Perigi Cari Timba

Assalamualaikum. Pertama sekali nak ucapkan terima kasih sebab publish post aku ni. Selepas aku baca post tentang kerjasama dalam hubungan, aku nak berkongsi sebuah cerita yang berlaku pada diri aku sendiri. Aku selalu baca tentang perigi cari timba. Dan ada pendapat mengatakan, tak salah perigi mencari timba sebab perempuan la kena pilih suami dia macam mana. So aku pun percaya dan mencuba.

Masa zaman study, aku meminati A ni. Dia budak kelas dan aku perhatikan dia ni seorang yang menjaga solat, selalu aku nampak dia solat di fakulti dan aku rasa tu kualiti yang bagus untuk dijadikan suami. Jadi aku pun beranikan diri untuk meluahkan perasaan pada dia. Nak dijadikan cerita, dia terima. Katanya dia pun suka pada aku.

Lama juga kami berkawan, sehingga habis belajar dan aku pun dah mula bekerja. Jadi aku pun mula la hint A ni tentang perkahwinan. Dia start bagi banyak alasan katanya tak bersedia la, kewangan tak stabil. Jadi aku pun diamkan dan berikan masa untuk dia stabilkan diri.
Selepas setahun aku tanya lagi tentang kawin dan A ni masih bagi alasan yang sama. Aku marah sangat dengan sikap dia, aku membebel panjang dan lepas pada tu terus tak hubungi dia lagi. Tiba2 selepas 2 minggu dia call ajak jumpa dan bagitau dia akan datang meminang dalam masa 2 bulan.

Punya seronok, selepas beberapa tahun aku dapat bertunang dengan jejaka pilihan zaman universiti. Tapi bertunang pun satu cabaran. Bila tanya tentang kursus kawin, katering, hantaran dan sebagainya dia jadi moody. Dia kata pening nak kumpulkan duit untuk majlis. Aku kata pada dia, takpe. Kita kumpul sama2. Pada masa tu aku buat 2 3 job sebab nak bantu dia kumpul duit sama2. Lepas kerja di pejabat, malam aku ajar budak2 di pusat tuisyen. Sabtu dan ahad kerja part time di cafe. Dan dia asyik bagi alasan busy, serabut dan takde duit. Bila ajak dia berbincang tentang kawin dia suka buat serabut macamlah dia tu busy sangat dan banyak sangat masalah.

Itulah yang berlaku sepanjang tempoh bertunang. Biasanya aku banyak diamkan diri dengan niat taknak pressure dia pasal kawin. Dan akhirnya tempoh pertunangan yang setahun tu kami dah nak berakhir tapi masih tarikh nak nikah pun tak decide lagi bila. Apatah lagi persiapan majlis. Macam mana nak buat kalau tarikh pun tak tau kan?

Last sekali aku decide untuk putus tunang. Sebab aku sedar perempuan bagus macam mana pun tetap takkan nampak bagus bagi lelaki yang tak bersedia untuk berkomitmen. Dan tak semestinya perigi cari timba tu berkesan. Tengoklah aku, luahkan cinta, tanya tentang kawin dekat A tapi end up dengan aku sendiri yang kecewa dan makan hati. Memang aku tak dapat kawin dengan lelaki yang aku cinta. Tapi yang untungnya, aku dapat gunakan duit yang aku kumpul untuk majlis tu untuk bayar downpayment kereta baru dan pergi travel. Hahaha itulah kisah aku si perigi mencari timba.

– Cik perigi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit