalah rezeki terutama sekali kita, wahai wanita.

Banyak2kan bersyukur. Jaga perkataan, buat baik, insyaAllah yang baik2 datang pada kita. Orang putih kate, “do good, good things will come to you”. Ceh! Sepaking pula. Lagi2 pula kata2 kita sebagai ibu ni, setiap bait tu dikira doa.

Akhir kata, doakan aku ya. Alhamdulillah aku dah melahirkan seorang baby boy yang orang kata muka macam perempuan bulan Ramadhan hari tu. Comel, dah 4 bulan lebih, dan dah pandai meniarap. Doakan anak aku jadi orang yang baik perkataannya, akhlaknya, semua lah yang baik2.

Oh ya! InsyaAllah tak lama lagi aku akan sambung PHD pula. Doakan aku kuat dan sabar, yelah sekarang dah bertambah komitmen sebagai ibu. Doakan juga aku dapat publish satu lagi paper supaya dapat jadi perangsang untuk anak2 aku turut berjaya.

Terima kasih sebab baca. Maaf kalau ada tersalah bicara. Jom sama2 kita ambil pengajaran supaya mudah jalan kita semua ke syurga sana.

Amin.

– An ummy to baby U

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit