Salam semua, aku kenalkan diri sebagai Pelangi. Sebab aku suka jadi pelangi yang mewarnai dan menceriakan hidup semua orang. Usia 30an.
Kisah yang aku nak tulis ni dah dekat seminggu aku fikir, nak tulis atau tidak. Sebab aku tak tahu perlu ke aku tulis? Tapi benda ni macam mengganggu sangat pemikiran dan emosi aku.
Korang pernah tak ada “perkara yang belum selesai dalam hidup”? Kisah silam yang korang dah lama tinggalkan, dan perkara tu bermain-main dalam fikiran? Kisah hidup aku “stuck” pada kenangan 15 tahun yang lalu.
Sebelum ni ada terfikir, tapi aku tak ambil serius pun, macam angin lalu je aku biarkan perasaan tu pergi. Lagipun sibuk urus kerja dan kerenah anak-anak, mana sempat nak mengelamun jauh-jauh.
Sehinggalah minggu lepas aku berjaya tonton drama Korea yang tengah viral sekarang ni, My Lovely Runner. Drama tu betul-betul bawa aku kembali ke zaman belajar dulu.”ni macam kisah aku dan dia ni!”.
Aku menangis gila-gila tengok cite tu.. sebab kisahnya lebih kurang kisah aku 15 tahun lalu. Masa tu aku fikir, kalau boleh balik semula ke masa silam, aku nak betulkan beberapa kesilapan yang aku tak patut buat masa tu!
Tapi itulah kan, sebagai orang Islam kita ada pegangan, percaya pada Qada’ & Qadar Allah. Apa saja yang Allah dah tetapkan untuk kita, itulah yang terbaik. Takde istilah kau nak balik ke masa silam dan betulkan taqdir hidup kau macam dalam drama tu, haha.
Cuma, luahan ini aku tulis atas sebab aku nak tenangkan hati aku dan aku berharap si dia membaca dan tahu aku tulis ini untuk dia. Sebagai tanda MINTA MAAF dari hati aku yang paling dalam. Sebab selama 15 tahun ni, dia tak pernah tahu sebab aku bertindak kejam macam tu.
Kisah ni berlaku tahun 2008- zaman aku dan dia belajar di sebuah universiti. Aku namakan dia Id.
Aku ingat lagi, masa minggu orentasi kami dibawa melawat Fakulti, beratur la dalam group lelaki dan perempuan. Aku pakai baju kurung sutera pink, tapi walau pakai lawa-lawa gitu hati aku agak sedih. Aku dapat masuk universiti yang aku tak minat, dapat pula course yang aku tak minat.
Masa dalam lawatan tu muka aku masam mencuka sebab takde mood, tapi mata aku terpandang sorang mamat ni. Dalam kumpulan budak lelaki tu, dia paling tinggi dan paling hensem, pakai baju oren terang pulak tu.
Sekali dua jelah aku pandang dia sebab paling menonjol kat situ kan. Semasa sesi pembahagian kelas, aku terkejut bila dapat sekelas dengan dia.
Dan nak dijadikan cerita first assignment aku di universiti itu, aku dapat 1 group dengan dia. Bukan aku tergedik-gedik nak menempel dengan dia, tapi taqdir yang mendekatkan kami.. cheewah!
Dan disebabkan kekacakan Id ni, sekejap je dia glamor kat fakulti. Menjadi kegilaan student-student perempuan lain. Aku pulak jenis, tak suka sesuatu yang disukai ramai orang. Entahlah, aku rimas.
Contoh semua orang ikut trend pakai baju style gitu gini, aku akan pilih design lain. Aku tak suka benda yang semua orang suka.
Kiranya kalau berebutkan sesuatu, aku akan beralah..”haa..amiklah!” aku suka beralah dari berebut sesuatu. Sebab ramai sukakan Id, aku takde termasuk dalam golongan tu.
Tapi ada satu hari tu, kawan sekelas aku bagitahu, Dia kata masa geng-geng perempuan masuk kelas, dia perhatikan budak hensem tu pandang siapa. “Dia pandang kau Pelangi!”, kata kawan aku sambil ketawa terkekek-kekek. Masa tu aku tak rasa apa-apa pun.
Dipendekkan cerita, hubungan aku dan Id ni makin hari makin rapat. Aku pun tak sedar macam mana kami boleh jadi rapat gile. Kami jadi kawan baik.
Dimana ada Id, disitu ada aku. Sampai ramai student dan junior2 ingat aku dan Id couple. Kami tak pernah declare hubungan kami. Cuma aku dan Id tahu kami saling memerlukan.
Bila aku sedih, ada masalah dia orang pertama yang ada untuk aku. Setiap malam berbual di sms, semua masalah aku cerita dekat dia. Id pun sama, selalu aku jadi penasihat dia untuk setiap perkara.
Id ni pulak jenis soft spoken, hati lembut, tak reti nak cakap kasar-kasar. sebab tu lagi ramai pompuan suka kat dia. tapi diaorang pun tak berani lebih-lebih sebab aku selalu je ada dengan Id.
Hubungan kami makin rapat waktu part 4. Masa harijadi aku, malam tu ada kelas ganti. Lepas lecturer keluar, kelas tiba-tiba gelap..
Aku ingat blackout, dan tetiba Id muncul bawa masuk kek dengan lilin sambil kawan-kawan nyanyikan lagu birthday. Terharu gile aku masa tu. Id bagi hadiah botol kaca ada isi bintang-bintang warna pink.
Masa dekat asrama, classmate aku cerita, sebenarnya budak-budak lelaki semua dah standby tepung dan telur nak baling dekat aku, tapi Id tak bagi. Kawan aku cakap dia caring betul dekat aku, lindungi aku sebab beria halang budak-budak laki tu nak kenakan aku. Terharu la jugak masa tu.
Setiap hujung minggu ada je aktiviti aku dan Id. Kadang aku lapar, ajak dia makan laju je dia datang dengan kereta dia.
Aku saje nak uji, dia sanggup ke teman aku pagi-pagi cari sarapan sebab kalau hari minggu biasa dia bangun lambat, malas sarapan. Tapi dia sanggup bangun dan teman aku cari sarapan. Aku ajak dia pergi kenduri kawin sepupu aku, dia ikut juga teman aku.
Kami pernah keluar tengok wayang sekali masa cuti semester. Masa tu aku macam segan gila, sebab aku tak pernah keluar berdua dengan lelaki.
Aku jenis tak melayan mana-mana lelaki nak berkenalan dengan aku. Bila ada yang mengorat aku cakap aku dah ada pakwe. Padahal takde pun. aku ketika itu cuma ada Id- teman tapi mesra aku! Mungkin sebab Id selalu je ada kat sisi aku, buatkan aku rasa dah cukup!
Aku pun dah beberapa kali ke rumah Id. Semua tentang aku dia tahu, semua tentang dia aku tahu. Id pernah datang sekali ke rumah aku masa jamuan raya. bila id marah, sedih, emosi semua aku tahu.
Kemuncaknya, masa part 6 (tahun akhir), hubungan aku dan Id makin jadi pelik! Pelik sebab perasaan tu lebih dari seorang sahabat. Aku tak tahu aku je yang rasa atau Id pun macam tu. Layanan Id pada aku makin luarbiasa. Sampai aku rasa berdebar-debar setiap kali dekat dengan dia.
Dia jadi sangat manja dengan aku, sampaikan masa tu aku panggil dia dengan gelaran “kookoo”. Gelaran manja untuk dia.
Kawan aku kata kawan baik apa korang ni sampai bermanja-manja gini? Id nak minum air kotak, aku cucukkan straw kasi dia. Masa tu kami dah terlebih selesa antara satu sama lain,tapi tak pernah sekalipun bahas tentang perasaan atau Cinta.
Setiap kali harijadi aku Id tak pernah lupa bagi hadiah, Kalau dia bercuti kemana-mana dengan family dia, (dalam atau luar negara) mesti dia belikan aku hadiah. Tudung, beg duit, shawl. Dia selalu buat aku rasa sangat istimewa.
Ada banyak lagi kejadian-kejadian lain yang buat aku terkesima dan selalu tertanya-tanya, dia cintakan aku ke? Atau semua tindakan-tindakan dia tu hanya sebagai sahabat je?
Sehinggalah waktu malam sebelum konvo, Id sms aku..”Saya sayaaaang awak sangat-sangat! Nite!”. Masa tu aku terkejut gile, panas telinga aku!
Aku reply dekat dia, “saya pun sayang awak!”. Luahan dia buat hati aku tak tenang. Dia sayang aku sebagai sahabat atau lebih dari tu? dada aku berdebar-debar masa tu.
Tapi perasaan tu buat aku makin takut. Sebab tu aku pernah baca, lelaki & perempuan tak boleh berkawan baik.. jadi macam kes aku ni.. Huhu.
Sebelum tidur aku pesan dekat Id, esok pagi kalau sempat belikan gula-gula kegemaran aku sebab aku nak hilangkan bosan dalam dewan konvo nanti. Tapi kalau tak sempat takpe, sebab tak penting pun.
Pagi tu, masa tengah beratur panjang dalam barisan nak masuk ke dewan konvo, aku dengar suara kecoh-kecoh budak lelaki phewit.. phewitt. Rupanya si Id ni tengah mencari-cari aku di sepanjang barisan.
Dia berjalan melepasi aku sebab tak perasan.. aku panggil dia. Id! dia berpaling dan tersenyum berjalan kat aku sambil pegang plastik penuh berisi gula-gula kesukaan aku. Selambak dia belikan.. haha..
Masa tu perasaan aku berbaurbaur bangga dan terharu..dia bersungguh tunaikan permintaan kecil aku, sanggup cari aku dalam barisan panjang gila tu dan berlari semula ke depan. banyak lagi kenangan-kenangan manis masa part 6 tu yang aku takkan lupakan.
Ujiannya bermula lepas tamat belajar. Id sambung degree, tapi aku tak sambung sebab aku kan tak minat course tu. Hari-hari kami berbual melalui sms. Dia mengadu dia takde semangat nak belajar, sedih apa semua..
Aku pujuk dia supaya kuat dan bertahan tanpa aku. Dia hantar lagu Dafi kat aku, bila terasa rindu. Sampai sekarang dengar lagu je mesti teringat kat dia.huhu..
Satu tahap tu Id kata dia macam nak berhenti belajar sebab takde semangat. Aku sedih sangat masa tu. Sebab selama ni aku ada je dengan dia. Waktu dia sedih, waktu dia down apa semua, aku disisi dia. Akhirnya, masa sesi intake kedua, aku mendaftar untuk sambung belajar.
Walau aku tak minat, aku sambung belajar sebab nak teman Id. Lagipun masa tu aku tak tahu apa nak buat dengan hidup aku. nak kerja pun takde lagi, so sambunglah belajar. (perkara yang aku menyesal buat.. haha)
Id happy aku sambung degree, tapi kami tak sekelas sebab aku kan 2nd intake. Aku sekelas dengan muka-muka baru. Id pun sama.. dia ada geng baru. Dan adalah 2-3 perempuan yang selalu ada dalam kumpulan dia.
Hubungan aku dan Id mula jadi renggang. Masing-masing sibuk dengan tugasan kuliah, masa pula tak sama. Jarang jumpa, Cuma sms je.
Masa tu pula aku jadi sangat sensitif sebab Id dah tak banyak masa untuk aku. bila bertembung dekat cafe, aku nampak dia dengan kawan-kawan perempuan lain aku akan buat-buat tak kenal kat dia.
Kadang dia pun tak tahu kenapa aku marah-marah atau emosi tak tentu pasal. Rupanya sakit bila kita “jatuh cinta” ni kan. Masa tu juga ada sorang lelaki ni, Hakim sibuk hulurkan salam perkenalan.
Awalnya aku jual mahal, tapi sebab aku sakit hati dengan Id, aku terima perkenalan Hakim. Lagipun Id tak pernah luahkan perasaan cinta kat aku, mana aku tahu dia cintakan aku ke tak. Mungkin tindakan-tindakan dia selama ni hanya sayang sebagai sahabat je.
Sampailah satu hari tu, aku dengar-dengar gosip Id rapat dengan seorang gadis ni. Masa tu aku rasa sedih, cemburu. Aku pun tak tahu kenapa.. aku nak tamatkan semua “rasa sakit” yang ada kat dalam jiwa.
Malam tu aku tulis surat pada Id, aku cakap nak putuskan hubungan dengan dia! bawa haluan masing-masing gitu. (aku pun lupa apa lagi isi surat tu..)
Kebetulan malam tu ada perjumpaan di dewan besar fakulti, sebab apa pun aku tak ingat. Tapi aku dapat tahu Id menangis malam tu lepas baca surat aku.
Dalam dewan tu dia duduk depan, aku duduk paling belakang. Aku nampak Id menangis.. kawan aku pun marah aku.. kenapa buat Id menangis bagai?
Aku terkedu masa tu. Aku tak sangka dia akan menangis. Aku fikir dia dah tak sayang dan tak perlukan aku. Aku pun dah tak sanggup nak memendam rasa, nak berfikir-fikir, dia cinta aku ke tak? Lebih baik aku pergi je.
Id tanya aku apa salah dia sampai aku minta putus? Aku tak jawab soalan tu. Tak lama lepas tu aku berhenti belajar.
Mak ayah aku izinkan sebab tahu aku tak minat pun dengan jurusan tu. Aku bentang plan aku pada mak ayah apa yang aku nak buat lepas berhenti belajar, so mereka ok dan percaya kat aku.
Masa tu aku mula buka hati dan terima Hakim dalam hidup aku. Aku belajar buka hati untuk terima lelaki lain setelah sekian lama nama Id dalam hati aku. Aku belajar move on dan lupakan Id.
Baru aku sedar selama ini aku betul-betul setia dengan Id, ramai je lelaki yang datang, semua aku tolak.
2 tahun kemudian aku bertunang dengan Hakim, namun sekali lagi takdir menguji, hubungan kami terputus kerana beberapa masalah. Ayah hakim meninggal dan dia perlu buat banyak perubahan drastik dalam hidup dia.
Sifir hidup aku senang je, kalau memang takde jodoh..kau usahalah macam nak mati pun..tetap takkan bersatu. Sama juga macam kisah aku dengan Id, rapat macam manapun kalau dia bukan jodoh kau, akan ada yang menjauhkan iaitu TAQDIR.
Selagi berpegang dengan prinsip ni, aku OK dan tak sedih lama-lama. Sampai akhirnya aku bertemu jodoh sebenar aku di tempat kerja. Hehe.
Sampai sekarang dialah soulmate dan teman terbaik dalam hidup aku. Sebab tu kita kena yakin & percaya, percaturan dan perancangan Allah adalah yang terbaik, jangan meragukannya.
Cuma kisah silam yang aku tulis ni, aku nak Id tahu yang dia takde salah apapun. Aku lah yang bersalah sebab buat dia menangis malam tu. Aku tahu dari kawan dia, dia kecewa dan terluka sangat dengan surat aku tu.
Aku nak Id tahu yang aku putuskan hubungan dengan dia sebab CINTA. Aku takut kehilangan dia, sebab tu aku memilih untuk pergi. Perghh.. macam judul lagu pulak kan! Aku taknak Id ingat aku sebagai sahabat yang kejam.
Sebelum aku tutup mata suatu hari nanti, aku nak minta maaf sebab buat dia menangis malam tu.
Aku juga nak berterima kasih pada Id, sebab pernah hadir dalam hidup aku, pernah ada saat susah senang aku, dan pernah memberikan banyak kenangan manis untuk aku kenang.
Disaat aku benci belajar course yang aku tak minat, Allah hadirkan Id untuk membuat hidup aku jadi sangat indah dan bermakna.
Pengajaran buat mereka yang ada dalam situasi macam aku (berkawan baik lelaki & perempuan), kalau salah seorang mula ada rasa cinta, better luahkan dan dapatkan jawapan pasti. Sakit berteka-teki ni.. cemburu dan makan hati sendirian.
Lebih baik dapat jawapan yang menyakitkan dari bertahan dan berlalu pergi tanpa mendapat jawapan seumur hidup.
Paling utama, yakin pada ketentuan Allah. Semua yang terjadi ada sebab dan hikmahNya. Pegang prinsip tu, kau takkan meroyan walau putus cinta berkali-kali pun. Hehehe..
Salam dari Pendakwah Cinta.
– PELANGI (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
kau bg nasihat utk org dapatkan kepastian kalau ade perasaan cinta atau tak drpd sahabat baik tu tpi kau sendiri pun tak confess/confront dekat dia yg kau cinta dia ?? lol
yee , sebab dia ada pengalaman dan rasa sakit tu sampai skrg dia pendam , jadi dia bagi nasihat utk adik2 supaya tak buat salah mcm dia buat dulu. pengalaman adalah process pembelajaran dlm hidup kita..
Kisah awak mengingatkan sya kpd kisah lama sya juga.. kerana terlalu ‘sayang kawan’, saya terpaksa ‘lepaskan’ juga, kerana tahu hubungan kami xkan kemana & dia spt sudah ada pengganti yg sering diceritakn kpd aku, ketika itu sakitnya sgt terasa dlm hati, mulut tersenyum, tp luka di hati terasa amat pedih.. apa2 pon, kmi masih tetap berkawan, tp dah x mesra mcm dlu.. dia pernah bertanya isihati aku yg sbenar, entah mngapa, aku cuma sebut, aku anggap dia sbg ‘kawan baik’, tp bila dia kwn dgn org ln, hati aku jd sakit sgt.. tinggal lah kenangan, walau pon x elok utk dikenang2, kdg2 ia ‘terlintas’ jua di hati n fikiran, dan saat itu air mata pon bergenang.. wallahu a’lam