Aku Tasha, bukan nama sebenarnya. Ini kisah benar yang terjadi dekat aku 5 tahun lepas.
Aku seorang pelajar yang sedang menjalani internship di melaka. Waktu internship aku ada kenal dengan sorang lelaki bernama Ahmad, bukan nama sebenar. Kami kenal kemudian kami bercinta.
Tahun pertama bercinta sudah tentu manis dan bahagia. Tak lama lepas tu kami hubungan kami di uji. Ahmad accident sewaktu pulang dari tempat kerja.
Aku yang tengah buat kerja, dapat notification dari handphone aku yang Ahmad accident.
Waktu tu kami guna apps life 360 yang boleh trace partner korang. Tak lama kemudian dapat call dari Ahmad tapi bukan Ahmad suara perempuan dia bagitahu “Adik kawan adik accident”
Dapat je call aku terkedu. Terdiam kemudian terus bangun dari katil dan bergegas ke tempat Ahmad.
Sampai tempat kejadian aku nampak Ahmad dah terbaring. Ambulans baru sampai dan mula kan kerja mereka.
Sementara tunggu ambulans buat kerja mereka, aku kutip satu persatu barang Ahmad yang terjatuh. Serpihan motor Ahmad dan aku letak barang – barang tu masuk dalam kereta.
Sewaktu di kereta aku di sapa dengan akak yang tolong Ahmad.
Akak tu bagitahu “kawan adik buka handphone suruh kak call kan adik. Adik dah bagitahu mak ayah dia?”
Jawab aku “Sudah” sambil pandangan tepat ke arah Ahmad yang terbaring.
Selesai petugas-petugas ambulans beri rawatan awal kecemasan. Aku terus tanya drive ambulans “Nak bawak pesakit ke mana? ”
Drive ambulans tu cakap nak bawak ke “Hospital Melaka” aku terus berlari masuk kereta dan gerak ke Hospital Melaka.
Tiba di Hospital Melaka ibu. Ayah dan kakak Ahmad sampai. Aku sampai lambat sikit sebab aku rabun malam. Dan aku di beritahu, Ahmad di zone merah.
Sekali lagi aku terkedu. Air mata mula mengalir. Aku lap dan bersalaman dengan ibu dan kakak Ahmad. Aku berdiri berdekatan mereka.
Tak lama kemudian pihak hospital serah kan plastik yang berisi baju dan barang Ahmad. Tunggu punya tunggu sorang dr keluar dan beritahu Ahmad stabil.
Lega hati aku dan kami di suruh pulang dulu. Katanya esok pagi baru mereka call dan beritahu baru tahu Ahmad di ward mana. Aku pulang terlebih dahulu.
Esok paginya aku tunggu khabar dari keluarga Ahmad. Tapi tiada tiba petang aku dapat call katanya. Ahmad di letak di ward biasa.
Aku nak datang melawat tapi jam dah menunjukkan 6 petang. Nak pergi ke sana tentu jam tapi aku gagah pergi juga.
Tiba di sana selagi aku menangis. Kerana waktu melawat telah habis. Aku pulang.
Keesokan paginya aku pergi ke Hospital Melaka. Aku nampak ibu ayah di luar. Aku tanya “kena tunggu giliran untuk melawat ke?”
Kemudian ibu Ahmad kata “Tidak. Tapi tunggu dr yang merawat Ahmad”.
Tunggu punya tunggu datang dr yang merawat Ahmad. Dan dr bagitahu “kami terpaksa pindah kan Ahmad ke icu kerana ada sedikit pendarahan di kepala dan terpaksa di tidur”.
Aku cuba tahan air mata dari keluar. Tapi tidak. Ia mengalir dengan laju. Aku pulang.
Sepanjang Ahmad di hospital sebulan lebih. Aku bagai manusia yang hilang tempat tinggal.
Kerana sepanjang kami bercinta. Segalanya Ahmad yang banyak laku kan dari segi hantar balik pulang kerja aku. Ingatkan aku makan. Hantar balik pulang kelas. Oh ye aku pelajar partime.
Aku banyak termenung. Menangis. Murung sampai aku sendiri yang serah diri pada pakar psikiatri kerana orang sekeliling kata,
Mereka seolah-olah tidak kenal siapa aku. Kerana kelakuan aku berubah serta-merta. Dan banyak kurung diri dan jauh kan diri dari kawan. Banyak duduk sendirian.
Aku menjalani appointment pakar psikiatri macam biasa. Sikit-sikit aku mula okay. Alhamdulillah..
Aku pendekkan cerita. Sebulan lebih Ahmad di icu. Ahmad dibenarkan pulang sewaktu Ahmad di icu Ahmad mengalami lumpuh separuh badan.
Bermula la episode Ahmad menjalani fisioterapi. Alhamdulillah berkat usaha dan kuat semangat Ahmad. Ahmad boleh berjalan seperti biasa walaupun kadangkala masih sakit-sakit juga.
Kalau korang nak tahu Ahmad juga mengalami episod depression. Kerana Ahmad merasa down kerana tidak dapat melakukan apa-apa kerana keadaan kaki Ahmad yang lumpuh separuh badan.
Berkali-kali Ahmad menyuruh aku pergi dari hidupnya kerana dia merasa dia tidak layak untuk aku kerana dia mengalami lumpuh separuh badan.
Tapi aku tidak bergerak walaupun selangkah dari Ahmad kerana aku tahu. Ahmad memerlukan aku untuk jadi penguat semangat Ahmad.
Setiap hari aku beri kata-kata semangat untuk Ahmad. Aku teman Ahmad melakukan aktiviti untuk kuatkan otot Ahmad.
Setelah 6 bulan Ahmad tidak berkerja kerana sedang melalui fasa pemulihan dari fisioterapi. Ahmad dibenar kerja. Aku bahagia kerana tempat kerja Ahmad juga tempat tinggal aku dekat jalan kaki pun sampai.
Hubungan kami? Alhamdulillah bahagia. Sejak dari Ahmad accident ibu dan ayah nya tidak izinkan Ahmad bawah moto. Ahmad yang dah terbiasa bawah motor.
Dia merasakan pergerakan nya di kongkong kerana tidak benar kan bawa motor. Dan Ahmad pergi dan pulang kerja di ambik oleh ibu atau bapanya.
Start dari situ Ahmad mula merasakan segala pergerakan nya di kawal dan mula tak tidak selesa dengan keadaan yang mana Ahmad kawal.
Sehingga hari cuti kerja Ahmad pun tidak dibenarkan Ahmad untuk keluar rumah.
Di sini bermulanya episod kelakuan dan sikap Ahmad seolah-olah memaksa untuk aku meninggalkan dia. Kerana Ahmad merasa tekanan dari ibu dan ayahnya tidak benar Ahmad membawa motor.
Tanpa Ahmad sedar sedikit sebanyak Ahmad melepaskan tekanan nya pada aku dan hubungan kami?
Hubungan mula renggang dan Ahmad memaksa aku untuk meninggalkan dia. Tapi tetap berkeras tidak mahu meninggalkan.
Sepanjang tempoh Ahmad memaksa aku meninggalkan nya. Macam-macam cara dan alasan Ahmad berikan pada aku.
Ahmad pernah mahu curang dengan aku. Kerana bagi Ahmad dengan cara dia curang aku boleh meninggalkan nya.
Tetapi tidak aku tetap tidak berganjak. Kerana bagi aku biar la nak jadi apa aku tetap nak bersama dengan Ahmad.
Tapi kita siapa nak menahan hati perasaan orang kan? Ahmad mula tawar hati. Aku?
Seperti perempuan yang gila yang selalu mengalah setiap kali bergaduh mahupun salah faham. Yang selalu mengemis perhatian dari Ahmad. Yang selalu meminta maaf dari Ahmad.
Tapi lama kelamaan keadaan membuatkan aku penat. Kerana aku merasakan seolah-olah aku berjuang sorang-sorang untuk pertahankan hubungan ini. Hampir setiap malam aku menangis kerana kami bergaduh setiap malam.
Setiap hari Ahmad silent treatment aku. Aku tetap sabar walaupun menangis setiap malam kerana merindu kan Ahmad yang dulu. Berkali-kali Ahmad menyuruh aku pergi dari hidupnya.
Berkali-kali Ahmad mengeluarkan kata-kata menyakitkan hati supaya aku pergi. Tapi aku tetap berkeras. Berkali-kali Ahmad beritahu dia sudah tawar hati.
Dia sudah tiada hati. Tapi aku masih berdegil untuk tetap tunggu Ahmad. Sehingga la Ahmad sendiri yang pergi meninggalkan aku.
Dan aku? Tetap setia menunggu Ahmad pulang pada aku. Dan kini masih tetap setia menunggu Ahmad..
– Tasha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Semoga yang baik2 saje utk awak dan si dia.. Aamiin