Pergi atau Bertahan

Hai saya berumur 30an, 8 tahun berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata.

Ini kali pertama saya share di sini untuk meluah dan bertukar pandangan mengenai apa yang saya lalui sepanjang 8 tahun bergelar isteri, ibu dan wanita yang bekerja.

Suami boleh dikatakan cukup baik, dari segi nafkah hal rumah tangga mmg banyak membantu.

Saya dan suami jarang bertengkar kecuali satu perkara ini iaitu suami selalu gagal menjaga matanya.

Dari awal perkahwinan, suami kantoi tengok filem lucah. Siap download dalam laptop atau tengok di hp dan di akan tengok waktu saya tidur atau tiada.

Saya dah confront benda nie dekat dia, dan dia janji akan stop.

Bila di tanya kenapa suka tengok benda tu, dia cakap saja. Takde maksud apa2, saya tanya kalau dia rasa nak bersama mintak je saya sedia layan asalkan dia stop tengok benda tu.

Beberapa tahun lepas tu nampak la perubahan, dia tak tengok lagi filem lucah lagi, tapi dia suka tengok perempuan sexy yang half-naked.

Everytime saya bukak IG/FB dia dekat bahagian search mesti kantoi dia duk tengok perempuan2 tu.

Bila tanya dia akan buat2 tak nak layan. Sampai ada 1 masa saya terus ajak dia keluar dan drive pergi Mahkamah Shariah suruh dia turun dan ceraikan saya.

Dia selalu berjanji nak berubah, tapi janji hanya tinggal janji. Dia selalu kerap ulang kesilapan yang sama.

Bila saya tanya kenapa suka tengok benda macam tu, kenapa susah sangat nak jaga mata dia senyap dan takkan ulas apa2.

Saya pernah tanya apa kurang saya, sampai nak tengok perempuan2 tu. Dia cakap takde apa2.

Saya rasa sangat terkesan, sebab kami selalu bergaduh besar pasal benda nie berulang2. Kadang2 sampai tahap saya rasa tawar hati. Adakah saya terlalu emosi atau benda nie sebenarnya normal sahaja.

Kadang2 saya fikir mungkin saya dan suami patut berpisah, supaya dia tau saya benar maksudkan yang saya tak suka dan marah dengan perbuatan bodoh dia tu.

Perbuatan dia nie sedikit sebanyak menjejaskan keyakinan diri saya, sampai tahap saya rasa saya nie dah tak cantik dan menarik ke untuk tatapan suami.

Sabar saya makin lama makin menipis di sebabkan hal nie.

Mungkin kalau 1 hari kami berpisah keluarga saya akan terkejut besar. Sebab suami nie dikira sebagai menantu yang baik oleh family saya sebab saya tak pernah cerita hal nie dekat sesiapa.

Semua saya pendam dan simpan sendiri. Cuma tak pasti sampai bila saya boleh bersabar.

– Mawar Hitam Berduri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *