Assalamualaikum..
Alhamdullilah confession aku telah berjaya melepasi tapisan di page ini dan telah berjaya di comment. So this post would like to answer all those questions yang hangpa lempar secara laju pada aku. Ingin aku declare di sini aku seorang wanita hensem berumur 23 tahun masih single dan alhamdullilah telah mendapat kerja sehabis belajar dan insha Allah aku cuba untuk membalas setiap kebaikan dan titik peluh yang ibu dan ayah berikan untuk aku. Done declaration!
23 tahun? Kecik lagi dah fikir pasal jodoh pasal kahwin. What the heck? Yes, aku manusia. Manusia yang ada hati dah perasaan. Kalau anda tidak mempunyai perasaan sebegini, muhasabahlah anda mungkin bukan manusia. Perasaan suka dan jatuh cinta ni memang semua manusia rasa tapi apa yang hangpa lakukan bila kita encounter this kind of feeling. Untuk aku confession adalah jalan terbaik yang aku jumpa untuk hadapi perasaan ini. Manusia bukan sahaja dianugerahkan perasaan cinta ni tapi juga dianugerahkan dengan tanggungjawab sebagai anak, kawan, student dan hamba Allah dan khalifah. Aku tak nak aku lalai dengan tanggungjawab aku disebabkan perasaan ini. Tiba-tiba aku geli dengan ayat aku. Haha. Sebelum tu biar aku bagitahu sesuatu. Aku jenis yang tak suka tertanya. Kalau aku ada kemusykilan, aku akan terus tanya. Aku tak suka sesakkan hati aku dengan perasaan yang remeh. Kalau aku confess, aku akan tahu jawapan untuk perasaan aku dan aku boleh fokus pada tanggungjawab yang lain pulak. Sebab tu aku cepat move on. Aku tak suka fikir bende yang remeh banyak lagi benda aku kena fikir. Confession adalah cara aku untuk merungai misteri hati aku. Buat apa nak sakitkan hati dan peningkan kepala fikir, ala dia suka aku ke? Ala kenapa dia pandang aku macam tu? Just seek for the answer. Kalau diam, sampai bila-bila kita terbelenggu dengan soalan yang jawapan dia dah ada cuma perlu ditanya.
And for those yang kata, eh adik parents yang tanggung lagi dah nak fikir pasal timba. That is why i go with confession. Sebab aku banyak impian aku nak capai dan aku nak bahagiakan parents aku. Aku tak nak perasaan remeh ni kacau jalan hidup aku. Clear?
Kenapa kejar orang yang dah berpunya? To be honest, aku tak suka kacau orang punya. Utk yang cerita senior aku tu, haha masa tu aku jahat sikit dan aku memang tak matang time tu. Waktu tu emas sangat! Sebab aku confess time hubungan dia dah goyah dengan girlfriend dia and ofcourse not because of me. Sebab aku crush je ok bukan lovey dovey dengan senior aku. Even, senior aku tak tahu aku suka dia sampailah time confession. Lepas kes tu aku dah insaf dah. Sebab rasa mcam aku punca keretakan ‘rumahtangga’ yang telah dorang bina di alam persekolahan. Untuk kisah yang terakhir tu, kisah di universiti, aku suka dia dulu before i know dia dah berpunya. And time aku heboh kat kelas aku suka dia, i didn’t even know dia dah berpunya.
Sampailah suatu hari tu, kitaorg ada assignment luar negeri. Aku dan dia satu kereta. Hey mak cik bawang! Jangan mengata. Aku bukan berdua dengan dia tapi aku berempat dalam kereta tu. Untuk menjaga batas pergaulan, yang lelaki duduk depan yang perempuan duduk belakang. Haha. And that night dia bagitahu kitaorg yang ada dalam kereta tu, dia dah ikat hubungan dengan orang kampung dia. Secara tiba-tiba ok. Aku yakin dia bagitahu benda tu untuk ingatkan aku jangan mengharap dekat dia. Malam tu ofcourse syahdu dan sendu. Tapi esoknya aku buat macam biasa. Sebenarnya aku start move on sejak malam tu, sebab dah tahu dia dah berpunya kan. Tapi one of my friend said, dia tu main-main je. Kau jangan putus asa. Haha. Time tu tiba-tiba aku mengharap sikit kat dia. Maybe dia saja tipu aku. And masa final exam tu confession tu berlaku secara tak sengaja. Conversation dia lebih kurang begini:
Jejaka: Aku tahu kau suka siapa?
Aku: Siapa gila?
Jejaka: Lelaki X kan?
Aku: Kepala kau! Haha mana ada salah tu!
Jejaka: Habis siapa? Aku ke? Perasaan jap
Aku: Aah.
Hah lebih kurang tu lah conversation kitaorg. So tak ada istilah aku kacau masjid orang. Confession dengan jejaka memang secara tiba- tiba. And sebab aku dah move on sikit lepas tahu dia dah berpunya, lepas confession tu even kena reject aku move on macam biasa. Jadi aku tak kacau orang punya kecuali orang punya makanan. Iklan. Jangan kacau hak orang lain! Haha
Tujuan aku buat confession perigi cari timba tu sebab aku nak bagitahu untuk semua wanita, kalau terbit perasaan suka dekat seseorang tu. Confess perasaan kau! Jangan diamkan perasaan tu dan perasan sendiri dia suka kau jugak. Get the answer. Kalau kena reject, move on. You’ve got alot of things to do in your life. Jangan biar perasaan suka ini jadi batu penghalang cita-cita kau! Even khadijah pun approach nabi. It is not wrong. Totally okey! Aku dah buktikan tiga kali aku luah perasaan, aku masih diri aku. Alhamdullilah dah berjaya habis degree and looking forward untuk kehidupan baru pulak. And alhamdullilah, aku belum pernah couple selama 23 tahun aku hidup. Aku bersyukur, tiga jejaka yang hadir dalam hidup aku semua reject aku and makes who i am now!
Untuk yang bertanya, kalau confession kali keempat aku dapat lampu hijau dan semestinya dia bukan laki orang mahupun boyfriend orang, aku akan consider menerima dia. Susah untuk terima perangai kasar aku yang macam lelaki ni, sebab tu aku belum jumpa timba yang aku cari selama ini. Wahai timba, wait for me hokey!!! Adios
– WanitaHensem
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit