Akak Iparku orangnya hebat .
Pada malam kelmarin saya ada tanya akak ipar saya bagaimana dia boleh berkahwin dengan abang saya . Malah bagaimana juga dia boleh membina keberanian dan keyakinan dalam diri untuk masuk minta lelaki . Apatah lagi lelaki itu adalah seorang pakar perubatan .
Pada 17 tahun yang lepas akak ipar saya itu beranikan diri untuk mengubah budaya melayu dengan perigi cari timba dalam urusan cari jodoh . Ketika itu abang saya pun terkejut kerana pada hari raya kedua tiba – tiba akak ipar saya itu bersama rombongannya masuk minta abang saya . Akak ipar saya itu bertugas sebagai scrub nurse dimana bekerja satu hospital bersama abang saya yang bertugas sebagai pakar bius . Abang saya kata disebabkan kamu ini perempuan yang berani masuk minta lelaki jadi saya menghargai pergorbanan awak itu dengan menerima awak . Malah abang saya juga berkata jika kaum wanita masuk minta kaum lelaki itu umpama sorongkan bantal ketika tidur . Abang saya kata memilihnya itu bukan semata – mata atas keberaniannya dan bukan juga atas faktor rupanya tapi pokok pangkalnya sepanjang dia bekerja di hospital dia sentiasa menjaga dirinya dalam agama dan sentiasa berakhlak mulia .
Konsep yang diterapkan dalam hidup akak ipar saya dalam mencari jodoh ini mudah . Dia lakukan seperti mencari kerja . Jika ketika itu abang saya reject maka dia akan redha dan dia akan sentiasa berusaha untuk yang lain . Itupun dia bernekad selepas dikecewakan oleh lelaki yang talam 2 muka . Akak ipar saya kata apabila kali pertama mendekati lelaki dia dikecewakan selepas taaruf ( berkenalan ) . Akibat kekecewaan itu dia sudah malas nak berkenalan dengan lelaki . Dia bernekad untuk jika suka terhadap seorang insan itu dia akan masuk mintak terus . Malah Akak ipar saya kata . Selepas dia dikecewakan oleh lelaki yang talam 2 muka . Dia pun belajar dari kesilapan yang lalu . Jika dulu ada sahaja lelaki yang suka dekat dia , dia akan terus letak lelaki itu dihatinya . Letak dihati untuk perkara yang belum pasti ini memang menyakitkan kerana dihati ini adanya perasaan sedih , gembira , kecewa , sengsara dan duka . Sebab itu selepas pengalaman yang pahit itu dia mengubah cara hidupnya dengan meletakkan nilai maruah diri apabila ada lelaki buat baik padanya , suka dekat dirinya dan jika dirinya suka terhadap lelaki . Dia akan meletakkan lelaki tersebut dalam genggamannya sahaja . Kerana apabila perkara yang tidak diingini berlaku dia boleh melepaskan apa yang ada dalam genggamannya itu pada bila2 masa tanpa menghadirkan perasaan sedih , kecewa , sengsara dan duka .
Akak ipar saya juga berkata dia masuk minta abang saya bukan semborono tapi mengikut pelan tindakan . Sebelum masuk minta dia buat kajian dahulu selama 2 bulan melalui kawan – kawan abang saya dan staff bawahan . Kesemua result kajian dia menunjukkan abang saya ini individu jenis yang suka bergaul dengan semua orang tidak kira Specialist ,Medical Officer , Houseman Officer , Medical Assistant , Staff Nurse dan sesiapa sahaja . Malah abang saya ini bersifat terbuka dan tidak emotional dengan staff bawahan .
Itu tunjang utama yang membantu akak ipar saya untuk terus yakin terhadap apa yang dia usahakan .
Ungkapan mengungkapkan
” pengalaman itu mendewasakan kita ”
” Kemahuan hari ini adalah kejayaan hari esok ”
” Saat badai datang tanpa diundang hadapilah ia dengan tenang . Mana mungkin kejayaan itu datang tanpa ada kesusahan ”
Keep Calm and Qowiy Lillahi Ta’ala
– Hafiz Aiman
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit