Perempuan Sudah Permudahkan, Tetapi Lelaki Belum Sedia

Assalamualaikum. Nama aku Ain. Aku berasal dari Terengganu. Hari ni aku terdetik nak mengarang tentang apa yang aku alami baru-baru ni selepas aku terbaca confession si kapten (https://iiumc.com/mudahkan-jangan-susahkan/) berkaitan dengan proses pernikahan dia dengan tunang dia. Aku doakan semoga si kapten ni dipermudahkan segala urusan dia.

Cuma aku nak bagitahu kat sini, tak semua pihak perempuan yang susahkan, kadang ada jugak segelintir pihak lelaki yang merumitkan keadaan malah ada yang nak nikah tapi hakikatnya belum bersedia dari semua aspek. Kepada Readers,maafkan aku seandainya kisah aku tak menarik sebab aku tak pandai sangat nak mengarang. Dan cerita aku agak panjang, harap korang bersabar ye.

Berbalik pada apa yg aku nak ceritakan. Umur aku sekarang dah nak masuk 27, lagi 3 tahun nak masuk angka 3. Bermulalah kisah aku mencari bakal suami. Memandangkan aku ni anak ‘second last’ dalam family dan bongsu perempuan pulak tu,mestilah dalam usia aku sekarang mak ayah aku dah risau sebab calon pon takde lagi, nak bercakap pasal kahwin apatah lagi. Adik aku yang lelaki pon dah kahwin 2 tahun lepas. Tinggallah aku sorang-sorang yang masih bujang.

Kisah ni bermula hujung tahun lepas, tak silap aku bulan 10. Kawan aku dari Melaka namanya Hafiz,nak kenalkan aku dengan kawannya yang bernama Ahmad. Aku ni jenis yang sangat jaga tentang ikhtilat. Memang aku tak berminat nak berhubung dengan mana-mana lelaki kecuali jika hanya ada urusan penting. Aku cakap dekat di Hafiz, ‘kalau betol la si Ahmad tu nak kenal,datang la Terengganu.aku ni jenis tak minat nak bermesej-mesej kalau takde benda penting’. Memandangkan si Hafiz ni dia tahu sangat perangai aku ni jenis macam mana, so dia faham apa yang aku maksudkan.

Satu hari, si ahmad whatapps aku, dia cakap ibu dia suruh dia cari calon isteri sebab dengan umur sekarang dah kena pikir pasal kawen. Ahmad ni umur dia sebaya aku, dia anak sulong dari 4 beradik. Lepas aku baca whtapps dia tu, aku reply “datang la terengganu jumpa mak ayah saya sekiranya ibu dan ayah awak tak kisah calon menantu dia orang terengganu yang jauh beratus2 kilometer.” Ahmad dan family dia tak pernah datang terengganu dan takde sanak saudara dekat sini, aku tak tahu la dia datang ke tak,aku pon tak nak berharap sangat sebab aku pon tak berapa kenal dia. Bagi aku simple je, kalau betul-betul dia serius dan betul-betul nak dekat someone tu, mesti dia akan usaha untuk dapatkan. Betul tak?

Lepas tu, dia dah start cerita tentang aku dekat family dia. Ibu dan ayah dia izinkan dia ke terengganu untuk jumpa aku dan kenal family aku. Sejak tu jugak, ibu dia kerap jugak whatapps aku tanya khabar dan sebagainya. Pernah juga ibu dia call bagitahu si Ahmad nak datang Terengganu raya cina nanti kalau jadi. Aku just respon okey je la.Cuma aku bagitahu kalau nak datang kena bagitahu awal, senang aku nak booking homestay.

Sampai la sehari sebelum raya cina aku tunggu punya tunggu tapi langsung takde khabar berita dari pihak sana. Aku dengan Ahmad bukan selalu text macam pasangan2 kekasih kt luar sana, kdang2 seminggu sekali tu pon benda2 penting je, aku memang tak berminat nak bermesej 24jam. Sampai lah raya cina tu ibu dia call aku bagitahu si Ahmad ni nak datang tganu esok hari. Terkejut jugak aku bila tiba-tiba macam ni. Esokkannya, aku pergi cari homestay utk dia, ibu dia ckp dia dtg dengan adik perempuan dia dan diwakilkan oleh makngah&pakngah dia. Ibu ayah dia tak dapat datang sebab ada urusan lain katanya.

Nak dijadikan story, datanglah mereka berempat ke rumah aku. Rumah aku ni hanya tinggal aku,mak dan ayah. Adik beradik aku yang lain semua dah kahwin dan tinggal di luar tganu. Semasa mereka datang, hanya mak aku yang ada, ayah aku keluar entah kemana, so mereka tak sempat untuk berjumpa kedua orang tua aku. Makngah dan pakngah dia hanya bersembang dengan aku dan mak. Sedang rancak bersembang, makngah nya beritahu bahawa ibu dan ayah si Ahmad ni nak masuk meminang lepas raya sekiranya tiada halangan. Aku dan mak hanya mendengar dan tidak dapat berikan jawapan sebab perkara ni perlu berbincang dengan ayah serta adik beradikku yang lain.

Sejak dari hari tu, aku terus buat istikharah. Sejujurnya hati aku masih belum terbuka untuk terima mana-mana lelaki dalam hidup aku melainkan lelaki yang datang ni betul-betul ingin menghalalkan aku dengan cara yang betul dan berusaha bersungguh-sungguh. Sejak dari dia datang ke rumah, mak aku kerap jugak tanya, macam mana? Okey ke? Nak terima ke? Aku masih lagi diam membisu tanpa jawapan.

Lalu ayah aku bersuara, seandainya dia betol ingin bernikah ayah izinkan, tapi dengan syarat ayah taknak kamu kenal lama2, taknak bertunang lama2, kalau boleh nikah tahun ni jugak, ayah nak buat majlis simple je, sebab ayah tak mampu nak buat majlis besar2, simpanan ayah dah habis. Ayah aku juga melarang aku guna duit dari pihak lelaki untuk buat majlis, malah ayah aku melarang untuk letakkan hantaran yang tinggi walaupon aku satu-satunya anak harapan dalam family yang belajar ke peringkat degree tapi ayah aku tidak pernah terlintas di fikirannya untuk ‘menjual anak’.

Aku juga tak kisah sebenarnya tentang wang hantaran dari pihak lelaki, sebab aku tak pernah terfikir langsung nak bebankan bakal suami aku dengan hantaran beribu-ribu.jika tiada wang hantaran sekali pun aku tak kisah, yang penting berusahalah dulu untuk halalkan aku mengikut syariat islam. Bagi aku buat yang wajib dan termampu sudah cukup. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab Allah berikan aku mak dan ayah yang memahami, yang dahulukan perintah agama dari adat.

Ayah juga cadangkan supaya aku mohon pernikahan perdana yang dianjurkan oleh kerajaan terengganu jika aku dan dia betul-betul ingin bernikah. Aku hanya bersetuju dengan cadangan ayah sebab bagi aku bagus jugak cadangan ayah untuk join nikah perdana tersebut. Memandangkan gaji aku hanya cukup2 makan, aku rasa aku dah melepasi syarat yang diperlukan untuk mohon nikah perdana. Lalu aku terangkan pada si Ahmad tentang apa yang ayah aku cadangkan. Tapi malangnya, keluarga Ahmad tidak setuju kerana Ahmad adalah anak sulong, keluarga mereka ingin buat majlis yang agak besar di sebelah sana dan perlukan tempoh dalam setahun untuk mengumpul duit.

Dan Ahmad juga bagitahu keluarganya masih belum dapat lepaskan dia dalam masa yang singkat sebab dia merupakan tongkat dalam keluarga dia, dia juga menyatakan naluri ibu dia masih berat untuk satukan aku dengan dia dalam keadaan tergesa-gesa, malah bukan itu saja, dengan keadaan ahmad yang masih belum kerja tetap juga menjadi salah satu alasan mereka, dan masalah hidup berjauhan selepas kahwin (PJJ) juga keluarga sebelah ahmad tidak dapat terima. Ibu dia juga ada cakap penikahan ni bukan sehari dua tapi untuk selama-lamanya, kalau boleh biar kenal dulu hati budi masing-masing.

Selepas dapat jawapan dari keluarga Ahmad, aku terpikir sejenak, salah ke keluarga aku permudahkan? Keluarga aku takde pon mintak hantaran ribu riban untuk majlis nikah, rasanya keluarga aku dah permudahkan dari semua aspek. Tapi zaman sekarang ada jugak pihak lelaki yang complicated kan keadaan. I cannot brain actually with this situation. Hahaha. Dan tentang kenal hati budi tu, memang betol perkahwinan ni bukan main-main, takde orang nak kahwen hari ni, esok cerai makcik oii.

Seeloknya kita serahkan apa yang akan berlaku esok hari pada Allah S.W.T. kerana dia maha tahu segalanya. Yang pada asalnya aku sangat-sangat respect pada Ahmad sekeluarga sebab sanggup datang jauh2 semata2 nak jumpa aku dan family aku, from that day aku nampak effort dia sebab nampak bersungguh-sungguh dalam proses menghalalkan hubungan ini tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik.

Alhamdulillah atas segala-segalanya.

– Ain niqabis

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *