Perfectionist

Tolong saya semua. Di saat saya menulis ni, kepala saya sakit berdenyut, perut saya memulas dan tekak saya kering kerana jeritan dan cubitan kepada anak saya sendiri.

Ini bukanlah isu stress tetapi setelah berjuta kali saya cuba selami dan baca, menilai diri sendiri, rupanya ya!

Saya seorang yang sedang MERANA di sebabkan PERFECTIONIST atau nak semuanya sempurna. Tolong saya semua. Saya merayu.

Saya di besarkan oleh seorang Ibu yang amat details dan perfectionist.

Tambah teruk keadaan, perfectionist ibu saya ni sampaikan kalau makan nasi tidak boleh tinggal sebutir pun di atas pinggan dan akan di label membazir dan api neraka yang dasyat akan menelan.

Perfectionist ibu saya ni sehinggakan memaksa saya dalam apa jua benda. Memaksa dengan saiko pun ada.

Contoh, kalau tak pegi ceramah, akan berdosa. Ayat dia dengan saiko dan doa semoga yang tak baik berlaku.

Perfectionist mak saya ni saya nampak memakan perkahwinan ayah dan ibu saya. Mereka tak mesra, ibu marah2, dan tidak loving.

Semuanya nampak firm, hambar dan nampak seperti majikan dan boss di dalam rumah, bukan suami dan isteri.

Perfectionist ibu saya ni sampaikan menurun kepada saya dan ia memberi tekanan kepada saya dari segi mental dari hari ke sehari dan saya tidak boleh kawal lagi.

Saya marah anak anak jika mereka hanya bising bermain (sedangkan lumrah kanak kanak bising dan lompat bermain bukan?)

Saya selalu mengugut anak saya sama macam ibu saya buat. Mengugut bukan dengan sayang, mengugut dengan kekerasan dan saiko.

Ketika kecil, saya seringkali di soal siasat seperti pesalah jika melakukan kesalahan.

Semua details ibu akan tanya sampai menipu tu lumrah dalam hidup. Sampaikan 90% kelakuan saya semuanya hasil menipu di belakang seorang Ibu yang perfectionist.

Solat pun saya menipu, puasa pun saya menipu. Semua kerana di PAKSA buat kerana ibu nak perfect semuanya.

Hanya tindakan di depan ibu, di belakang ibu saya berubah 100% menjadi apa yang saya mahu, hendak dan buat.

Saya amat tertekan kerana saya menjadi lebih dasyat dari apa yang ibu saya lakukan pada saya semasa kecil.

Anak saya tak boleh tumpah makanan langsung, kena makan sampai licin pinggan, kalau tidak, trauma lama menghantui bahawa ibu memaksa sehingga habis.

Jika tidak habis, ibu akan membuatkan kita rasa kita berdosa sehingga masuk api neraka. Begitu lah yg saya buat juga.

Tolong saya, jawab dengan jujur semua, adakah Islam ni begitu kejam sehingga semuanya kena PERFECT dan kemas sepanjang masa macam yang ibu saya cakap, sehinggakan terkadang comot, terkadang kotor sedikit pun tidak ada kelonggaran ?

Ataupun Islam tu tidak rigid pada soal ini malah Islam tu tak bersalah pun, tetapi Ibu saya dan cara orang dulu2 yang begitu perfectionist gunakan Islam untuk mengugut dan melahirkan golongan Ibu bapa zaman sekarang yang terlalu rigid & perfectionist?

Tolong saya semua. Bantu saya. Saya selalu tersepit antara soal Islam (yang ibu saya gunakan sentiasa untuk mengugut sedangkan bila saya baca buku buku, Islam itu bukanlah menakutkan pun,

Dan Allah sentiasa memaafkan hambaNya dan dia tahu hambaNya sedang cuba) dan soal kehidupan manusia yang normal, yang kadang kadang ada comotnya, kadang kadang ada belas kasihannya, bukan sentiasa SAMA & PERFECTIONIST !!

Tolong saya semua. Berikan pendapat. Pendapat anda saya akan baca semua dan cuba applykan.

Terima kasih banyak banyak dan amat saya hargai.

– Help Me (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *