Perempuan Songsang

Hi. Aku perempuan. Ni dh 2nd time buat confession ni. Tajuk tu kalau x fhm, mksdnya ialah perempuan suka perempuan. Maafkan aku. Aku tau aku salah.

Ok ni bkn nk cerita ttg salah ke tak. Tapi nk cerita ttg perasaan dan nafsu ke arah jantina yg sama. Sebagai gambaran, aku ni perempuan normal. Zahir mmg xde cacat cela. Bkn nk kata perfect. Tp mmg perempuan yg perempuan lah. Cuma batin je terseksa. Huhu sedih.

Aku berperasaan mcm ni sedari kecil. Cuma bila dh besar baru tau ttg rasa ni sbnrnya ialah rasa yg tidak normal.

Tahun demi tahun berlalu. Sekolah rendah menengah hingga ke universitas. Perasaan ni tetap sama. Masa kt sekolah menengah baru sedar ttg perasaan ni sbnrnya ialah rasa songsang yg tidak normal ! Sempat berusaha utk membuang rasa dgn mencuba bergaul dgn lelaki. Walaubagaimanapun perasaan suka pada perempuan tu tetap utuh dalam jiwa.

So cerita skrg dh berkerja tetap alhamdulillah. Kewangan yg agak stabil. Oh ya, aku berusia 30 tahun. Belum berkahwin dan boleh dikatakan sebagai andartu hehehe.

Okla sbnrnya nk bgtau, perasaan ni mmg sukar nk dibendung. Tp ada sisi yg baik aku dapat drpd rasa ini. Iaitu, aku lebih berdikari dan lebih berusaha utk menjadikan hidup lebih baik. Sebagai contoh, kerja dgn bersungguh2.. kumpul duit jadikan kewangan stabil, membeli aset2 utk pelaburan masa hadapan dan menjadi wanita yg bijak berketerampilan dan bergaya wahh gitu..

Aku x ckp perasaan ni betul. Dan aku jg x menggalakkan anda semua utk buat benda x betul. Cuma, dgn perkembangan media massa skrg ni, aku dapati sbrnya ramai je golongan mcm aku ni. Spesis tak berapa nk normal. Dan aku fhm, perasaan ni sukar utk ditepis. Kalau nk kahwin utk menutup rasa ni,  cuba lah.. cuma pastikan cari lelaki yg benar2 mampu membimbing kita. In sha Allah kalau ada jodoh tak ke mana.

Tapi sekiranya korg tetap x boleh nk go on juga dgn mana2 lelaki. Let it be. Nk anak, byk anak angkat yg xde ibu bapa. Kesian mereka. Amik anak angkat. Jadikan anak sendiri. In sha Allah dpt pahala.

Point aku sng saja. Aku cuma nk golongan perempuan yg berada dlm situasi aku menjadikan perasaan kita yg tidak normal ni sebagai penguat semangat utk mendapatkan kehidupan yg lebih baik. Bab2 perasaan ni mmg sukar nk dibendung. Yela korg mesti fhm kan bagaimana rasa2 bercinta bagai. Cuma pastikan korg sentiasa ingat Allah. Dan sentiasa juga cuba utk memperbetulkan rasa yg x berapa betul ni. Sambil2 tu, ambil positif dari situasi yg korg alami ni. Ok?

Bila mempunyai perasaan tidak normal ni sbnrnya isu kahwin bkn masalah. Cuma masalah bila org sekeliling bertanya. Terutama keluarga. Cuma bila perasaan sendiri tidak mampu utk berumahtangga, maka jgn teruskan kerana ia berisiko tinggi utk tidak bahagia. Perkahwinan bkn satu kewajiban, tetapi adalah satu sunnah yg digalakkan. (Maaf sekiranya salah kenyataan)

Sekiranya tidak berminat utk berkahwin, maka jalani la hidup dgn baik dan gembira. Jgn lupa insurance perubatan dan nyawa utk diri. Berbakti pada maka ayah dan keluarga. Dan plg penting anak angkat. Kesian tau ramai anak2 yg tiada ibu bapa mahupun yg  terbuang.

Oh ya. Plan utk sy pula, sy bercadang utk mengambil anak angkat. Skrg dalam proses utk pengambilan. Sy ada rumah dan in sha Allah sy x akan sia2 kan hidup sy walau bersendirian atau hanya berdua bersama anak. In sha Allah, rasa x sabar. Doakan utk saya. Dan saya juga akan doakan kalian yg berada dalam situasi sy.  :)

– No name

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *