Perigi Cari Timba

Hai saya F, umur dah 30. Nak tanya pendapat sebab segan nak tanya orang sekeliling.

Saya dah kerja dah stabil. Adalah usaha nak berumahtangga. Online sudah, Orang nak kat kita pun sudah,

Tapi semua tak berjaya ke matlamat akhir. Setakat perkenalan saya selama ni, semua sebab tak serasi, macam tu je.. Tapi orang2 nya baik. Semua pun berakhir dengan cara baik.

Dulu saya crush kat seorang senior masa zaman belajar. Bagi saya dia baik as a decent man. Tapi tengok dari jauh la. Dia senior dan dia tak kenal saya pun.

Satu hari dalam tahun lepas saya ada urusan kerja yang membuatkan saya terberhubung dengan senior tu tanpa sengaja. Dia tak ingat saya pun, tapi dia sudi bantu mana boleh.

Komunikasinya pun penuh dengan professional. Takda melawak takda tanya perkembangan. Waktu tu pun saya tengah kenal orang lain.

Sekarang saya dah single balik. Dengan umur sekarang fasa move on jadi singkat. Macam buang masa sedih lama2, haha, positif je, takda jodoh.

Saya masih teringat senior tu. Dan berdasarkan sosial media dia bukan suami orang. Dah berpunya ke belum tak pasti. Saya ingat nak approach dia untuk berkenalan.

Cumanya,,, haihh.. orangnya yang saya kenal dulu memang baik tapi situasi sekarang.. berkali2 saya fikir.

Saya utara dia selatan. Dua2 pun dah kerja di tempat masing2.. he at the peak of his career. Sedang saya tengah mengatur langkah mendaki dalam karier jugak.

Saya jadi hesitate nak teruskan hasrat sebab saya tak pasti mampu tak tinggalkan comfort zone saya yang mana sekarang family dekat di mata, kerja pun ok, chances untuk career development pun ada kat sini.

Dan kalau pun saya approach dia terima, saya macam tak sanggup pulak nak ajak dia relocate (walaupun dia tak terima pun lagi, haha).. sebab saya ni family person. Rasa bersalah jauhkan dia dengan family.

Patut tak saya teruskan approach dia?

– Fafa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. dalam hidup ni..kadang kita kena berani ambil risiko untuk diri kita..keluar dari confort zone…

  2. Doa & istikharah..jika dia baik untukku, dekatkanlah..jika sebaliknya jauhkan lah. Semoga awak bertemu jodoh yang baik tepat pada waktunya

  3. go sis , kalau malu tak kahwin la awk..zaman skrg susah ya.
    baik awk malu skrg dari menyesal kemudian hari , kalau rasa lelaki tu baik , grab je.
    saya doakan awk ya..hugs

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *