Perhatian Ibubapa

Assalamualaikum dan hai. Aku rasa terpanggil untuk ceritakan kisah aku selepas membaca kisah ‘Baru tingkatan 5 dah stress’ (https://iiumc.com/baru-tingkatan-5-dah-stress/). Sebelum apa-apa, aku minta maaf kalau panjang.

Aku merupakan anak sulung yang berusia 18 tahun juga menghadapi masalah yang sama.

Sejak kecil, aku sering terasa hati dengan parents aku yang nampak sangat lebihkan adik aku. Setiap apa yang dorang nak buat, mesti dorang akan fikirkan adik aku dulu.

Sejak kecil, aku sering cuba dapatkan attention dorang. Macam-macam cara aku buat tapi.. Aku tak rasa pun aku berjaya. Hahaha.

Sejak kecil, aku selalu skor dengan cemerlang dalam kelas. Harapan aku semoga parents aku ‘nampak’ aku. Tapi hampeh. Aku macam tropphy daughter je kat mereka. Dorang seronok ceritakan soal pencapaian aku pada family dan kawan-kawan dorang. Tapi perkataan ‘tahniah’ tu tak pernah dorang ucap pada aku. Sedangkan adik aku.. Keputusan sangat teruk sejak kecil. Memang kami berbeza macam langit dan bumi. Kalau markah aku drop sikit, berhari-hari kena bebel. Kalau adik aku, tak pergi trial SPM pun dorang tak marah. Aku sebenarnya tak suka langsung belajar tapi atas sebab attention, aku belajar juga. Last-last aku sendiri yang stress kena pressure dengan family aku.

Soal benda pula, apa yang adik aku nak senang je dia dapat. Apa yang aku nak pula makan bulan dan kadang bertahun untuk mereka bagi. Ada je alasan mereka. Dan alasan paling utama selalunya sebab tak ada duit. Sebab apa tak ada duit? Parents aku MEROKOK dan asyik ikutkan kemahuan adik aku yang nak macam-macam.

Setiap kali aku sakit, parents aku tak pernah kisah nak bawa aku ke klinik. Katanya kalau ke klinik kerajaan, lama sangat. Kalau ke klinik swasta, mahal. Padahal adik aku.. Baru demam sikit dah gelabah bawa ke klinik swasta.

Untuk pengetahuan korang juga, aku ada penyakit. Penyakit apa? Aku tak nak mention just dia sejenis penyakit tulang yang jarang dijumpai. Aku selalu fakekan sakit aku demi dapatkan attention parents aku. Sebenarnya tak sakit pun tapi disebabkan aku nak attention parents aku, aku selalu berlakon sakit. Tapi hampeh. Tak dapat juga. Aku yang lagi teruk kena adalah. Siap kena bedah lagi sebab kononnya sakit. Ingatkan dorang akan layan aku special sikit lah, tapi.. Dekat hospital je mereka layan aku baik. Dekat rumah mereka kembali layan aku macam biasa. Hahaha tak pasal-pasal mendapat aku.

Kalau bab bermuka dua ni.. Serahkan pada aku. Depan family aku muka punyalah baik nak mati, gembira macam tak pernah ada masalah padahal belakang family aku.. Akulah yang paling teruk murung. Hari-hari menangis. Selalu salahkan orang. Sebab tu lah family aku selalu anggap aku ni kuat. Hahaha. Sebab dorang tak pernah nampak aku menangis.

Aku pun pernah fikir aku ni anak haram walaupun berbintikan nama ayah aku. Sebab apa? Aku pernah tengok sijil nikah mereka. Parents aku nikah akhir bulan 5 dan aku lahir, pertengahan bulan 10 pada tahun yang sama. Aku pernah fikir mungkin rezeki bunting pelamin tapi aku salah. Aku tanya ibu aku berapa lama dia mengandungkan aku.. Dia kata 8 bulan. Celah mana datang 8 bulan dia tu?

Trip dengan parents? Kau bayangkan dah 18 tahun aku hidup, barulah aku dapat pergi trip dengan parents aku. Itu pun bukannya trip sangat sebab macam biasa attention dorang pada adik aku. Aku ni halimunan kan..

Aku ni ada masalah keyakinan diri juga. Mungkin puncanya dari orang sekeliling. Sejak aku disahkan sakit, family aku layan aku ni macam nak mati. Semua tak boleh. Semua kena ikut cakap dorang. Ada juga yang kata aku ni OKU padahal tak pun. Aku dijauhi kawan-kawan buatkan aku hilang keyakinan diri. Sampai ke sekolah menengah aku bawa perangai ni. Aku kurang keyakinan diri sebab sakit dan rupa paras aku. Sampaikan kalau duduk dalam lab pun, aku seorang je satu meja. Duduk paling belakang sebab tak ada orang nak semeja dengan aku. Tak pasal-pasal aku dapat gelaran misteri dan pelik. Huhuhu.

Baru-baru ni… Aku nak masuk kolej semata-mata nak lari. Dah tak sanggup dah aku nak dapatkan attention parents aku. Tak sanggup nak tengok ketidakadilan parents aku. Tapi bukan setakat parents aku, family aku pun bantah. Alasan dorang, aku sakit padahal akulah babu dalam rumah tu. Mengemas rumah, jaga adik-adik kerja aku. Lepas tu nak cop aku ni pemalas. Buta ke apa? Benda tu buat aku bergaduh besar dan akhirnya, aku menang. Aku dibenarkan pergi lepas dorang tengok aku murung berhari-hari. Makan tak. Tidur tak. Semua benda dalam rumah tu aku lepas tangan. Tunggang terbalik rumah tu.

Aku tahu family aku yang lain simpati kat aku. Tapi aku benci simpati dorang. Sebab benda tu buat aku nampak lemah. Aku tak nak pun simpati tu tapi aku nak attention parents aku je.

Aku study macam nak mati. Sanggup fakekan sakit aku sampai kena operation. Murung. Hilang keyakinan diri. Selalu aku rasa lagi baik aku mati. Setiap kali aku keseorangan, aku mesti akan ambil pisau. Aku rasa nak bunuh diri tapi setiap kali tu aku gagal. Ada je halangan dia.

Tolonglah bagi aku cara nak hilangkan stress aku. Cara untuk aku ubah perangai aku ni sebab aku rasa macam.. aku pun dah tak kenal diri aku. Aku rasa macam tak hidup. Semua aku buat semuanya tak kena. Aku rasa penat. Aku asyik berkurung. Aku dah tak bercakap macam dulu.

Untuk parents.. Aku nak nasihatkan.. Janganlah memilih kasih. Disebabkan tindakan yang korang, macam-macam boleh terjadi pada anak korang. Korang tak tahu apa ada dalam hati remaja sekarang ni. Salah sikit, rosak anak korang.

– Gadis keliru

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *