Assalamualaikum. Saya orang sabahan. So, saya akan menulis confession saya berbentuk Sabahan Lang. Kisah ini terjadi tahun 2008. Ketika itu saya baru darjah 5. Saya ada sepupu kembar yang memang sangat rapat dengan saya. Saya nama kan sepupu saya Mina dan Mira (bukan nama sebenar).
Banyak kenangan juga terpatri antara saya dan sepupu kembar saya itu antaranya kena bubut anjing, beraya sampai hitam legam belakang leher, beraya terketuk rumah cina dan cina tu pun blur, banyak betul kenangan manis sampai sekarang saya tidak akan pernah lupa.
Ok kita berbalik kepada tajuk. Ketika itu hari perayaan Tahun Baru Cina around the corner. Jadi bapa saya pun bawa lah kami bercuti di salah satu daerah yang ada di Sabah iaitu “Telupid”. Perjalanan dari daerah saya ke “Telupid” mengambil masa 2 jam.
Seusai sampai “Telupid” kami sekeluarga pun berehat sekejap. Rehat2 kan badan. Rumah yang kami lawat di daerah”Telupid” ni makcik saya kakak kepada bapa saya. Yang kami gelar makcik Jijah. Makcik Jijah cakap Mina dan Mira pergi menjual sebab masa tu makcik jijah nda berapa sihat.
Kewajipan kami kalau di “Telupid” ni kami akan pergi mandi-manda di sungai yang ada berdekatan di situ yang di gelar “Sungai Logi” kalau nda silap lah.
Sebelum kami berangkat pulanglah kakak kepada Mira dan Mina iaitu saya gelar Kak Yana. Time tu adik bongsu saya masih berumur 2 tahun. Jadi bapa saya cakap lah dengan Kak Yana suruh jaga adik saya. Tapi Kak Yana cakap dia mau ikut dan bapa saya pun ok seja. Kami pun baru mau bergerak menuju ke sungai tersebut. Belum lagi kami keluar simpang.
Kelihatan Mira dan Mina berlari tergesa2 dan menahan kereta kami diorang pun cakap kpada bapa mama saya “Pakcik Makcik kami mau ikut” bergegas lah diorang masuk rumah ambik pakaian dan barang kelengkapan mandian untuk mandi-manda sungai. Sampai sekarang aku masih tertanya2 mcm mana si kembar ini boleh tau yang kami sudah sampai “Telupid” dan mau menuju mandi di sungai.
Sampailah sudah kami di Sungai Logi tu. Sungai tu besar, bersih, jernih dan deras. Time tu happy saja saya dgn Kak Yana, Mira dan Mina. Banyak permainan kami main sepanjang mandi-manda tu.
Tiba2 ada jeritan “Pakcik Makcik tolong” itu pun hanya berulang 2 atau 3 kali saja.
Ketika itu kegembiraan bertukar menjadi suasana cemas. Apabila Kak yana, Mina dan Mira hanyut di bawa arus yang deras. Kejadian itu berlaku dengan sekelip mata. Bapa saya terus berenang untuk menyelamatkan Kak Yana, Mina dan Mira. Mama saya pula berkaki ayam berlari ke simpang jalan meminta bantuan kepada mana2 orang yang lalu. Saya, abang saya dan adik lelaki saya dua orang yg masih kecil2 lagi hanya mampu berdiri dan berteriak sekuat hati meminta tolong.
Bapa saya tidak dapat kejar mereka bertiga. Bapa saya nampak ada perahu tetapi perahu itu di kunci. Orang ramai mula datang ke sungai itu untuk sama2 membantu mencari Kak Yana, Mira dan Mina.
Saya menyaksikan ayah kepada tiga beradik itu berwajah cemas tetapi Makcik Jijah masih menyimpan wajah tenang nya. Makcik Jijah menyuruh bapa saya menghantar kami pulang kerumah.
Di dalam perjalanan bapa saya tidak lari dari mulutnya menyalahkan diri nya atas semua yg terjadi. Makcik Jijah seorang yg kuat. Sedikit pun tidak terkeluar dr bibir nya untuk menyalahkan bapa saya. Dia masih tenang menanti jawapan yang pasti.
Semuanya di temani air mata. Kerisauan dan pengharapan agar Kak Yana, Mina dan Mira kembali dalam keadaan selamat.
Ketika dalam perjalanan pulang kami hampir excident sebab bapa saya bgtu sedih dan tidak dapat fokus memandu. Sampai2 dia langsung tidak melihat jalan ketika memandu tapi meletakkan kepala nya di stereng kereta. Makcik Jijah yg menenangkan bapa saya. Sungguh kuatnya hati seorang ibu.
Saya ketika itu hanya mampu berdiam menangis dan berdoa agar semua ini hanya mimpi.
Keesokkan hari nya. Ramai sanak-saudara berkumpul di rumah Makcik Jijah. Semua berharap agar mereka selamat di temui.
Malangnya, jam sudah mau tengahari. Datanglah van ambulans membawa Kak Yana yg sudah tidak bernyawa lagi. Tangisan demi tangisan di dengari. Makcik Jijah? Dia masih berwajah tenang dan berharap si kembar itu selamat.
Seterusnya, datanglah lagi van ambulans menghantar Mina. Mina sepupu saya yg kini sudah tiada di dunia. Terasa mimpi. Terasa betul2 seperti mimpi. Kerana kemarin kami bersama bermain riang-ria. Kini Mina sudah tiada.
Kami sekeluarga sanak-saudara masih berharap. Mira satu2 nya yg terselamat. Van ambulans pun datang. Datang membawa Mira. Namun Mira pun sudah tiada. Ketika itu maka meraung lah Makcik Jijah yg menyimpan rasa menyimpan wajah yg tenang sejak semalam. Makcik Jijah tidak mampu lagi menahan air mata nya. Dia meredhakan kedua nya dgn berharap sekurang2 nya satu pun sudah cukup. Tapi Allah lebih sayang kepada tiga beradik itu.
Hujan pun turun membasahi bumi. Seperti air mata yg membasahi pipi.
Bapa saya masih menyalahkan diri nya. Menangis tak henti. Minta maaf beribu minta keampunan kepada Pakcik Bakar dan Makcik Jijah. Tetapi bgtu lah mereka. Langsung tidak menyalahkan sesiapa pun atas apa yg terjadi. Semua yg terjadi adalah ketentuanNya pesan Pakcik Bakar dan Makcik Jijah.
Saya tidak begitu rapat dgn Kak Yana kerana bgtu lah jarak umur. Tetapi saya teramat rapat dengan si kembar itu Mina dan Mira. Saya sebagai saksi kejadian itu masih segar kejadian itu di fikiran saya.
Sepupu saya yg saya rapat bermain bersama. Beraya bersama. Sudah tiada lagi. Allah meminjamkan mereka untuk saya dan keluarga dalam waktu sekejap saja. Mereka pergi ketika Kak Yana 21 tahun dan si kembar berumur 13 tahun. Namun Kenangan bersama mereka masih saya ingat sampai bila2.
– GaShiNa Sabahan
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit