Perginya Si Dia

Assalamualaikum, aku Z. Berumur 25 tahun dan masih belajar part time degree kat IPTA. Aku nak luahkan sesuatu yang terbuku dalam hati.

Aku dulu pernah teman tapi mesra dengan seorang lelaki bernama I. Kami kenal masa diploma di kolej kat Hulu Selangor.

Kolej tu memang terkenal dengan orang-orang yang hafal Quran. Rasanya ramai tahu kot kolej tu, tak perlu aku mention kat sini. Kami berdua satu kos dan kebetulan selalu tersama group assignment.

Sejak tu bibit-bibit suka terjadi antara kami. Kami start ada hubungan istimewa lepas habis diploma.

I luahkan perasaan kat aku dan pernah berjanji nak kahwin dengan aku. Dia juga pernah tanya Uni mana aku nak sambung masa degree nanti sebab dia nak bersama aku belajar situ.

Katanya dia takut tersuka orang lain kalau kami berpisah Uni. Bila difikirkan balik, kenapalah aku tak perasan bahawa itu salah satu ‘red flag’ dia. Biasalah orang kata cinta tu buta.

Tapi aku kata kat dia, kalau memang niat dia betul nak halalkan aku kerana Allah, insyaAllah perkara berubah hati tu takkan terjadi.

Jadi, kami teruskan hubungan macam biasa sehinggalah satu hari, I mesej dia kata dia dah tersuka perempuan lain, iaitu kawan ajk Masjid dengan dia.

Berpinar mata dan bagaikan disambar petir, apa yang aku fikirkan selama ni benar terjadi. Aku mengambil keputusan untuk putus dengan dia dan dia okay saja.

Sejak tu, aku nampak dia semakin mesra dengan perempuan tu, tapi kifarah itu benar.

Perempuan tu akhirnya berkahwin dengan lelaki lain dan I kecewa sangat. Aku pun mesej dia dan bagitahu bahawa itu balasan dia atas perbuatan dia dahulu.

Sejak tu, I dan aku berkawan saja, dan dia seolah-olah ingin mendapatkan aku balik tapi aku buat tak tahu sebab takut dicurangi lagi dengan perempuan lain.

Beberapa bulan kemudian, aku stalk I dan dia dah ada teman wanita baru, siap panggil baby sayang lagi kerana aku stalk twitter perempuan tu juga sebabtu aku boleh tahu.

Aku yang baca rasa nak termuntah serta jijik dan tak sangka I yang ada latarbelakang hafal Quran berperangai seperti itu. Dia juga banyan kali keluar berdua-duaan dating dengan perempuan tu.

Alhamdulillah Allah selamatkan aku daripada dia cuma rasa tu masih terkilan dan amat-amat kecewa dengan sikap dia yang dahulunya pernah menjadi ketua syukbah (kos) dakwah dan ajk Masjid serta menghafal Quran.

Untuk I, moga kau tidak terlanjur lebih jauh dalam kemaksiatan sebelum perkahwinan. Ingatlah, ayat Quran yang kau hafal tu, Surah al-Isra’ yang menyuruh agar menjauhi zina.

Moga kau sentiasa dalam pemeliharaan Allah selalu.

– Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *