Perempuan Seribu Muka

Salam, dan hai semua. Aku Izara, penuntut sebuah institut yang berumur 20-an, seorang perempuan yang selalu berterus terang dan agak berani dalam percakapan (lancang dengan jujur, bukannya mengikut perasaan semata-mata). Coretan ni berkisarkan tentang persahabatan kami berlima, iaitu Arafah, Liza, Hani dan Mai. Lebih tepat lagi, cerita ni adalah tentang Mai. Brace yourself, everyone. This is one heck of a long story. Nama-nama dalam cerita ni bukan nama sebenar, hanya dipinjam untuk mengaburi identiti-identiti mereka yang terlibat.

Di awal perkenalan, aku amat gembira kerana dapat berjumpa dan berkawan dengan mereka yang berasal dari negeri yang sama (atas sebab faktor balik ke kampung halaman bersama-sama dsbg). Aku dan Arafah adalah rakan sebilik, manakala Mai dan Liza adalah rakan sebilik. Hani tinggal dengan seorang pelajar jurusan lain. Sebelum terlupa, kami berlima mengambil jurusan yang sama, menyertai aktiviti institut yang sama. Untung kan dapat luangkan masa bersama-sama dalam pelbagai aktiviti? Jauh panggang dari api, sebenarnya. Perangai baik Mai hanya ditunjukkan pada awalnya saja. Mai seorang perempuan yang mempunyai rupa paras yang lawa, tapi ada satu term yang mat saleh selalu guna; bitch face. Ya, Mai selalu bereaksi dengan muka bitch face nya. Tapi itu bukan lah satu hal jika dia berperangai baik. Perangai Mai ni memang baik atau macam mana tu …?

Cerita bermula apabila dia mula diminati oleh dua orang jejaka pada masa yang sama. Illias, seorang lelaki yang berciri-cirikan fizikal lelaki Melayu macho seperti KJ; tall, dark, and handsome. Pian pula seorang yang kurang dari segi fizikal, namun dia amat ikhlas menyukai Mai. Kurang Pian ni cuma satu saja; ketinggian. Hahahaaha, maaf Pian, aku tak sengaja nak cakap ni dengan semua orang. Pian ni pe***k comel jer, very cool and down to earth. Nak dijadikan cerita, kedua-dua jejaka ini mula mendekati Mai dengan whatsapp sebelum berjinak-jinak keluar makan, tapi cuma di cafe institut. Perbezaan ketara Illias dengan Pian ialah Illias nampak sangat acuh tak acuh dan turut menghubungi perempuan yang lain pada masa yang sama. Pian pula amat jujur dan telus untuk kenal Mai dengan lebih dalam. Suatu hari, Mai meminta pendapat kami berempat. “Korang rasa siapa aku nak pilih, Illias ke Pian? Aku buntu, “

Aku sebenarnya bingung dengan Mai, sebab dia juga tahu perangai Illias. Hampir semua orang tahu yang Illias ada ‘banyak pilihan’ dan selalu menganggap perempuan ini makhluk yang mudah. ‘Kalau dapat, aku punya. Kalau tak dapat, aku ada lagi satu barisan yang menunggu’. Haa, lebih kurang macam tu lah. Maklum lah kalau ada rupa, barisan tak pernah putus-putus. Kami sebulat suara menasihati Mai supaya berfikir betul-betul dan pertimbangkan semasak-masaknya tentang kedua-dua calon. Kalian dapat teka kan, siapa yang akhirnya Mai pilih? Dan mengapa Mai pilih lelaki tersebut? Mungkin anda semua berfikiran, itu adalah pilihan Mai. Dia ada hak memilih jalan hidup sendiri, dan siapa yang dia mahu sebagai pasangan hidup. Ya, memang dia berhak dalam hal hidup sendiri, tapi apa yang dia tidak berhak adalah mengganggu hidup orang lain dengan masalah hidupnya. Masalah hidup yang timbul akibat tidak mendengar nasihat orang lain.

Acap kali Mai mengadu, Tadi kitorang keluar, tapi aku bayar semua. Aku bayar kereta sewa, tiket wayang, makanan semua. Hurm .. Hampir setiap kali merungut perkara yang sama. Lagi satu, Mai ni seorang yang sangat clingy. Dia tidak boleh berhenti texting dalam satu masa. Kalau tidak, dia akan cakap Illias abaikan dia. Segala hal tentang Illias dia laporkan kepada kami. Bertambah yakin lah kami yang Illias sememangnya lelaki jahat. Tidak lama selepas itu, mereka putus hubungan. Mai mula mengiyakan nasihat kami. Tetapi dia tidak pernah muhasabah diri. Dalam beberapa tahun kami hidup dengan Mai, dia sudah berhubung dengan beberapa jenis lelaki termasuklah suami orang yang baru saja berkahwin. Yang paling aku tak boleh nak hadam, dia minta nasihat kami. Dia nak tahu kalau-kalau tindakan dia tu betul atau tak. Tapi selepas nasihat yang berdas-das seperti tembakan peluru dilepaskan, dia masih lagi ikut kata hati sendiri. Aku pun tak tahu dia anggap kami seperti apa. Macam orang bodoh yang lebih-lebih bagi perhatian dengan dia. Perlakuan Mai seperti ingin menayangkan pada kami bahawa hidup dia sangat happening dan lelaki bertalu-talu mahukan dia. Tapi, setiap kali muncul masalah, Mai mula mencari kami. Aku dah naik meluat dengan perangai dia, tapi aku tahankan kelancangan mulut sebab aku yakin dia boleh berubah. Tu silap aku.

Dalam bab tugasan pula, aku dah tak boleh tahan dengan perangai dia. Setiap kali kami berada dalam satu kumpulan, dia cuma datang membawa diri. Dia tidak pernah buat kerja dengan betul dan cuma mengharap ahli kumpulan lain. Aku tak kisah tentang tak bawa bahan, atau tiada bahan, tapi kalau dah datang untuk buat kerja kumpulan, at least kena lah bagi tumpuan dengan tugasan tu. Aku tak nafikan, memang ahli yang lain termasuk aku sendiri suka main phone ketika buat kerja, tapi kami masih dapat buat kerja dengan fokus. Mai pula akan tengok phone every minute, dan hilang idea tugasan. Dalam erti kata lain, dia tak tahu apa yang kami tengah bincangkan. Sebagai contoh yang mudah, kalau aku cadang idea tentang emas lebih berharga daripada mutiara, dia akan setuju dengan idea aku tanpa olahan. Dia akan potong dengan laju sambil cakap, “Ya, ya, saya setuju,” atau yang lebih menyakitkan hati, dia suka berlagak tahu dan pandai. Sebagai manusia yang tahu malu dan cerdik, kita menerima idea orang lain dan acknowledge idea itu. Kalau Mai pula, dia akan cakap, “Ya, ya aku tau tu. Yaaa, memang macam tu pun actually. Tu la yang aku nak cakap tadi, “ URGHGHGH. Lagi satu aku tak dapat nak hadam, setiap kali kami ada kerja kumpulan, dia mesti ada penyakit. Sakit kepala, migrain, gastrik, sakit tulang, sakit tangan, sakit kaki, sakit hempedu, sakit jantung, sakit otak, hilang paru-paru, buah pinggang ghaib dan sebagainya. Dalam banyak-banyak waktu, tugasan kumpulan juga lah masa penyakit-penyakit keramat dia datang menjengah. WHY OH WHY SERIOUSLY?? Dia pernah tanya kami sekumpulan, “Ada lagi tak kerja nak kena buat?” sebab dia nak balik awal, even dia tak buat apa-apa pun waktu kami semua siapkan part masing-masing. Aku masih sedikit positif; itu silap aku, tak dinafikan.

Memang aku bengong dengan perangai bodoh sombong tak bertempat dia tu. Okey okay, masih lagi bertenang. Ahahahah sebab mengharapkan yang dia bersedia dalam bab pembentangan pula. Aduh, aku silap ya rakan taulan. Ayat yang tertera dipusing-pusing sehingga dia sendiri tak tahu apa yang dia baru saja cakap. Dia tak faham slide kumpulan sendiri, sebab dia tak baca pun! Kalau dia baca pun tapi tak faham, dia tiada inisiatif nak tanya ahli kumpulan sendiri. Dia expect diri dia untuk faham waktu dia bentang. Aduhh alangkah bodoh sombongnya manusia seorang ni. Ahli kumpulan dia kat tepi dok mengeras, geram nak betulkan point dia, tapi taknak pula bagi dia malu depan kumpulan lain.

Baru-baru ni, aku meletup dengan Mai kerana satu butang trigger telah ditekan. Aku pecahkan segala yang aku tahan setelah beberapa tahun. Ya, aku bergaduh besar dengan Mai. Hampir aku nak terkam muka dia yang selamba badak dan berpura-pura tak tahu salah pada hari tu. Segala caci maki perkataan buruk yang aku tak pernah cakap dengan dia, terkeluar seperti das tembakan. Selama ni, aku selalu berfikiran positif tentang Mai. Dia akan berubah, dia tak sengaja text suami orang, even dia text pun tu cuma saja-saja dan tak selalu. Dia akan buat kerja dengan lebih baik lepas ni. Dia tak akan pilih lelaki ikut suka hati dia, sebab rupa paras atau estetik semata-mata. Dia tak ada bahan waktu tugas kumpulan sebab ada masalah kot. Tapi silap aku di situ, aku tak tegur dia dengan seteruk-teruknya. Kami berempat dah bagi hint hampir setiap masa, kalau kami nak suarakan ketidakselesaan kami, atau rasakan yang dia tu salah, kami tegur dan bagi hint. Tapi aku dah cakap kan tadi, dia memang tak akan dengar nasihat kami. Tak akan consider langsung apa yang kami cakap. Kami tahu dia ceritakan macam-macam benda pasal kami dengan beberapa pihak/orang lain. Tapi kami masih lagi layan dia macam biasa, sebab kami masih anggap dia kawan, dan mungkin akan berubah. Ingat lagi Illias, ex boyfriend Mai tu? Rupanya, Mai dah ceritakan semua pada Illias, apa yang kami nasihatkan untuk kebaikan Mai sendiri. Cara dia cerita macam ni; laporkan semua yang kami cakap, tapi putarbelitkan supaya kami nampak jahat dan nak pisahkan dia dengan Illias. Oleh sebab itu, kami berempat fikir Illias jahat, dan sebaliknya. Illias sendiri yang beritahu pada kami tentang hal tu. Rupa-rupanya, Illias tak pernah nak paksa Mai keluar dating atau berbelanja untuk kegunaan Illias sendiri, tapi Mai berkeras nak keluarkan duit. Illias dah beritahu awal-awal kalau dia tiada duit nak keluar dating, tapi sebab Mai clingy sangat, dia sanggup berbelanja melebihi had untuk tanggung dana dating dia (tapi liat pula nak beli bahan untuk tugasan kumpulan).

Satu perkara pasal Mai ni, dia akan putarbelit apa dia cakap dengan orang yang berbeza-beza. Sebagai contoh, Mai akan cakap dia beli satu dompet mahal berharga RM300 dengan Arafah, tapi dia akan cakap harga dompet tu ialah RM150 dengan orang yang lebih berpengalaman memakai barang mahal. Yang lucunya, semua benda dia nak putar belit. Bukan hanya untuk nampak kaya, dia putar belit tu untuk nampak baik, nampak kesian, dan nampak seperti damsel in distress, dan sebagainya. Haha, berat mata membaca, berat lagi bahu-bahu yang mengalaminya.

Sekarang, Mai dah tak lepak sangat dengan kami. Liza selaku kawan sebilik pun dah tak kisah apa nak jadi dengan dia. Kalau anda semua nak tahu, dalam persahabatan, perkara yang buruk ialah apabila kawan kau dah tak kisah, dan tak anggap kau kawan. Kalau kau nak ikut lelaki teruk mana pun, ikut lah. Kalau kau nak badmouth kami, kau buat la. Kami kisah pasal kau, Mai, tapi kau tak pernah fikir pasal perasaan orang lain. Kami puji kau cantik dan layak dapat lelaki yang lebih baik, kau buang mulut dengan orang lain, cakap kami cemburu yang kau cantik. Apakah kebodohan yang kau cuba sampaikan di situ? Jelas sangat sekarang yang kau tak kisahkan kami pun. Kau dah jumpa kawan-kawan lain yang kau sanggup kipas. Aku tak pernah lagi tengok kau buka pintu untuk kami, atau susun pinggan kami lepas makan. Tapi kau buat dengan kawan-kawan baru kau yang lain. Aku tak cemburu, jangan nak fikir macam tu pula. Aku cuma rasa lucu sebab kau nampak sangat desperate sekarang. Kau ada kawan dulu, kenapa kau tak hargai kawan-kawan kau? Kau kipas mereka sebab kau dah tak ada orang lain yang kau nak pijak, jadi kau rendahkan diri kau yang kami tahu memang megah. Ya, tak apa. Mungkin tu ajar kau untuk rendah diri dan lebih bergerak. Sebab kau kan sakit je memanjang, especially sewaktu kerja kumpulan. Takpa, banyakkan bergerak, baru lah bertambah sihat kan?

Tiada orang yang baik dalam dunia ni, Mai. Kami pun tak sempurna dan banyak yang kurang dari segi perangai, fikiran dan lain-lain. Tapi sekurang-kurangnya kami tak menyusahkan orang dengan kekurangan kami. DAN KAMI TAK BERPURA-PURA UNTUK MERAIH PERHATIAN DAN SIMPATI ORANG LAIN. Nasihat aku untuk kau, berhenti la bermuka-muka, berpura-pura dan berputar belit dalam kata-kata. Satu hari nanti, tembelang kau akan pecah dan semua orang akan tahu yang kau bercakap buruk dengan semua orang. Bila waktu tu tiba, baru kau tahu langit tu tinggi atau rendah. Aku nak cakap awal-awal ni, aku dah tak boleh nak tolong kau lagi masa tu. Tiada antara kami yang dapat tolong kau, sebab dah jauh dari limit. Berubah la sekarang, berhenti sakitkan hati orang lain. Berhenti menyusahkan hidup orang lain, terutamanya orang yang pernah anggap kau kawan. Patutnya aku rasa menyesal dok maki-maki kau dulu, tapi aku tak rasa sedikit kesal pun. Aku menyesal jumpa kawan macam kau. I’m not sorry for what I did, because you deserve it. In fact you deserve more, as you’re still badmouthing us until now. Jangan tanya mana aku tahu ahaha. Peace out.

– Izara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *