Pergi Cari Timba Versi Aku

Hai makin banyak cerita pasal perigi cari timba. Ni aku nak cerita tentang aku pulak. Nama aku Nana umur 27.

Dari zaman sekolah aku ni memang jenis pemalu dengan lelaki. Jadi aku memang takde kawan lelaki pun. Majoriti kawan aku semua dah ada couple tapi aku seorang saja single. Budak pemalu katakan.

Cerita tentang crush, aku meminati seorang lelaki aku namakan A. A ni classmate aku masa zaman universiti.

A ni berwatak alim. Tak bergaul dengan perempuan. Budak masjid. Sopan saja bila bercakap. Dari semester 1 aku pendamkan perasaan aku kat dia sampai habis sems. 3 tahun weh bukan kejap.

Dalam 3 tahun tu aku rasa A macam minat kat aku. Kadang2 aku nampak A curi2 pandang aku dalam kelas. Tapi A kan budak alim mana nak couple2 ni.

Lepas 3 tahun kami pun grad. Aku dah tak berpeluang tengok A lagi. Hati aku confident rasa macam A pun suka kat aku jadi one day aku dm dekat ig dia.

Malu memang malu tapi dah grad kan bukan nampak dia hari2 dah. A balas dm aku cakap nak fokus sambung study, ada jodoh ada lah, takde jodoh dia doakan aku dapat lebih baik lagi.

Dari ayat tu aku paham A tak berminat pun dekat aku. Aku saja yang perasan lebih.

A tak salah aku yang bodoh tapi aku bersyukur aku confess at least one day kalau dia dah ada someone takde la aku meraung. Aku doakan one day A jumpa yang terbaik. Aku bukan tertulis untuk A.

Lepas dia reject aku move on la. Takde plan nak cari teman hidup. Bile kerja, fokus aku nak cari duit. Aku sayang sangat kat mak aku. Aku berimpian nak hadiahkan dia rumah sebab kami masih menyewa rumah lagi.

Aku kerja bahagian direct selling. Kerja 100% komisyen. Memang aku push kaw2 la sales aku. Kadang dalam sebulan tu aku tak cuti langsung. Pikir nak kumpul duit hadiahkan rumah untuk mak aku.

Aku kan kerja bahagian direct sales. Hari2 redah saja cari orang.

One day aku jumpa dengan lelaki aku namakan dia Z. Dia ni customer aku. Beli barang aku sebab nak ngorat aku. Ciss. Haha. Sebenarnya ada saja customer2 aku yang lain WhatsApp aku nak kenal2.

Ada yang 30an keatas. Aku tahu gaya dia orang macam serious nak cari someone. Aku tak berminat. Aku memang tak melayan kalau dapat mesej ngorat.

Tapi berbeza dengan Z. Z ni sebaya dengan aku. Aku start berkawan dengan dia. Rasa serasi.

Z luahkan nak memperisterikan aku. Z jumpa mak aku. Aku nampak effort Z. Sebahagian gaji dia, dia suruh aku simpan. Tak lama kemudian kami pun kawin.

Z ni rumah dia beza 15 minit dengan rumah family aku. Dekat sangat kan. Z ni lelaki yang sangat bertanggungjawab.

Segala perbelanjaan bayar rumah, kereta, barang dapur semua pakai duit dia. Tak bagi aku bayar. Dia cakap tu tanggungjawab dia. Selalu Z hantar aku lawat mak aku. Lupa nak cakap aku dah pun hadiahkan rumah untuk mak aku duduk.

Atas tikar sejadah aku bersyukur Allah jodohkan aku dengan Z. Tak pernah aku mintak doa dapat jodoh orang dekat2 supaya senang lawat mak. Aku tak doa pun dapat lelaki bertanggungjawab. Aku tak doa semua tu.

Lepas A tak terima aku, aku move on and cari duit untuk hadiahkan rumah mak aku. Tu saja fokus aku. Hari2 aku doa Allah bagi aku sales yang banyak. Sebab fokus aku untuk mak aku.

Mungkin niat aku bahagiakan mak aku, walaupun aku tak doa dapat lelaki terbaik tapi Allah bagi jugak. Allah tu sangat baik dan adil pada hambanya.

Pada aku tak salah jadi perigi cari timba. Kita pun ada perasaan kan. Bila di reject tu anggaplah Allah tengah simpan yang lebih baik untuk kita.

Pada aku lelaki yang betul2 ikhlas terima kita dia akan buktikan dengan perbuatan. Kumpul duit kawin, jumpa parent kita.

Benarlah Allah tak bagi apa yang kita nak tapi Allah akan bagi apa yang kita perlu. Ya, aku nak sangat duduk dekat dengan mak aku supaya boleh lawat dia selalu, aku perlu lelaki yang bertanggungjawab, lelaki yang lebih menyayangi diri aku.

Terima Kasih Allah untuk segalanya.

– NANA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *