Perhubungan Melebihi Batasan

Hai assalamualaikum aku Meena (bukan nama sebenar). Aku nak share satu sikap yang ada pada diri aku sama ada baik ataupun sebaliknya aku sendiri tak tahu.

Antara sebab mungkin aku lambat kahwin juga. Bukan sebab aku tak mencuba tapi tak semua lelaki yang aku dah kenal boleh terima cara atau sikap aku sebegini.

Aku ni jenis susah nak lepak berdua dengan lelaki atau bukan muhrim laaa senang kata dan aku sama je macam wanita lain di luar sana.

Aku juga berhibur dan bersukan dengan kawan-kawan lain juga. Macam biasa. Tapi dalam keadaan beramai ramai lah.

Dari segi pemakaian aku menutup aurat itu memang mengikut ketetapan syariat islam. Aku juga berstyle terkini selagi tak melanggar hukum hakam Islam.

Aku ni bukannya pandai sangat bab agama cuma ikut perintahNya sahaja yang terkadang aku ni lalai juga. Aku ni bukannya dari sekolah Tahfiz untuk dicop baik dan solehah. Memang jauh sekali banyak lagi yang kene perbaiki dari diri aku.

Sikap aku ni jenis susah nak pandang lelaki dari mata ke mata. Kalau ada lelaki lalu depan aku, aku memang auto tunduk pandangan.

Kalau digelarkan sombong dalam circle aku itu perkara biasa sangat dalam hidup aku. Lagipun aku memang susah nak bercakap dengan lelaki kecuali yang memang ada hubungan darah.

Bila tengok kawan-kawan boleh pergi dating berdua, aku tak ada rasa langsung nak terikut jejak langkah malah aku takut terjadi melebihi batasan. Aku tak juga merendahkan atau memperlekehkan sesiapa yea. Diri aku pun banyak kekurangan dan kelemahan juga.

Cuma aku ada la terasa ingin dicintai dan disayangi ada hubungan hati tu. Tapi aku ni susahlah. Sebab sikap aku ni jadi suatu permasalahan pada lelaki yang aku kenal.

Aku tak suka sesuatu hubungan tu melebihi batasan. Apa ada pada diri dan pemikiran aku lah, better aku mencegah dari mengubati. Lagipun ayah aku memang garang. Aku takut maruah parents aku tercemar dek kerana sikap aku. Apa-apa pun boleh jadi.

Tolak apapun pandangan dan kata-kata orang. Aku tetap dengan pendirian aku. Okeylah, Aku dah bagi peluang sebenarnya cuma memang tak ramai yang boleh terima cara aku untuk tidak keluar berdua walau 1000 alasan yang diberi. Itu salah ke?..

Kalau nak keluar mesti aku akan ajak seseorang untuk temankan aku. Bila dah selalu macam tu. Lelaki tu kata kita perlukan privacy berdua. Tak perlu ada orang lain.

Adakah itu suatu permasalahan?. Pada aku kita dah cukup contact melalui whatsapp hari-hari untuk kenal antara satu sama lain. Itupun dah memadai untuk dapat privacy dalam sebuah perhubungan bagi aku.

Aku memang tak selesa duduk berdua dengan mata-mata kiri kanan yang memandang. Biarlah aku overthinking daripada sesuatu yang tak diingini tu terjadi.

Bukan setakat boleh dijadikan fitnah malah lebih lagi sangkaan yang boleh difikirkan. Yea aku aku faham lain orang lain cara dan inilah cara aku. Aku tegas dan keras bab ni je.

Aku pernah berpengalaman bertunang sebenarnya kenal tak lama terus juga bertunang, dan segala urusan aku dengan tunang, aku akan bawa mak aku ikut sekali.

Aku faham yang bertunang bukan lesen untuk berdua-duaan. Tapi pada pemikiran side sana macam mana pula?.

Bukan paksaan dan kehendak mak aku yea. Tapi itu memang diri aku. Mak aku jenis pendiam je tak masuk campur pun. Borak biasa dan tak banyak tanya pun. Orang tua berusia 70an.

Cuma aku fikir dia tak selesa je lah kot. Tapi aku pula lebih selesa macam tu. Lepas kahwin dengan cara lepas kahwin la itu cerita nanti bila dah kahwin.

Hermmm Itulah yang selalu jadi alasan putusnya dalam hubungan aku dengan sikap dan cara aku macam tu. Jadi suatu ancaman pula. Katanya dia tak dapat peluang untuk kenal aku lebih dalam lagi.

Memanglah sampai nak pergi taman pun aku bawa mak aku. Walaupun duduk tempat lain-lain untuk bagi masa kami berbincang.

Aku memang berniat nak berkahwin bukan main-main yea. Nak uji bakal pasangan tu pun ada sikit jela. Boleh tak dia terima Mak dan keluarga aku dalam hidup dia.

Tapi tula proses tu sukar bagi lelaki yang aku dah kenali. Bukannya tak boleh jumpa langsung. Macam cerita cinta yang diatur. Dulu boleh je orang kenal selepas berkahwin?. Lebih dekat lebih rapat lagi. Hermm aku tak fahamlah.

Adakah sesuatu kebaikkan yang kita buat tu satu ujian untuk kita?. Apa yang aku boleh buat kalau kata itu salah?. Nak consider yang macam mana boleh bagi pandangan dan cadangan tak? Kalau sikap aku ni adalah sebuah kesilapan..

Kalau nak heart to heart kat handfon pun boleh. Sebab aku ni seorang pendengar juga. Selalu je contact aku okey je. Tapi aku tak suka VC.

Yea aku faham juga reaction face to face tu lebih kita nampak. Tapi untuk perhubungan belum lagi halal tak wajar tu untuk lakukan itu. Apa pendapat semua yea?

Terima kasih.

– Meena (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Alhamdulillah, tetapkan pendirian awak. Congratulations. Betullah tu, takda yg salah. Yang kita nak dlm pernikahan ialah keredhaan drpd Allah. Redha tu yg kita nak bawak sampai akhirat. Semoga dikurniakan pasangan yg baik di sisi Allah dan dipermudahkan segala urusan awak dan kita semua. Aamiinn

    • Alhamdullilah bagus kak ade pendirian mcm tu. Ada sesetengah orang mmg sangat menjaga dari segi perhubungan dengan lelaki. Biar orang kate kita ketinggalan zaman, tapi tuntutan agama jgn tinggal. Nescaya, jodoh akak dpt tu in sha Allah yg terbaik! I sapott youu!!

  2. Syabas.. awak lakukan perkara yang betul.. kalau lelaki yang betul ikut syariat, lelaki tu akan mengorat parents sungguh2, apa je urusan terus ke parents bukan mengorat anak dara orang..

  3. Baru sahaja lalui..2022 diperkenalkan, di ajak dating, saya tolak sbb jaga batas, dia hilang..sy tak cari..slps setahun, tahun 2023 dia dtg..seakan berusaha mengejar sy..memberi harapan, hati sy terbuka..kali ini tidak lg memaksa utk keluar dan seolah terima cara saya..slps setahun, tahun 2024, baru sy tahu rupanya dia dah kahwin dlm tahun 2022 lagi…tp masih cari sy dan memberi harapan yg tinggi..sy tinggalkan hanya dengan satu kata berhenti dan jangan main2 kan saya..kami mungkin akan berjumpa sbb organisasi kerja yg sama..tp beban hati hanya Allah Maha Mengetahui..sy tak boleh terima cara dia tipu saya..

  4. Mmg bagus pendirian awk. Tp btl kata lelaki tu dia memerlukan privacy. Sbb sblm nak kawen ade benda yg perlu di bincangkan antara awk dgn dia. Sbb ade benda yg korg akan hadap sama2 bila kawen yg xperlu utk family kita tahu. Dan benda ni xsesuai utk texting, ia memerlukan face to face conversation. Kalau awk cakap org dulu, sis berbeza org dulu dgn skrg sis. Awk xboleh samakan mcm tu. Atleast klu bertunang setahun tu ambl peluang jumpa deep talk 2 3 kali sebelum kawen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *