Perempuan Tak Boleh Ubah Lelaki

Assalamualaikum. Aku Ayfaa. Sedikit sebanyak nak kongsi pengalaman hidup aku, pahit dan manis yang aku sorang sahaja yang tahu. Aku tergerak hati nak menulis bila aku tengok terlalu ramai perempuan yang terima buruk lelaki sampai makan diri. Ya, termasuk aku.

Cerita bermula masa aku di sekolah menengah. Ketika aku tingkatan 4, aku dah jatuh hati pada Nazmi. Nazmi tingkatan 5, and masa aku suka dia tu aku dengar cerita Nazmi ni playboy. Tapi sebab hati aku dah suka, aku yang contact Nazmi dulu. Nazmi macam biasa, layan je perempuan yang suka dia sampailah kami kerap contact and kami start couple. Sungguh, aku yang cinta mati pada Nazmi dulu barulah Nazmi terima and mula sayangkan aku.

Tahu tujuan aku untuk dapatkan Nazmi sebab apa? Sebab aku nak ubah dia. Ya, itu tujuan utama sekali. Orang kata mana ada orang baik mengaku diri dia baik tapi aku nak mengaku, antara aku dengan Nazmi aku memang baik sangat sangat. Sampai orang kata aku tak sesuai dengan Nazmi. Kalau ada 10 orang, 8 orang akan tak setuju dengan hubungan kami. Tapi aku tak peduli, aku nak Nazmi and at the same time aku nak ubah Nazmi. Nazmi habis sekolah dulu, then Nazmi tunggu aku habis spm baru kami dua setuju untuk sambung diploma tetapi bukan di institusi yang sama. Eventhough tak sama pun, kami still dekat.

Hubungan aku dengan Nazmi kekal selama 7 tahun lamanya. Tanpa ada ikatan yang sah. Sia sia kan? 7 tahun bercinta bagai nak rak, habuk pun takda. Sampai sekarang aku termenung fikir kenapa aku pilih untuk lalui semua ni. 4 tahun pertama macam macam dugaan. Zaman diploma, aku dengan Nazmi bergaduh teruk. Dengan Nazmi yang bersilih ganti perempuan nak di try nya dari classmates, classmates kawan, junior semua di try nya. Dan aku siang malam menangis. Dalam menangis tu aku bentang sejadah doa yang semoga Nazmi dapat hidayah. Aku pernah je break up, tapi lepas Nazmi tackle semua perempuan tu, dia patah balik pada aku. Dia kata dalam banyak banyak perempuan yang dia kenal, aku je yang boleh faham dia and tak sama perasaan tu macam dengan aku. And benda tu betul, aku cuba lah contact dengan perempuan yang dia try tu and memang perempuan tu sendiri kata Nazmi tak boleh lupa aku. Nazmi buat macam tu sebab dia nak buat hilang sunyi.

Tapi bukan masalah tu yang aku nak highlight kan. Sejak sejak Nazmi sambung belajar, macam macam di cuba nya. Bukan setakat tackle perempuan, tapi dah cuba berjinak dengan private party, telan pil kuda nak bagi naik sheikh bila layan music, and Nazmi dah start ambil ganja. Ganja ni macam kasar kan nama dia? So nak lembutkan, diaorang panggil ganja ni stoned/weed/420 entah apa apa lagi aku pun tak tahu. Yes, sesiapa yang ambil ganja, gelaran nya ada lah stoner. Stone bukan batu, tapi ganja. Cara hisap dia macam mana? Hisap pakai balang kaca, and ada yang gulung. Stoner tegar selalu cakap ganja tak khayal, ganja tak addicted, ganja bantu masa study, ganja buat orang kuat makan, ganja buat orang rasa tenang. Bullshit semua. Ganja rosak kan Nazmi, ganja yang buat Nazmi tak fikir panjang, ganja yang buat Nazmi tak hirau perasaan mak ayah nya, and ganja yang buat angan angan aku untuk kahwin dengan Nazmi musnah. Even aku tahu Nazmi ambil ganja, aku still keep my relationship with him. Aku tahu bila masa dia tengah high, bila masa dia tengah paranoid, bila masa dia tengah sober. Aku marah dia. Aku halang dia ambil, tapi mula mula je dia dengar, lastly dia menipu kata tak ambil dah tapi kantoi bila aku baca whatsapp dia dengan orang lain nak tong tong barang. Second time pulak, bila aku keluar dengan dia and aku nak ambil tissue dekat seat belakang, aku selup sekali keluar plastic ganja. Sampai lah apa yang aku cakap semua tak lut dah. Nazmi dah tak ikut cakap aku, dia mula menipu and anggap aku tak tahu. Ingat tak tujuan utama aku untu teruskan relationship aku sebab apa? Sebab aku nak dia berubah.

Hubungan aku dengan dia makin lama makin hancur. Selalu bergaduh. 3 tahun terakhir ni paling menduga. Ada pasang surut. Kami bertunang, parents Nazmi datang sarung cincin pada aku. Lepas je tunang, macam macam benda lagi jadi. Aku tak nak bukak aib. Nazmi bukan tak pernah taubat, pernah je. Allah tu sayang sangat dekat dia sampai Allah jemput dia ke Mekah, datang kuliah subuh and maghrib, masuk kelas agama & pernah sampai hitam dahi dia. Bila Nazmi berubah, aku lah manusia paling happy dalam dunia sebab doa aku makbul. Solat hajat aku terjawab. Pernah Nazmi nak pergi private party, aku menangis sebab takut apa apa jd dekat dia sampai aku bentang sejadah solat sunat non stop malam tu, sebab aku nak Allah gerak kan hati dia untuk patah balik rumah dari pergi private party tu. Sungguh, aku selalu doa dia berubah, tak pernah putus doa aku untuk dia. And bila dia berubah, akulah manusia paling bahagia sekali. Tapi kita ni manusia, kita adalah pendosa tanpa noktah, Nazmi tak istiqamah. Lagi berapa bulan nak kahwin, Nazmi balik pada yang asal. Nazmi start ambil ganja balik, and paling mengecewakan aku, dia try ectasy syabu ice apa blablabla.

Mula dari situ aku habiskan hubungan aku dengan dia. 7 tahun aku terima baik buruk Nazmi, tapi end up aku mengalah. Sebab apa, sebab perempuan tak boleh ubah lelaki. Tu sebab dalam agama, perempuan kena cari lelaki yang ada didikan agama, bertanggungjawab, matang supaya dia dapat bentuk perempuan. Tapi perempuan tak boleh nak bentuk lelaki. Mungkin dekat luar sana ada yang dapat ubah lelaki, tapi untuk kisah aku, aku tak bernasib baik.

2 tahun berlalu, sekarang Nazmi dah ada peganti aku. Aku? Sampai sekarang tercari cari, aku tahu Allah tengah susun hikmah yang paling baik untu aku and aku tahu Allah nak aku sabar.

A bit advice from me untuk perempuan dekat luar sana yang tahu boyfriend diaorang stoner or any else, sampai bila korang nak duduk dalam toxic relationship tu? Cuba google, ganja ni dadah and mostly ramai akan kata sekali dah masuk dalam kancah ganja ni, susah nak keluar. Mungkin dia akan berhenti, tapi esok lusa? Ganja is addictive. 10 kali berhenti, 10 kali dia akan cuba balik. Aku tak nak persuade sesiapa. Ini just kesimpulan yang aku buat based cerita aku. 3 years of enjoying his life while flirting with others, 4 years of taking drugs, to quit is the hardest thing for him. Bukan tak cuba, dah cuba pun but in the end, sangkut balik. Mungkin sebab nasib aku yang malang kot sebab aku tak jumpa orang yang betul untuk aku. And aku kena go through semua ni, sorang sorang beb, kalau iman tak kuat aku rasa aku boleh gila. Serious, tapi alhadulillah Allah pelihara aku sampai harini. Teringat memang teringat, tapi aku amalkan surah yaasin setiap hari sebagai ruqyah. Untuk elak aku dari fikir and buat bukan bukan.

Kadang kadang aku terfikir, aku bersungguh sungguh usaha nak ubah orang, tapi hasil dia dapat dekat orang lain. Mungkin Allah hadirkan dia sebagai lessons untuk aku, macam sebuah persinggahan yang ajar 1001 makna kehidupan. My dear readers, doakan aku dapat jumpa peganti yang baik untuk aku. Aku hargi sangat atas doa korang. And untuk Nazmi, aku sentiasa doakan yang terbaik untuk hidup kau.

– Ayfaa Sakinah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *