Perempuan VS PEREMPUAN

Nama aku Nija. Aku masih study di IPTS. Anak bongsu. Aku ada 2 orang kakak dan 1 abang sulung. Dan mereka dah berkahwin semuanya.

Sebagai adik bongsu, aku memang kerap ke sana ke mari dengan family abang kakak aku ni. Jarak umur aku dan abang sulung 17 tahun. So masa dia kahwin, aku masih darjah 5.

Jarak yang jauh ni buatkan aku rapat juga dengan kakak ipar aku. Dia layan aku macam adik, kadang-kadang macam kawan. Nasihat-nasihat dia kedengaran genuinely ikhlas. Dan memang dia nampak tak berkira. Mana tempat dia nak pergi, akan ajak aku.

Bawah abang aku, ada kakak kedua aku yang beza cuma 1 tahun dengan abang. Maknanya sebaya dengan kakak ipar aku. Ipar aku ni dengan kakak-kakak aku baik je. No issue. Taraf pendidikan pun sama-sama ada degree. Cuma, kakak-kakak aku bekerja (cikgu dan nurse).

Kakak ipar aku, aku namakan dia Mira ni, tak bekerja. As far as I know, dia buat kerja-kerja sendiri. Berniaga online dan jadi agen emas Public Gold. Katanya, income dia tak adalah masyuk sangat pun, tapi aku tengok dia lagi senang dari kakak-kakak aku yang kerja kerajaan tu.

Bukan bab materialistik yang aku nak compare, tapi aku macam terinspirasi dengan Kak Mira. Macam yang aku cakap, aku dengan family abang ni rapat. So aku banyak masa bersama. Nampak struggle susah senang mereka dari awal kahwin. Dari struggle kewangan, kepada struggle nak bina family. Nak adapt dengan abang aku yang benak tu. Haha.

By the way, abang aku ni dulu kutu la dalam family. SPM failed, kerja ikut suka, muka tak seberapa, selalu kena tipu, mak ayah nak minta tolong pun tak boleh. Tapi lepas kahwin dengan Kak Mira, semuanya berubah. Jadi manusia la kitanya. Cuma dia punya rajin tu kena berpahat dulu la. Kadang-kadang aku dengar Kak Mira selalu “suruh” dia.

“Abang… ni”, “Abang, tuuu…” Mak aku kata kesian abang aku kena cucuk hidung. Tapi aku faham POV Kak Mira. Since abang aku ni bukan jenis lelaki yang pandai guna otak sendiri sebagai leader. Tapi sebagai follower, dia sangat bagus. Ikut arahan.

Kak Mira cakap je “Abang, sayang nak benda ni macam ni, macam tu. Settlekanlah.” Haa… memang settle. Tapi setakat dia yang nak initiate dulu, memang tak lah.

Kadang-kadang aku pun nampak Kak Mira ni akan bertekak, bertegang, sama-sama buat kerja. Tapi nampak more to mandur. Boss-boss gitchu… Abang aku yang buat. Yelah, takkan Kak Mira nak bertukang kan.

Hari tu, aku dengar Kak Mira jerit “Abang, singki sumbat!” Bila abang aku pergi tengok, dia cakap “Yelah tersumbat ni.” Best part, aku jeling nampak Kak Mira buat muka poker face je. Then cakap “Dah tu?”

Tahu-tahu abang aku jadi plumber, korek lubang singki sana sini… Dalam hati aku, “Abang aku yang memang kena cucuk hidung atau Kak Mira yang hebat?” Haha…

Bagi aku best juga la ada personality macam Kak Mira ni, dia dapat tundukkan abang aku yang sebelum ni hauk. Tak boleh pakai. Mungkin atas dasar sayang. Atau memang abang aku jumpa buku bertemu ruas. Macam orang kata, “Bukan takut bini, tapi bini saya menakutkan.” Haha.

Kak Mira ni bukanlah bossy all the time, bila tak ada kerja nak buat, dua ketul ni sangat lovely. Jalan berpimpin tangan, bergurau senda. Abang aku ni touchy person. Balik-balik rumah je cari bini. Bila Kak Mira ni merajuk, rajin dia pujuk.

Kami pernah plan nak pergi Genting, tapi abang balik lambat. Bila balik, Kak Mira dah merajuk (aku tahu sebab anak saudara dah canang cerita. Huhu… aku tak keluar lah bilik…).

2 jam juga aku dengar Kak Mira ni membebel. Dia ni kalau marah memang menakutkan. Aku dengar dia hempas-hempas barang kat dapur, dia jerit anak dia tak letak baju kotor betul-betul. So lebih kurang semua yang dia nampak, serba tak kena. Aku intai je tepi pintu. Huhu…

Alih-alih lepas tu dorang berbaik, Kak Mira ajak kami semua keluar makan. Dan yes, aku nampak abang aku bayar semua. Sebab dalam kereta aku dengar abang kata “Sayang nak makan apa? Jom, jom… abang belanja.”

Btw, most likely, bila kami keluar gathering, Kak Mira pun selalu bayar. QR scan through bank dia. Pernah aku tersilau nampak baki akaun dia ada RM3k. Dalam hati, banyak juga ye duit dia.

While abang aku kerja biasa je. Gaji pun RM3k je sebulan. Dengan duduk di bandar, bini tak kerja, dia mampu hidup senang. So aku expect, mesti Kak Mira ada income sendiri yang gempak juga.

Oh ye, selama aku bersama family abang aku ni, tak pernah Kak Mira ni keluar sendiri. Nak beli barang dapur pun sentiasa dengan abang aku. Nak pergi check-up baby pun abang aku bawa.

Mak aku cakap, Kak Mira ni manja. Semua harapkan abang. Tak macam kakak-kakak aku berdikari. Grab pun ada. Tapi bagi aku, hebat la abang aku. Really provider. Dan hebat juga Kak Mira sebab dapat “conquer” suami dia untuk sentiasa provide untuk dia.

Orang selalu cakap, isteri suri rumah ni selalu jadi alas kaki. Isteri bekerja disayangi. Tapi aku tak rasa macam tu. Tu semua atas personaliti masing-masing. Kalau kau berkerjaya, ada income sendiri, tapi tak ada personaliti memikat suami, suami layan nan hado juga.

Berbeza dengan 2 orang kakak aku, bila pergi rumah dorang, rumah tak berkemas, kalau dorang merajuk pun suami buat tak layan je.

Aku pernah dengar abang ipar aku merungut sebab kena drive jauh balik kampung kami. Masa tu diorang pickup aku di universiti sebab satu jalan balik kampung. Siap dia cakap “Ngantuklah, jauh… awak tu suruh bawa kereta takut kan?”

Masa tu aku teringat betapa bertuahnya abang aku ada Kak Mira. Dia boleh drive. Ada lesen. Walau Kak Mira sendiri cakap dia tak rajin drive. Kecuali perlu. Dan yes, travel jauh memang perlu ada driver ganti. Bila abang mengantuk, Kak Mira akan drive sekejap je. Dalam setengah jam, abang tidur hilang mengantuk, dia sambung drive.

Siapa sangka kan, hanya sebab tak tahu drive je pun, ada lelaki (suami) yang downgrade isteri. Dia rasa isteri tak berguna kot. Di kampung, abang-abang ipar aku ni jenis introvert kononnya. Tak pandai bawa diri dalam family orang lain. Asyik dalam bilik je. Aku ingat semua lelaki sama je. Since bapak aku pun dulu macam tu.

Tapi bila sekali aku balik rumah Kak Mira (masa tu Raya Haji, mak aku pergi haji, so aku raya rumah Kak Mira), aku tengok, abang aku dah macam tuan rumah. Buat lemang, tolong beli ais, buang sawang, karaoke dengan adik-beradik Kak Mira. Kiranya abang aku ni dialu-alukan dalam family tu.

Aku pernah dengar Kak Mira ingatkan abang masa tu, ada tetamu kawan-kawan abah Kak Mira. So bila keluar salam. Dan aku nampak abang aku buat.

Ada side lain, aku nampak Kak Mira tegur abang aku suruh buat-buat makan hidangan di rumah makcik Kak Mira. Walau hidangan tu aku tahu, abang aku tak suka. Tapi dah orang insist jemput kan…

Overall, memang nampak aku puji Kak Mira melambung kan. Sebab dia ada personaliti yang kuat dan hebat. Dia yakin diri. Dia ada banyak skill hidup.

Contohnya menjahit, driving, kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah, kemampuan bertekak dengan abang aku, yang mana kakak-kakak aku tak mampu buat dengan suami diorang. Terima je semua benda buruk yang suami buat. Puii. Akhirnya suami pijak kepala.

Antara nasihat Kak Mira katanya, “Cari lelaki yang kita rasa boleh kawal.” Bukan nak jadi queen control atau nasi kangkang. Tapi kita mampu suarakan pendapat dengan bebas, suami mampu berfikir dan menerima pendapat tanpa prejudice.

Dia cakap lagi, tugas mendidik juga bukan tugas suami secara mutlak. Kalau suami tak betul, kita wajib fight untuk betulkan. Bukan diam.

Bila dah jadi mak pula, tugas sebagai mak tu mengatasi tugas sebagai isteri. Tapi masih lagi tak boleh membelakangi suami. Suami no. 1, tapi anak juga bukan no. 2. (Yang ni maybe aku akan faham bila ada anak).

Dan yes, maybe aku dah biasa bersama Kak Mira, aku juga jadi benci pada perempuan yang lembik. Yang serba-serbi mengalah tak tentu hala. Yang meletakkan kebahagiaan sendiri di tangan orang lain.

Peace..

– Nija (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Makcik setuju dengan Kak Mira, dan dengan semua nasihat kak Mira. Wanita macam ni lar yang kite perlukan dalam masyarakat sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *