Hi, I just nak tanya nasihat anyone. I nak cerita sikit apa yang jadi dekat I. I anak yatim piatu, and takde ramai kawan. I ada adik beradik but semua dah kahwin. I baru 25.
Ada satu benda bodoh yang I buat and I rasa I nak mati je sebab terlalu marahkan diri sendiri. Rasa putus harap, rasa terlalu bodoh, rasa takde harga diri.
I takde ramai kawan, and I keep kawan yang ada yang stay dengan I je. I kenal this one guy, which I anggap bestfriend, dari zaman uni. Kami berkawan rapat sampai sekarang.
Masa uni dulu, I dengan dia selalu gaduh sebab dia selalu jauhkan diri dari I, sebab dia tau I suka dia, dia ada dua kawan rapat perempuan and ofcos I terasa sebab dia abaikan I untuk perempuan tu. I selalu nangis, sampai depress disebabkan dia abaikan I.
I kalau dah setia, I memang akan stay dengan orang tu even dia layan I macam sampah. But, setahun before habis belajar, I tak tahan and I decide untuk block dia, biarkan dia dengan perempuan lagi satu tu.
But, setahun lepas tu, masa intern, I dapat tau dia dah putus dengan perempuan tu, and dia tibe2 contact I, mintak maaf sebab layan I teruk time study, buat I terasa banyak dengan dia, etc.
Masa ni, I was stupid, I maafkan dia macam tu je, and I dengan dia kembali berkawan rapat like nothing happened. But, one thing yang jadi lepas kami berkawan rapat semula, dia selalu sentuh I setiap kali jumpa. Dia akan lepaskan nafsu dia dekat I.
Again, one day I tak tahan, sebab dia layan I baik before dia dapat apa dia nak. Bila dah dapat, dia abai I. Sebab I sayang dia, I tegur dia, I kata, “Kalau kita jumpa boleh tak jangan sentuh lagi. Cuba kawal diri you”.
And lepas I dah tegur dia, dia selalu taknak jumpa I dah kalau I ajak lepak ke apa. Takpela, maybe dia taknak jumpa sebab tau dia akan sentuh I jugak. Jadi I keep in touch dengan dia through chat je.
Tapi, dia abai I, tak layan chat I. rupanya dia dah ada gf baru, so I decided again untuk stop contact dia for another one year.
Yes, I bodoh, sebab again dia putus, and I contact dia balik. I rasa attached dengan dia, mungkin sebab dah kenal lama dari uni. Atau mungkin sebab I takde orang lain. Jadi buruk macam mana pon dia layan I, I selalu tetap adakan diri I untuk dia..
After I dah contact dia balik, I ajak dia keluar teman I pergi kenduri, pergi makan. Yup, I sedar, I dah tak kisah kalau dia sentuh I, dia nak buat apa2 dekat I, I biar. Sebab I ada dia je.
Sampailah semalam, for the first time, dia ajak I tidur rumah dia. I pon ikut, and I biar je dia nak buat apa kat I malam tu.
This morning, before balik dari rumah dia, I nangis dekat dia. I taknak balik. I rasa nak cerita macam2 dekat dia. Tapi dia kata “Gila ke? Nak nangis, nangis dekat kereta sendiri. Pegi balik. Aku mengantuk, nak tido, malas nak layan”
I don’t know, I ikut dia balik rumah, mungkin I penat asyik sorang2, I da lama tak luah apa2 kat orang, I nak orang hug I. Sebab I dah takde parent, takde kawan, kawan dah kawin. Only this guy je yang ada, yang available. But, I bodoh sebab this guy just nak puaskan nafsu dia.
I sedar, after dia marah I nangis, dia tak kisah pon pasal diri I even dia tau I takde sapa2. Dia tak kisah semua tu. Kalau dia da dapat apa dia nak, dia dah tak kisah dah pasal benda lain.
I tak tau la. I rasa kosong sangat. Rasa sempit. I attached dengan dia, I ikut ape dia nak. Sebab I ada dia je. But I sedar dia tak pernah kisah pon pasal I.
I rasa I rosak sangat, mungkin betul, dia rasa I gila. Ye I gila Dan bodoh. Mungkin perempuan rosak macam I tak patut pon hidup.
I tau bukan salah dia 100%. Salah I jugak sebab ikut je dia. Bodoh kan I? Dah nampak dia tak kisah pasal I pon, still sayangkan dia. I mintak maaf dengan dia sebab buat dia marah, menangis2 dekat dia. Bodoh betul I ni, sebab I takde orang lain ke?
Orang lain pernah kenal dengan I, tapi takde satu pon yang stay macam mana this guy stay dengan I. Sebab tu ke I bodohkan diri I… I takde sapa2, I ada dia je.
Tolong lah, I rasa tertekan, rasa sempit sangat lepas dah tidur dengan dia. I rasa nak nangis. Rasa hilang arah. Rasa nak mati..
Boleh tak kalau I nak nasihat atau apa2 kata2 dari sesiapa yang baca ni?… Terima kasih : )
– Her.. (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
put yourself first before others…. Kesunyian u takkan terubat dgn jumpa lelaki yg merosakkan u… u should be find or keep your self with something that can be filled with something enriched your emotion, knowledge or your faith stronger to the Creator, sebb dia pemilik hati kita… dah tahu dia merosakkan kenapa keep on jumpa… love yourself.. jgn sampai termengandung plak nnti
Adik… Allah kan ada! Nak bercakap dengan Tuhan, solat lah …dan berdoa. Nak dengar cakap Tuhan, bacalah kalam suci-Nya insya-Allah..
Makcik ada pengalaman yg hampir sama – kalau lelaki itu bukan jodoh, pendamping kita, sebanyak mana adik berkorban, malah kalau sampai mati sekalipun, dia takkan ada apa2 perasaan. Itulah hikmahnya Allah jauhkan dari dia.. jangan cari dia lagi!
Sayangilah diri adik, berilah peluang untuk kenali lelaki lain – sebelum tu, boleh luarkan circle of friends, lakukan aktiviti khidmat masyarakat, sukarelawan, masuk marathon, hiking dsb untuk mengisi kekosongan hati.
Her.. hug mama.. mama always be with u. hari ni u nangis puas-puas. esok please move on. jangan buat benda yg lebih bodoh, fikirkan nak mati. ingat Allah, kalau u muslim. banyakkan istighfar. Dia bukan segala galanya. love your self. slowly lupakan dia. dah, jangan fikirkan dia lg. pls move on.
Hmm macamni dik.. adik try sayangkan diri adik dlu , glow up kan diri adik dlu, or sibukkan diri dengan kerja ke ape… Lepas dapat gaji, try reward diri sendiri .. sometime kita kena sayang diri kita dlu, baru orang boleh hargai kita.. at this moment , try jgn bukak tiktok sebab konfem la aakan jumpa ayat ayat sedih tiktok tu, try dengar lagu yang fun fun, kalau takde orang nak luah or sunyi sangat, try call adik beradik. Kita terlalu attach sebab kita rasa sunyi , sebab kita fikir kita ada dia ja, but trust me buatla benda yang saya cakap ni. And remember, kuatkan hati. Dh block terus tukar no, no need contact balik eh tkyah,jangan nampak kita ni terhegeh hegeh. Goodluck dik, awak boleh.
meh sini berkawan dgn i. kita boleh pi holiday sesama , karokee, makan, meronda. takyah la kawan dgn lelaki yg gunakan u je. hidup ni kena ada harga diri sikit. block je dia. takyah nak ingat ke apa.
Her, semua org sunyi tau, bukan u je, yg ada suami isteri pon sunyi, cuba tengok confession kat sini. Lagi teruk dah la jiwa sunyi kena jaga anak2 kecil kena keje utk cukupkan belanja rumahtangga campo kawan office toksik. Sekurang2 u boleh jaga diri u je, so belai dan jaga diri u baik2 sebb u beharga. Kita letak harga diri kita bukan kita suruh org beli kita dengan harga yg derang mahu. Dah putus terus hubungan ngan setan tu. U move on ok
it’s okay! jangan putus asa with yourself. usaha dan cari cara bahagiakan diri dengan utamakan diri sendiri. Jangan bergantung kepada orang lain. Jaga kesihatan mental you, jaga hati you, buat aktiviti bermanfaat untuk tingkatkan keyakinan diri you. You can join any girlies’ fun activities. Try discover new things untuk distract diri you. Join pottery one time class, or any activities yang you can do alone happily but at the same time can mingling with new friends. I doakan Tuhan yang Maha Pengasih Penyayang hantarkan manusia2 ramai orang yang baik2, penyayang & hargai you. Bangkit! You can do your taubat now and bangkit utamakan diri you. Love yourself by protecting yourself. Hargai diri sebab seluruh diri you adalah amanah daripada Tuhan. Cheer up! Lots of hugs for you dear.
Salam dik
Abang sayu baca anak yatim piatu yang loss macam awak. Takpa dik Tuhan bagi nyawa sempat taubat sekarang. Tiada siapa yang sempurna maksum dan terpaling. Mereka bukan Nabi bukan Rasulullah. Jangan seksa diri dengan kebodohan. Jaga diri sebaiknya. Hukum diri dengan rajin beristighfar dan tambah amal ibadah jariah. Jangan jadi waniter perasan influencer terpaling bergaya. Sedangkan artis dan model jelita pun tak pernah hina rupa dan pemakaian orang. Biasa manusia yang bahasa buruk perangai pon buruk. Rupa gundu. Gambar wasap dp sebesar alam mukanya. Lapar perhatian orang. Suami halal tak cukup cinta dsn sayang. Opis mate terpaksa bagi hadiah sebab kesian tengok hidupnya sedih amat. Tak dihargai suami sendiri. Hari lahir pun suami tak pernah peduli inikan duit raya. Jangan bandingkan hidup dengan orang. Paling kesian di dunia ini di manusia yang terpaksa tipu dan berpura bahagia. Ada suami di palau suami. Ada anak tapi tak guna. Ada kawan di buang kawan kerana sikap sendiri yang tak boleh kawan bahagia. Tinggal opis mate ja noh rokiah jadi kesanggupan cheerleader palsu. Tempat cari rezeki terpaksa opis mate acah positif demi nak buang negatif vibes si perempuan rosak hati. Selagi hati bersih selagi tuw belum rosak. Tapi hati kotor. Tunjuk muka sebesar alam dalam sosmed pon nampak gundu kepam dan dibenci semua. Laki sendiri pon gantung tak bertali. Orang luar lebih lagi tak mahu waniter toksik tersakiti yang hati rosak dan perosak positivity. Abang cuma nak beritahu kami lelaki beriman masih banyak. Dekatkan diri kepada Allah. Bersihkan hati pasti dapat suami yang reti menghargai
Dik, jom.jadi rakan Masjid.. konpem tak lonely. Kalau nasib baik ada geng Masjid buat jadi bini. Ko follow je rakan usrah rakan jelas ngaji, kelas ceramah ustazah, dah tu ko jumpa acik2 ajak rewang org kawen ke party harijadi cucu ke ko follow dik. Xde la ko sunyi lagi. Boleh mula skrg.. bkn puasa ko ziarah dr Masjid ke masjid.. lagi best
Baca komen abang atas nih terimbas pompuan keyboard warrior kutuk baju kami geng males buat tapi dihina fashion out
Bila tengok muka pompuan tuh ka ka ka ka ka kami mengekek ketawa display profile WhatsApp sebesar muka dia penuh berkaca mata dengan tudung acah labuh. Mulut tak labuh k. Mulut neraka jahanam
Pompuan tuh dah ada laki ada anak tapi tak letak gambar keluarga macam pompuan normal lain. Kompom laki sendiri pon tak tahan mulut she ollz.
Hanya mampo celebrates birthday sendirik sama kawan sekerja yang terpaksa ja melayan bini orang terabai tengok dia sangkak sangat hidop.
Wahai pompuan terabai tak dapat kasih sayang suami. Mulut dan penulisan janganlah dengki iri hati kutuk orang lain yang mampo berduit support beli baju kami. Kami tak paksa pon.
KUTUK ORANG MACAMLAH KAU PEREKA FASHION TERKENAL. TAK SEDAR DIRI SEMUA ORANG NAMPAK KAU KEPAM!!!!!
Tak bahagia hadap sendiri balasan Tuhan bagai cash akibat mulut dan tulisan perasan bagus. Kerja bawah HQ tapi angkuh hina kami yang atas level dia tak sedar diri.
Itu ya kami panggil perempuan rosak.
Kalau muda naif dan tidak ada pembimbing bukan rosak dik. Itu asam garam kehidupan.
Pompuan rosak nih ada suami ADA PEMBIMBING HIDUP pun masih kuat dengki tak bahagia mulut jahat, penulisan bitter hauk nampak sangat TAK BAHAGIA. Kasiannnnnmmmmmmnmnya
Buka diri,ikuti program sukarelawan anjuran hospital dan dapat khidmat kaunseling bertauliah di sana.
Minta lelaki itu unuk bertanggungjawab. Jika dia enggan, putuskan hubungan dan kawal diri supaya tidak lagi terjebak. Cabaran selepas ini adalah besar.
Jangan beritahu kisah silam adik pada sesiapa untuk elak daripada manipulasi. Carilah aktiviti yang boleh kurangkan rasa sunyi atau tidak diterima.
Semoga adik dilindungi daripada tipu daya lelaki.
Adik x terfikir ke, yg dia dah ‘putus’ dgn yg lain2 tu, sbb perangai dia yg mcm dgn awk tula.. dia cuma nk ‘puaskan’ nafsu dia je, lps tu dia buat x kisah dgn org tu, org mcm ni, sorang yg opportunist n x responsible langsung, org mcm tu ke yg awk nk hidup sehingga akhir hayat awk.. x payah la, better cari org yg lbh baik.. klaw xde ‘calon’ pon, lbh baik hidup sendiri dan berserah diri kpd Allah SWT shj.. wallahu a’lam bissawab..