Assalamualaikum and sejahtera kpd non-muslim. Thank’s admin approve confession ni.
Baru2 ni banyak orang yg buat confession pasal masalah psikologi yg mereka alami. Lepas satu, satu masalah yang mereka kongsikan kepada kita yang normal ni. Alhamdulillah. Terima kasih sbb korang sudi keluar dari shell korang and bagi kami yg normal ni aware dengan apa yg kami tak sedar wujud dan berlaku dalam masyarakat kita. If not, duduklah kami dlm tempurung masing2 dan jadi ignorant. So, terima kasih byk2.
Perkongsian ni penting sebab rakyat Malaysia masih ramai yg x aware tentang penyakit psikologi. Bila ada masalah sikit hantar ustaz. Bukan nak kata ustaz tak elok. (aku sebenarnya ada jugak kisah mistik dgn alam ghaib tp itu nanti cerita la. Sekarang fokus dgn masalah psikologi). Setiap penyakit ada ubat. Bukan aku kata, Allah kata. So.. Penyakit ni ada 3 kategori. Kategori fizikal, kategori emosi & mental, last skali kategori spiritual. Setiap penyakit ada doktornya. Jadi, kalau org tu sakit emosi & mental, ubat2 dari doktor fizikal dan spiritual tak dpt la mengubat.. Membantu sikit2 tu ya.. Tp x sepenuhnya. Sebab semua ni berkait. Betul tak? Jadi ubatnya pastilah pada doktor emosi & mental.
To confessors, tahniah sebab korang buka minda korang untuk bertanyakan pendapat dan nasihat. That is the first step untuk korang ubat diri, berubah jadi manusia yang lebih baik. Semua manusia ada ujian masing2. Kami manusia yg x sakit mcm korang, ada ujian lain pula. Allah Maha Adil, apa yang kita ada takde pada org lain, apa yg takde pada kita, ada pada org lain. Adil.
So.. Saya kat sini cuma nak korang tau that it is okay yg korang ada penyakit tu. Penyakit yg tak kelihatan di fizikal. Tapi ia wujud. Korang please jangan rasa rendah diri. Jangan rasa korang x sempurna. Well.. Kita semua tidak sempurna. Kita semua ada saja yg x kena. Manusia sempurna hanya pada rasulullah. Kita ni biasa2, tapi ujian kita Allah bagi ikut pada kemampuan kita. So confessors, korang jangan bunuh diri, jangan putus harapan, percaya satu je. Ujian yg Allah bagi ni korang pasti boleh lalui. Sebab Allah syg korang, Allah tahu korang pasti boleh lalui ujian ni.
Bak kata guru saya, setiap kita ni pelajar. Belajar dalam dunia untuk bawa bekal ke akhirat. Kita semua lahir2 dah full mark. Tapi, sepanjang kita berjalan menuju ke akhir nyawa tu, markah kita ada berkurang, ada bertambah. Bergantung kepada prestasi kita disetiap ujian. Itu hidup. Hidup ni mmg sakit. Kalau tak rasa sakit, itu bukan hidup. Itu dah mati namanya. Hehe.
Ok. Berbalik kepada tujuan utama saya menulis ni. Saya cuma nak ajak confessors2 yg kata ada masalah psikologi tu pergilah berubat. Benda ni jangan dibiar melarat. Jangan self-diagnose. Jangan pandai2 dengar nasihat doktor psikologi self-learn yg x bertauliah. Please. If korang ada depression, borderline, anxiety, ocd, germophobia, bipolar, skizophernia, multiple personalities etc… Tolong jangan ubat diri sendiri tanpa pemantauan doktor bertauliah. And kepada kawan2 serta keluarga pesakit.. JANGAN PULAUKAN MEREKA NI.
Saya banyak dengar bila mereka ni beritahu keluarga ke kawan2 ke, dorang buat tak layan je. Pastu cakap benda2 yg x membantu. Bila x menjadi nasihatnya, kata org tu degil taknak berubah then diabaikannya org tu. Give up. Sorry to say, banyak family and friends yang memilih utk jadi ignorant sebab mereka in denial. Mereka x dpt terima yg org yg mereka kasihi ada masalah ni. Mereka tak mahu hantar anak ke kawan mereka ni untuk dapatkan rawatan psikiatrik. Stigma masyarakat malaysia, asal jumpa doctor psikiatrik je gila. Asal gila je jumpa doktor psikiatrik. Salah!
Doktor psikiatrik ni la doktor untuk penyakit emosi & mental. Untuk penyakit2 yg confessor2 ceritakan yg mereka alami. Mereka tak gila. Mereka masih ada kewarasan cuma ada penyakit dalam otak yg membuatkan mereka ada masa tak dapat berfungsi dengan normal. Sebab chemical or hormonal imbalance. Mereka ni masih belum kategori gila. Mereka masih dapat dirawat. Kalau awak2 (family n friends) x bantu mereka, x support mereka pergi dptkan rawatan, barulah jadi gila org tu. Thank’s to you. Hehe. Sorry. Sinis sikit bunyinya.
Saya ada banyak info dan kesedaran tentang isu ni sebab parents saya kedua2nya kaunselor. Saya membesar dengan buku2 ilmiah, psikologi, dengar cerita dan luahan parents saya tentang client2 mereka, dan kawan2 rapat saya sendiri pun ada yang mengalami penyakit2 ni. Alhamdulillah bestfriend saya yang pernah di diagnosed depression and anxiety disorder sekarang dah normal. Sihat. Jadi deans list student. Dan sekarang ada company sendiri.
See? Kalau sakit.. Pergilah berubat. Lantak pergi orang sekeliling nak kata apa. Jadilah mcm bestfriend saya tu. Dulu masa dia sakit, saya sedih tgk dia. Selalu x dtg class. Bila call saya kata dia nk bunuh diri. Dia takut nak pergi keluar rumah. Kena panic attack. Anxiety attack. Tapi, saya tak pernah marahkan dia, pulaukan dia. Saya support dia pergi jumpa doctor. Saya make sure setiap kali dia ckp dia nk bunuh diri saya cepat2 bagitahu parent dia supaya mereka aware dgn condition anak mereka. Saya call dan bagitau yg saya sayang dia sbg kawan dunia akhirat dan saya suruh dia percaya pada diri dia yg dia boleh sembuh. Allah x uji dia suka2. Allah nak bagi dia pahala.
Bila dia pergi jumpa psikiatrik, saya puji dia. Saya ambil kisah apa perasaan dia bila jumpa doktor. Apa dia rasa bila makan ubat. Sbb ubat ni memang ada side effects tp doktor tahu dan dia akan terangkan. Bila nk berhenti ambil ubat pun tak boleh mendadak, tapi dengan kurangkan dosage. Saya perhatikan kawan saya. Saya bersyukur yg dia sekarang dah normal. Dah sihat. Alhamdulillah.
Jadi confessors sekalian, pergilah berubat. Masa depan korang boleh jadi cerah jika korang tak putus asa untuk menghadapi ujian ni. Pergi jumpa doktor. Dengar cakap doktor. Saya doakan korang dpt doktor yg baik mcm doktor kwn saya, dan semoga korang semua sembuh.
Share lah cerita saya ni kalau bermanfaat. Dah tiba masanya masyarakat diberi kesedaran tentang penyakit psikologi. Penyakit psikologi tak pulih kalau jumpa ustaz. Tapi ustaz insyaAllah boleh tolong tunjuk ajar kepada korang untuk kuatkan rasa kasih syg dan cinta kepada Allah. Memang segalanya berbalik kepada Allah. Ustaz boleh ajar untuk mantapkan akidah, kuatkan iman. Dengan kuatnya spiritual korang, insyaAllah korang takkan sanggup nk bunuh diri. Lukakan diri. Tp.. Yg masalah dlm otak tu, doktor emosi&mental saja tau ubatnya. InsyaAllah.
Ok.. Sekian, terima kasih.
Cik Loner. :)
– Cik Loner
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit