Perfume Oh Perfume

Cuti sekolah haritu aku ada attend wedding dengan Aunty aku. Masa nak balik terserempak dengan kawan lama Aunty aku. Lama juga duduk bersembang sampaikan terpaksa minta izin tumpang solat kat rumah pengantin.

Lepas habis solat, macam biasalah Aunty aku touch up makeup semua tetiba makcik ni bawa keluar perfume.

Korang tahu tak dia nak buat apa? Dia offer cuba try test perfume tu. Kononnya wangi sangat. Aunty aku tolak secara baik since dia pernah breakout dan pernah ada masalah kulit.

Tahu tak kawan Aunty aku cakap apa? Perfume ni okay sesuai je untuk semua. Cikgu tau founder perfume ni.

Allahuakbar. Pucat muka Aunty aku dengar dia cakap macam tu. Nasib baiklah dia tak spray ke arah kami masa tu since Aunty aku dengan tegas reject offer dia nak cuba.

Masuk dalam kereta memang puaslah aku dengar Aunty aku bebel pasal perfume, kosmetik segala jenis barang kecantikan.

Ayat Aunty aku paling deep sekali yang aku ingat,

“Apahal semua nak jadi founder ni? Senang-senang je nak declare jadi founder. Lab Test apa satu pun tak buat. Menjawab dekat akhirat nanti kalau jahanam hidup orang disebabkan produk-produk timbang kilo korang tu”.

Rupanya masa breakout dan sakit dulu menjadikan Aunty aku seorang yang berhati-hati dalam memilih produk kecantikkan.

Banyak pakar di hospital yang Aunty aku jumpa untuk merawat sakitnya itu dan pelbagai panduan, nasihat yang Aunty aku dapat daripada pakar-pakar ini yang ingin aku kongsikan dengan semua orang.

Yang pertama sekali, janganlah mudah terpedaya dengan founder yang claimed perfume itu tulen original. Check terlebih dulu dengan KKM atau NPRA.

Pernah ada kes serbuan dilakukan pihak berkuasa dan didapati perfume yang dideclared sebagai tulen itu rupanya diimport dari China.

Botol perfume diterima dari China tidak berlabel dan founder cuma letak jenama mereka diluar botol disebut dan dikotak perfume dan kemudiannya dijual secara online.

Perfume “timbang kilo” seperti ini mungkin boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius bukan sahaja untuk kulit tetapi kepada seluruh anggota badan yang lain sehinggakan boleh menyebabkan kematian.

Bahasa mudahnya seperti ini, bahan kimia terlarang dalam perfume sembur di nadi dan leher kena direct ke kulit boleh menyebabkan keradangan kulit.

Tulis yang ini pun aku dah seram. Belum lagi masuk fasal sintetik dan wangian dalam perfume timbang kilo ini. Yang ini aku taknak huraikan takut ada khilaf dimana-mana sebab aku bukan ahli kimia.

Aunty aku explain biasanya perfume timbang kilo ini tak ikut sangat formula yang betul. Metanol, etanol dan segala jenis alcohol biasanya digunakan dalam kuantiti tinggi dan banyak.

Kiranya macam cecair(maaflah guna istilah cecair sebab tak reti nak guna istilah saintifik kimia) yang digunakan untuk melarut bahan tersebut terlebih had yang dibenarkan dalam pembuatan perfume.

Pelarut ini semua kalau tertukar atau terlebih guna boleh jadi bahan kimia yang lain. Ngeri dengar Aunty aku explain fasal ini. Katanya boleh jadi faktor sakit dalam perut dan kepala.

Itu belum kena mata, mahunya jadi rabun atau buta mata tu. Kesan jangka panjang yang negatif semestinyalah ada macam sakit saraf.

Jadi sebagai mangsa produk timbang kilo ni, Aunty aku ada share sikit tips kat aku. Nak beli perfume ataupun jenis produk kecantikan apa pun, minta penjual buktikan NOT dan MAL. Tiada keduanya kalau boleh jangan beli.

Kalau beli direct dari founder, minta tolong founder jelaskan kandungan dalam produk tersebut. Founder jenis apa kalau tak alert dengan kandungan bahan dalam produk mereka.

Untuk perfume, jangan setakat tanya bau apa, kuat atau tidak, lasting atau tak. Cuba belajar tanya tentang batch code dan yang paling penting untuk perfume branded original tiada istilah “kilang reject”.

Sebagai penutup cerita, aku nak ingatkan semua orang penting untuk kita tahu ketulenan sesuatu perfume itu sebelum menggunakannya.

– Diana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *