Pergi Tak Kembali

Salam semua.

Terima kasih banyak kepada admin sebab publish confession ni. Aku Safiyyah umur 24 tahun tengah berusaha habiskan master di sebuah IPTA. Kenapa aku sebut pasal aku tengah sambung master? Sebab dulu aku langsung tak rela nak sambung sampai master. Aku hidup dengan kembar aku tapi hidup kitorang tak enjoy macam kembar lain sebab aku tak suka. Kembar aku, arwah Sofea.

Dalam hidup aku, adik-beradik aku hanya ditemani oleh abang sulung dan kitorang kembar. Dari aku kecil, aku perasan layanan yang aku terima dan Sofea terima berbeza. Aku dilayan so-so dan Sofea dilayan lebih. Jadi aku memang tak suka Sofea. Its normal lah kot ada jealousy sikit. So bila kitorang dah masuk sekolah rendah, bersekolah di sekolah yang sama, setiap minggu akan ada banyak isu. Yes isu gaduh kat sekolah sebab nak gaduh kat rumah tak ada geng. Sampailah mama risau dah pisahkan kitorang di sekolah yang berbeza. Kau tahu betapa seronoknya! Mama tarik aku masuk convent (sebab ingat aku boleh baik sikit dekat sekolah perempuan) dan Sofea request kat mama nak tukar sekolah pergi ABIM. Masa tu aku rasa dia poyo je.

Bila dah masuk sekolah menengah, Sofea dah jarang pergi sekolah. Asyik check in check out KPJ je. Aku buat tak kisah je masa tu. Kau tahu tak, dulu aku sampai tak nak pakai tudung sebab nanti orang samakan aku dengan Sofea. Kalau orang lain tengok pun tahu mama cakap dengan Sofea baik je lembut je, dengan aku semua kena buat sendiri. Situlah sebab aku sentap dan memberontak. Bila aku mengadu kat abang long, dia kata aku ni manja cepat jealous dengan kembar sendiri, sepatutnya aku kena enjoy ada kembar. Tak semua orang ada. Tapi aku nak enjoy macam mana kalau dah semua tak layan kitorang fair.

Tapi satu je, Sofea tak berhenti approach aku, nak berbaik-baik dengan aku. Dia selalu kata boleh tak kita jadi twin forever i mean twin yang siblings goal lah. Dia kata dia bukan dapat hidup lama pun. Dia selalu minta maaf sebab buat mama papa abang long tak layan aku sangat. Masa tu aku lembut hati sikit, sikit je. Aku tak pernah tanya dia sakit apa, jahat kan aku. Menyesal weh

Sampailah kitorang SPM, ada 2 paper Sofea jawab kat hospital. Aku watlek jap kat sekolah buat 45 minit berangan tidur apa semua ada. Habis je sebulan SPM, kesihatan Sofea makin teruk. First time aku rasa rajin nak follow up dia check up. Baru aku tahu jantung dia berlubang lepas tu tiba-tiba dia ada apendiks juga so kena operate. Masa tu hati aku terdetik macam sayu. Aku ingat lagi doktor cakap, Sofea dah menanggung lama sakit dia. Dia dah penat sangat sebenarnya. Masa tu baru 17 tahun weh doktor dah cakap macam tu. Aku rasa nak jerit je doktor bagilah effort lebih sikit!! Ok aku memang tak tahu apa2 sorry

Lepas dari tu, aku mulalah buka hati nak berbaik dengan Sofea. Gigih tau sebab aku malulah sebelum ni bukan main jahat aku layan dia. Btw, masa form 3 aku pernah lari rumah sebab aku terlalu bosan tak ada siapa nak layan aku kecuali bibik yang suka berkepit dengan vacuum bising kat rumah tu. Bila dah tak larat lari aku balik rumah. Balik apa lagi, pang!! Melekat kat pipi aku. Sedap masa tu kena sebab aku yang cari pasal. Kau ingat aku nangis? Tak adanya. Aku buat dek masuk dapur jeling semua orang sebab bagi aku semua jahat tak layan aku macam aku ni anak apa je.

Ok berbalik kepada tadi, so start umur 18 tahun lah aku dapat treat Sofea macam mana adik-beradik lain buat. Lepas tu pun aku jadi baik sikit dah pakai tudung yalah nak buat kembar aku happy. Sofea dapat masuk asasi then aku matrik je. Tapi final sem Sofea terkandas sebab dia memang tak mampu nak habiskan belajar dah. Muka dia lain sangat masa tu. Pucat, cengkung dan paling sedih rambut dia banyak gugur. Setiap kali tengok dia memang aku menangis. Patutlah mama selalu layan dia lebih. Lepas aku dapat masuk this IPTA untuk further degree, aku back and forth balik rumah setiap hari sebab aku tak nak duduk hostel. I wanna see my twin every single day. Sebab dia dah tenat, terlantar je kat katil bilik.

Ogos 2015, umur kitorang 23 tahun 6 bulan, Sofea menghembuskan nafas. Masa tu aku tidur dengan dia. Selalunya aku susah lelap, dia lelap dulu. Tapi malam tu, aku terasa mengantuk sangat nak lelap dulu. Tak sangka itu yang terakhir. Birthday celebrate ke 23 tahun lepas meriah sikit. Memang Sofea ada request nak set kelengkapan jenazah untuk birthday dia. Aku ikut je, tak apalah kalau dia nak sangat. Beli online je. Dia selalu cakap kat aku, Safiyyah versi Sofea yang sihat. Jadi Sofea nak sambung belajar sampai phd. Nak gembirakan mama papa abang long. Nak jadi anak solehah dunia akhirat. Bagi aku, itu wasiat. Aku cuba langsaikan mana-mana dulu.

Thats why setiap kali aku letih belajar, aku kena serap semangat Sofea. Bila ingat balik semua yang terjadi, aku rasa tersangat menyesal. Kalau boleh putar, aku nak jaga Sofea, aku nak dengar cakap mama papa abang long. Aku nak.. The feeling when your partner pergi selamanya dan tak akan kembali, lain, sunyi, sepi. Aku sayang kau Sofea.

– Fiya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit